Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013

sepetang bersama blogger 2013

Sepetang Bersama Blogger 2013 yang berlangsung Sabtu lepas meriah dengan cabutan bertuah! Ramai yang gembira dapat hadiah best dari penaja-penaja #SBB2013. Dah la datang join tak perlu bayar apa-apa, lepas tu dapat hadiah best pulak. Ada yang menang iPad Mini, ada yang menang basikal boleh lipat-lipat, ada yang menang Gold Bar, menang iPhone 5 Gadget Impian, menang percutian suami isteri dan macam-macam lagi. Rugi siapa tak datang majlis #SBB2013 hari tu.

Artis duet Sepetang Bersama Blogger 2013

Zarul Umbrella nyanyi berduet dengan Boni Kacak

Sebagai AJK #SBB2013 aku hanya mampu tengok je seorang demi seorang rakan blogger naik atas pentas mengambil hadiah. Walaupun tak dapat hadiah macam diorang semua tapi Alhamdulillah dapat ceduk ilmu lagi melalui mini forum yang menampilkan panel-panel blogger hebat seperti Kak Kujie, Yuyu Zulaikha, Abang Nara, Ustaz Noehas, Bang Iwan dan CEO Amanz yang telah berkongsi ilmu. Moderator Abang Ensem dan BroFramestone juga bijak memainkan peranan dalam mini forum tu.

Denaihati di Sepetang Bersama Blogger 2013

Bro Denaihati selaku penganjur #SBB2013 memberi sepatah dua kata

panel blogger mini forum SBB2013

Panel Mini Forum. Dari kanan: Abang Nara, Ustaz Noehas, Abang Ensem dan Kak Kujie

Dalam mini forum ni banyak tips yang telah dikongsikan. Panel-panel menceritakan macam mana mereka bermula dan sebab-sebab mereka berblogging; sekadar hobi, untuk berkomunikasi suami isteri, untuk berkongsi maklumat dan sebagainya. Dari situ mereka telah melalui beberapa peringkat yang sukar dalam mencari idea serta mengatur strategi blogging sehingga dapat capai tahap berstatus Top Blogger sepertimana sekarang.

panel blogger mini forum SBB2013

Dari kanan: Bang Iwan (Indonesia), Tekong (CEO Amanz), BroFramestone dan Yuyu Zulaikha

Banyak ilmu yang boleh dapat bila dengar Top Blogger berbicara tentang blogging. Sebab tu penganjur adakan mini forum dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 supaya semua yang hadir dapat belajar dari blogger yang telah berjaya di samping tu boleh bersua muka dengan rakan-rakan blogger yang lain. Mesti ramai yang first time berjumpa dengan kawan blogger yang sebelum ni hanya berhubung melalui blog, Facebook dan Twitter.

Ada juga yang malu-malu nak datang dan ada yang tak jadi datang last-last minit sebab berdebar-debar untuk join majlis macam ni. Tak tau apa yang ditakutkan. Bukannya ada Hantu Kak Limah dalam majlis. Yang ada semuanya manis-manis macam Sweetkurma.

sweetkurma

Datin Sweetkurma bersama orang kuat #SBB2013 Nurhuda Khalid

Acara Lucky draw dalam Sepetang Bersama Blogger 2013 dibuat tanpa perlu mencabut nama dari dalam bekas seperti tahun lepas. Lucky Draw #SBB2013 nampak gempak sikit bila dibuat pilihan rawak secara digital dengan memilih nama-nama peserta yang hadir di #SBB2013. Data yang dikumpul dari senarai nama blogger yang mendaftar dimasukkan ke dalam sistem pilihan rawak dan dipaparkan di skrin. Semua mata tertumpu pada skrin semasa pemilihan pemenang bertuah.

cabutan bertuah SBB2013

Paparan pemilihan nama secara rawak untuk acara Lucky Draw #SBB2013

Tahniah diucapkan kepada semua blogger yang dah menang hadiah best di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013. In shaa Allah mungkin akan diadakan “Sepetang Bersama Blogger 2014″ pulak dan mungkin juga akan ada lebih kejutan buat semua blogger. Kepada mereka yang tak dapat join #SBB2013 baru ni, next time kena pastikan datang join. Tak datang kang menyesal pulak.

Sekitar Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network.

Pendaftaran #SBB2013

“Peace!” – Azman Ishak, Life4hire dan lain2 menunggu giliran untuk daftar nama

Rentetan SBB2013

dewan hotel singgahsana majlis SBB2013

Dewan majlis #SBB2013 di Hotel Singgahsana PJ dipenuhi dengan blogger

rentetan majlis SBB2013

Blogger bergambar di SBB2013

CikguNaman menang basikal di SBB2013

Cikgu Naman pemenang hadiah basikal di #SBB2013

Gambar-gambar diambil dari Group Denaihati Network dikongsi oleh rakan-rakan blogger yang hadir di majlis Sepetang Bersama Blogger 2013.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

40 Comments

  1. hehehe..memang best majlis pada petang tu.. paling penting, ia dapat merapatkan ukhwah sesama blogger :)
    Entri terbaru di blog boni kacak : Berhenti Berblog Disebabkan #SBB2013My Profile

  2. Mmg best dpt join SBB2013… dpt jumpe blogger real depan mata.. :)
    Entri terbaru di blog AkmaOmar : Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

  3. Meskipun saya tidak dapat iPhone 5, tapi saya anggap bahwa sambutan sahabat dan ilmu yang didapatkan adalah diatas dari segalanya. Terima kasih banyak untuk semuanya.
    Entri terbaru di blog Bang Iwan : Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

  4. bestnya dapat hadiah basikal…

  5. Faris Al-Muhandisu says:

    sayang sungguh tak dapat pi. rugi. hilang satu peluang nak menimba ilmu dengan top blogger. Anyway, tahniah untuk tim Denaihati atas kejayaan SBB2013. Tahun dpn kasi gempak lg ek sbb sy nk join. haha
    Entri terbaru di blog Faris Al-Muhandisu : Hidup ‘Simple’My Profile

  6. Best nya dapat pegi SBB2013!
    Entri terbaru di blog Izzat Eshak : Family Day Idea Master Januari 2013My Profile

  7. Mohd Ilham says:

    Agak2 sape yg menang basikal tu ye
    Entri terbaru di blog Mohd Ilham : Tutorial: Guna Cloudflare sebagai DNS hosting untuk blogspotMy Profile

  8. aduh ..haha.. tak dpt pergi ..nak juga pergi menimba ilmu disana, tapi apa kan daya , tak ada rezeki, #SBB2014 insyaAllah saya akan pergi
    Entri terbaru di blog syaifuddin alias : RM10/Bulan Pengomen Tegar Blog Syaifuddin AliasMy Profile

  9. Nampak juga AJK yang bertungkus lumus dalam majlis ni..bukan senang nak buat even yg macam ni.Tapi cabutan secara digital tu memang sempoi lah.
    Entri terbaru di blog azmanisma : Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

  10. TAHNIAH di atas penganjuran yang sungguh bermakna buat blogger …. semoga team DH akan lebih sukses….
    Entri terbaru di blog hazman aka species1980 : HAZMAN vs FOOD – Hidangan Minum Petang HOTEL SINGGAHSANA PJMy Profile

  11. salam..
    gembira bertemu blogger seluruh negara
    cuma ada setengah hanya letak nama
    tanpa nama blog, jadi setengah saya tak
    perasan walau blog mereka mungkin saya
    kenali sebelum ini..1st time join gathering,
    jadi saya agak kurang bergerak untuk
    lebih berkenal sesama blogger
    Entri terbaru di blog Bro Zulkbo : 10 Pengabaian Kecil Boleh Menjadi Penyebab Kerosakan Lebih Besar Pada Kereta AndaMy Profile

  12. tahniah kepada pasukan Denaihati…satu usaha terbaik kumpulkan blogger
    Entri terbaru di blog Shahrul : Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013My Profile

  13. Oh. Sangat menarik rasa sayang tak join. InsyaAllah tahun ni nak kena catch up balik dengan blogger Malaysia.
    Entri terbaru di blog myadlan : Two years in AustraliaMy Profile

  14. patut tak nampak hang. haha..
    Entri terbaru di blog titan : Blog Popular di BruneiMy Profile

  15. Terima kasih kepada bro dan isteri yang juga sebahagian tim Denaihati memastikan kelancaran majlis #SBB2013. Kalau salah satu anggota pincang sudah tentu majlis ini tidak lancar apa yang dirancangkan. Tanniah usaha dan kerja keras yang dilakukan untuk menjayakan majlis ini.
    Entri terbaru di blog akubiomed : Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013My Profile

  16. Kita bertemu tapi tak sempat tegur sapa…
    Entri terbaru di blog Dawaihati : Pertemuan Mengesankan Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

  17. aku nak basikal… aku nak basikaaaall…. hahahaaa… #SBB2013 terbaik!!!!
    Entri terbaru di blog KiD : Cara Kongsi WiFiMy Profile

Trackbacks

  1. [...] pergi office, bukan sebab terlambat pergi kerja, tapi sebab kejar masa nak tengok siaran liputan Sepetang Bersama Blogger 2013 (#SBB2013). Pukul 8:30 pagi tadi liputan Sepetang Bersama Blogger 2013 telah disiarkan di TV1 [...]

  2. [...] majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 baru ni ada hadiah cabutan bertuah sebuah Power Bank yang ditaja oleh Kak Jie. Power Bank tu aku [...]

  3. [...] Anarm : Hadiah Pengalaman dan Ilmu di Majlis #SBB2013 [...]