Hari Keluarga Al Ansar Group di Kalumpang Resort

Hari Rabu hingga Jumaat baru ni aku dan isteri tercinta join Hari Keluarga Kumpulan Al Ansar yang diadakan di Kalumpang Resort and Training Centre, Hulu Selangor (sempadan Tanjung Malim, Perak). Sambutan Hari Keluarga yang sangat seronok. Di situ jugak pertama kali aku main Water Tubing / River Tubing. Best giler! Cuma lepas tu rasa sengal-sengal badan sikit.

selamat datang kalumpang resort

Hari pertama di Kalumpang Resort hanya buat aktiviti masing-masing. Tapi hari pertama aku kat situ dah rasa kepenatan sebab terpaksa angkut barang-barang pergi tukar chalet.

Chalet yang mula-mula aku masuk (Kasawari 4) ada masalah bilik air. Air paip tak boleh tutup, asyik mengalir je. Jamban pulak bila flush air dari dalam mangkuk jamban tu melimpah keluar!

kasawari 4 chalet kalumpang resort

Chalet Kasawari 4 yang ada masalah bilik air.

Aku request dengan bro Yusdi untuk pindah chalet lain. Nasib baik ada. Aku dan wife tak fikir banyak terus pindah chalet ‘Merbuk’. Ada katil besar, aircond, sofa, TV ada Astro.

Tapi chalet yang lagi satu ni pun ada masalah jugak. Pintu depan chalet (jenis sliding door) susah giler nak bukak dan tutup. Kunci pun tak boleh guna. Nasib baik chalet tu ada 1 lagi pintu bahagian dalam nak masuk bilik. Kalau pintu dalam pun rosak, tak tau nak cakap apa.

Harap pihak resort pastikan dulu semua chalet dalam keadaan baik sebelum bagi orang menginap kat situ. Nanti tak pasal-pasal lagi ramai yang akan komplen kalau dapat chalet yang tak berapa bagus macam aku kena.

chalet merbuk kalumpang resort

Chalet Merbuk yang ada masalah pintu dan kunci.

Sebelah malam ahli keluarga Al Ansar Group (Kumpulan Al Ansar) solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Acara Sukaneka Keluarga Al Ansar Group

Hari kedua baru start aktiviti menarik iaitu acara sukaneka yang melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak. Seronok betul bila dapat main sukaneka sebab dah lama tak main.

family day al ansar group kalumpang resort

game family day al ansar

Game sukaneka yang kitorang main hari tu adalah isi air dalam botol, tiup belon, belonku sayang, rebut kerusi, pancing botol, dan boling kelapa.

Lepas tu ada acara air – cari guli dalam kolam dan lawan pukul bantal.

acara air family day al ansar

Sebelah petang pula aktiviti paling best iaitu aktiviti lasak Water Tubing. First time aku main benda alah ni. Mula-mula memang takut, tapi lama-lama jadi rasa seronok pulak duduk atas pelampung yang hanyut dibawa arus air sungai, berlanggar dengan batu, jatuh tergolek dalam air. 2 jam kitorang main “Water Tubing” ni. Seronookkkk..

water tubing kalumpang resort

anarm water tubing kalumpang resort

water tubing kalumpang resort al ansar

Tengok balik gambar-gambar main “Water Tubing” rasa macam nak main lagi. Best!

Aktiviti penutup Hari Keluarga Al Ansar Group diadakan pada sebelah malam dengan upacara pemberian hadiah kepada para pemenang sukaneka. Aku tak menang apa-apa.

Turut diadakan persembahan nyanyi live daripada artis Mu’adz Dzulkefly, kumpulan Damai dan persembahan ahli sihir silap mata.

muadz damai family day alansar

Persembahan Mu’adz dan kumpulan Damai

ahli silap mata

Upload kat YouTube jadi teruk pulak kualiti video ni.

