Gempak 50?

Dua tiga minggu ni hidup aku terganggu dengan panggilan telefon dan SMS bertanya tentang Gempak 50. Benda apa Gempak 50 tu?

Orang yang call dan hantar SMS kat aku asyik tanya soalan yang sama tentang komisyen Gempak 50. Penat aku jawab telefon tapi tanya benda yang aku tak pernah tahu.

Bila masa pulak aku sharing benda gempak ni? ‘Gempak’ sangat ke komisyen yang dapat?

Paling aku hangin dari mana diorang dapat nombor phone aku? Ada orang tersalah letak nombor phone aku dalam flyer iklan ke? Atau saje nak penaya aku?

Sekarang ni aku dah tak layan mana-mana SMS atau call dari nombor yang tak dikenali.

Gempak 50

Aku dah cuba google tentang Gempak 50 tapi tak jumpa sebarang info berkenaan benda tu.

Hasil carian melalui search engine Google pun hanya keluar result laman web Gempak Starz, Astro Gempak, Forum Gempak, gambar gempak, video gempak, gadis gempal dan banyak lagi.

Takde jumpa satu maklumat pun tentang Gempak 50.

Menyusahkan orang betul natang nih..

34 Comments

  1. Ini mmg kes menyerabutkan perut dan usus ni…

    Sape punya khojelah ni…

    p.s. lepas ni tambah lagi satu hasil carian di google ttg gempak 50..entri ni lah… =)

  2. Wahaha..ni kompem orang buat sms marketing dan silap letak no. kena pulak no bro. memang bertalu2 la masuk.hehehe

  3. oihhhaaaiiii naya betoi kalau orang typo phone number promosi macam-macam kat flyers atau kat bunting. hahaha pengsan la nak jawab. kalau kene kat aku pon aku bengang gak beb. mai aku carik sampai jumpe mende alah yang buat onar tu.

  4. wah abg anarm makin gempak skrg sebab dh kena serangan gempak 50.
    apakah ia?
    nanti kalau dah tahu sila update semula yer :)

  5. Orang yang buat flyer tu tersilap tulis no phone kot..mungkin no phone yg sepatut utk dihubungi tu nombor yg dekat2 dgn nombor phone bro..
    Cuba la minta orang yg call tu faks atau email flyer tu.,mungkin kat situ ada jawapan..
    ** Hanya cadangan.. :-)

    • Lupa pulak nak tanya sebab biasa diorang call tak kena masa.. Kadang2 aku tengah b*rak, kadang2 tengah drive.. Takleh nak sembang lama.. Hehe..

    • Tu la pasal. Kalau MLM pun aku mana ada join, tapi ramai la pulak yg call n SMS tanya aku pasal benda gempak ni.. Pelik..

Leave a Reply to MK KimiCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *