Menjamu Selera di Rumah Makan Cibiuk

Tengahari semalam aku bersama geng Al Ansar Group makan tengahari di Rumah Makan Cibiuk yang terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Makan tengahari beramai-ramai dibuat sempena menyambut ulangtahun kelahiran 3 orang serentak orang kuat syarikat.

Di samping tu, disekalikan dengan jamuan perpisahan awek praktikal. Lepas ni ofis kitorang dah takde awek dah sebagai penyeri. Semua lelaki je. Huhu..

geng al ansar group

Happy Birthday dan Selamat Hari Lahir kepada Tuan Yusdi, Tuan Denaihati dan Tuan Bakhtiar. Semoga Allah melimpahkan rahmat, dicukupkan usia untuk melakukan ibadah, diberi perlindungan dan keselamatan, memperoleh rezeki yang luas, dan semoga tercapai apa yang dicinta dan yang dicitakan. Aamiinn…

sambut hari lahir di rumah makan cibiuk kajang

Makanan di Rumah Makan Cibiuk tu boleh tahan juga sedapnya. Sampai tak larat nak habiskan semua makanan yang diorder. Tukang order takut tak cukup makanan, rupanya apa yang diorder dah terlebih cukup untuk semua orang. Makanan yang tak habis dimakan semalam bungkus bawa balik ofis.

ikan talapia rumah makan cibiuk

Menu ikan di Rumah Makan Cibiuk yang aku cukup suka. Rasa ikan dia memang sedap. Meratah ikan ni pun best jugak..

ikan keli rumah makan cibiuk

menu rumah makan cibiuk

Sayur dan sambal dia pun sedap. Aku yang tak suka makan sayur ni pun entah macam mana boleh layan pulak makan sayur kat Rumah Makan Cibiuk.

Menu Pisang berkeju pun sedap dan enak. Cuma tak boleh makan banyak. Aku makan 2 ketul je kot lepas tu dah rasa muak tak boleh nak masuk mulut dah.

air rumah makan cibiuk kajang

Bagi aku makanan di Rumah Makan Cibiuk sedap dan sesuai dengan citarasa tekak aku. Aku bagi 4/5 bintang untuk Rumah Makan Cibiuk.

Lokasi Rumah Makan Cibiuk ni pun strategik. Kedai corner lot yang mengadap lebuhraya. Senang nak keluar masuk singgah untuk makan-makan.

rumah makan cibiuk taman putra kajang

RUMAH MAKAN CIBIUK MALAYSIA
No. 1-G, JALAN PUTRA 6, TAMAN PUTRA KAJANG, 43000 KAJANG, SELANGOR

Facebook : facebook.com/RumahMakanCibiukMalaysia
Website : cibiukmalaysia.blogspot.com @ cibiuk.my

Selamat Menikmati Makanan Asli Sunda

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

36 Comments

  1. Wowww!! tengok menu pun dah terliur apatah lagi makan, lagi best ;)

    Sedap… :D
    Entri terbaru di blog Myra Jay : Terjebak Jugak… huhuuMy Profile

  2. Ternyata masakan Sunda di jual sampai Malaysia, senang apabila banyak yang suka .. :smile:
    Entri terbaru di blog Rina : List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 SitesMy Profile

  3. aku suker makan kat sini, seminggu 3 kali itu wajib… pisang keju terbaekkkkk
    Entri terbaru di blog CikLilyPutih : Cheese Nan Untuk Hari CUTI NiMy Profile

  4. Hehehe..kenapa tak selitkan sekali muka awek praktikal tu anarm..hehe..semoga dimurahkan rezeki selalu buat mereka yang diraikan tu..
    Entri terbaru di blog Hafizul : Cara Buat Akaun PaypalMy Profile

  5. BeritaKaki says:

    berapa kali pun tengok, tak terkalah kesodapannya..hehe
    Entri terbaru di blog BeritaKaki : Kelainan Nasi Lemak UjangMy Profile

  6. best jugak restoren ni.. kena pi try sekali ni!!!
    Entri terbaru di blog sohoque : Jom Cari Pendapatan SampinganMy Profile

  7. BeritaKaki says:

    hamboi ..merasa dalam anak tekak ni ..dah telan ayo liur da..huhu..
    sedapnya..nyum3 ..selamat menjamu selera bro
    Entri terbaru di blog BeritaKaki : Jersi Baru Liverpool Musim 2013/2014My Profile

  8. lapar pulak bila gambar lauk ikan tu
    Entri terbaru di blog anip : Euro TravelMy Profile

  9. Aku dapat tahu pasal kedai nie dari Cik Lily Putih…. boleh la jadi port baru family lunch gathering ngan si KID tu nanti….
    Entri terbaru di blog hazman aka species1980 : Video gol SELANGOR vs TAMPINES ROVERS FC ( 3-2 ) Piala AFC 2013My Profile

  10. nama kedai makan nie agak pelik sikit ler….
    Entri terbaru di blog sukma : SELAMAT HARI BURUHMy Profile

  11. tiap2 hari tuan denai makan kek :)
    Entri terbaru di blog Dkna Abza : Rawatan Laser Di Beverly Wilshire, Tropicana City MallMy Profile

  12. Wah ada sambutan hari lahir 3 serangkai sekali. :-)
    Entri terbaru di blog akubiomed : Taksiran cukai pendapatan saya sudahMy Profile

  13. Begitu terbaca judul artikel ini di FB, ada nama yang tak asing bagi saya yaitu CIBIUK.
    Begitu membaca seluruh artikelnya, ternyata persis dengan dugaan saya ini adalah Rumah Makan Khas Sunda. :smile:
    Entri terbaru di blog Dawaihati : Dampak Sosial Media Di Kalangan MasyarakatMy Profile

  14. :cheerful: salam ..
    ikan goreng berlada ker ..kunyit ker apa tu gee..cam sedap. tambah lagi makan ramai2..

  15. ikan apakah itu?
    Entri terbaru di blog titan : Jangan komen.My Profile

  16. Tuan Bakhtiar tu satu kelas ngan gua masa study di KL dulu.

    bila tengok gambar baru ingat kembali.

    kirim kat dia nanti Bro
    Entri terbaru di blog Ladfe Amir : Aku Tidak Pandai, TapiMy Profile

  17. macam nak test
    Entri terbaru di blog faizalPj : Senarai Calon Parlimen dan ADUN Pilihan Raya Umum ke-13 Negeri PerakMy Profile

  18. hebatlah penangan makanan kat situ sampai kau pun termakan sayur tetiba.
    menu apa yang terpacak tu? pisang ker?
    Entri terbaru di blog ejam : Colmar Tropicale Bukit Tinggi Terasa Seperti di Eropah.My Profile

  19. ikan keli tu memang terbaekkk!!!!
    Entri terbaru di blog Melastik Bintang Yang Hensem : Tips Komunikasi Bagi KeluargaMy Profile

  20. ikan keli tu memang terbaekkk!!!!
    Entri terbaru di blog Melastik Bintang Yang Hensem : Tips Komunikasi Bagi KeluargaMy Profile

  21. Kak sumi dah banyak kali dtg..sedap makanan nya…

    Pavlova dia pun sedappppp. ..nyum2

    Mcm nak g makan lg..hik3
    Entri terbaru di blog Sumijelly : Semalam ke Kidzania…………My Profile

  22. waaaahhhh… port baru nih. leh ajak food blogger terjah. hehehe harga ok tak bro?
    Entri terbaru di blog KiD : Kerja Baru?My Profile