Hari keluarga yang seterusnya In sha Allah mungkin buat kat New Zealand pulak. Boss yang cakap, bukan aku cakap. Hehe.

selamat jalan jumpa lagi kalumpang resort

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

19 Comments

  1. Seronoknya main tayar dalam air..hehe..tetiba jer rasa nak mandi sungai..bestnya…
    Entri terbaru di blog Hafizul : Jeng Kreng Wase LeningMy Profile

  2. Tempat percutian keluarga yang menarik.. Belum pernah pergi lagi dekat Kalumpang ni.. Teringin juga nak pergi… Insya Allah kalau ada masa satu hari nanti berkesempatan juga sampai ke sini… ;)

  3. Tu laa… tempat nei memang best cuma sebab tempat penginapan kurang memuaskan masa site visit company aku cancel untuk buat kem motivasi skolah….dengar citer si JAWS buat backflip yea….
    Entri terbaru di blog hazman aka species1980 : HAZMAN vs FOOD – Mcdonalds Spicy Chicken McWrapMy Profile

  4. hmm.. mengasyikkan sekali ya acaranya, selamat menikmati … :cheerful:
    Entri terbaru di blog Rina : How To Create CSS Social Media Button With Tooltip and Hover EffectMy Profile

  5. baru tahu tempat ni…seronok sangat tengok aktiviti tapi resortnya may be kena nampak baik dan sempurna untuk customer ekk…
    Entri terbaru di blog sukma : Terkurung Di Dalam ToiletMy Profile

  6. Syarikat saya pernah buat seminar di Kalumpang beberapa tahun yang lalu. Memang dingin dan deras air di Kalumpang ini.
    Entri terbaru di blog akubiomed : Mencari si comel Hello Kitty di Sanrio Hello Kitty TownMy Profile

  7. kali pertama gua dengar nama kalumpang resort nih..
    Entri terbaru di blog titan : Digi WWWOW Awards 2013 – Undilah gua.My Profile

  8. ooo…ada muadz…dia bekas peguam di pejabat saya dulu..sebelum jd artis
    Entri terbaru di blog Alin Marlini : 4 tahun yang lalu…My Profile

  9. NIe bro rasa nak buat family day…

    Ada mana-mana family nak adopt Bro x? ada 3 kosong lagi :)
    Entri terbaru di blog Bro Framestone : LG Fiesta – Akibat Pengaruh Gangnam StyleMy Profile

  10. tak pernah pergi sana. tapi tengok pada gambar2 nih menyeronokkan. teringinlah pula :cheerful:
    Entri terbaru di blog fyna : Amalan Sunat Di Bulan SyaabanMy Profile

  11. seronok tengok water tubing tu . macam ada kid kat situ kan ? kalau x reti berenang agak-agak boleh main ker? x yakin dengan life jacket :p
    Entri terbaru di blog eliss : Breakfast @ Lontong Klang, Seksyen 7 Shah AlamMy Profile

    • Yup.. Kid pun ada.. Tak reti berenang pun boleh main.. Ada pakar yang jaga dan akan terus pergi kat kita bila ada masalah.. Tiup je wisel yang tergantung kat life jacket untuk mintak bantuan..

      Masa main water tubing hari tu tak terfikir pulak pasal air tu dalam ke tak sebab seronok sangat main.. Tak reti berenang jugak..
      Entri terbaru di blog Anarm : Hari Keluarga Al Ansar Group di Kalumpang ResortMy Profile

  12. kak jie tak pernah pi sini walau tau benda2 ni ada..hihihi
    Entri terbaru di blog Kujie : Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan HomestayMy Profile

  13. Memang superb best!! dan hari ni baru badan aku full recovery dari keletihan tu.. hahaha.. water tubing best!! Lepas ni, ke mana yea.. nak ikut!! hihihi
    Entri terbaru di blog KiD : Cek ke 21 dari NuffnangMy Profile

  14. fuyo..mcm best je
    Entri terbaru di blog suziela : The 400% Dryer – The Best Way To Waste Money And TimeMy Profile