Games Kegemaran Anarm Ketika Bosan

gila game

Berada di ofis siang tadi buat aku rasa bosan gila, mengantuk, bebal, bengong, bangang, cukup lengkap semua pakej sebab takde kerja yang boleh dibuat. Nak online pun internet takde kat ofis. Disebabkan pemikiran big boss aku yang aku sendiri pon tak faham apa yang dia fikir, dia potong line internet streamyx kemudian langgan internet maxis broadband untuk kegunaan dia saja. Maka, tinggallah aku seorang diri di ofis terkontang-kanting tak dapat merasai nikmat bermain internet.

Oleh kerana takde kerja sangat dan tak boleh nak online, hiburan aku kat pejabat adalah GAME. Dulu aku memang kaki games tapi sejak dah tua ni, dah jarang main game. Kat sini aku saje nak share games yang aku selalu layan time tengah bosan kat rumah ataupun kat ofis. Game bodoh-bodoh je aku layan. Huhu..

FreeCell

Game FreeCell

FreeCell merupakan game yang sedia terpasang dalam Windows keluaran Microsoft. Game yang berunsurkan daun terup ni memerlukan kita susun-susun daun terup mengikut susunan dan urutan warna yang betul. Biasanya aku main sekejap je game ni sebab mudah bosan, asyik menang je. Hahaha..

Mahjong Titans

Game Mahjong Titans

Selain FreeCell, Mahjong Titans juga mampu mengisi masa bosan aku. Cara bermainnya pun simple je, cuma perlukan kecekapan mata untuk lihat dan cari simbol yang sama kemudian klik-klik-klik sampai habis. Tempoh aku main game ni pun sekejap jugak, akan stop bila mata dah tak boleh nak cari simbol-simbol tersebut. Berpinau biji mata kalau main lama-lama.

Burger Shop

Game Burger Shop

Burger Shop ni game yang di-download oleh my cayang (hehe) semasa dia tengah bosan. Lepas tu dia dok suruh aku main. Aku layan jela. Last-last aku pon turut sama ketagih ‘menjual burger’. Tapi time tengah bosan jela aku main game ni. Time tak bosan aku lebih ke arah ‘workaholic’.

Cara bermain game Burger Shop ni, kita perlu berikan apa yang di-order oleh customer. Tengok pada gambar di atas, apa yang customer inginkan ada ditunjuk dalam kotak dialog. Kita hanya perlu sediakan DENGAN PANTAS apa yang customer tu order. Susunan daging, sayur, roti dan sebagainya tu kena sama seperti yang diorder. Kalau lambat, nanti customer tu marah dan akan lari pergi kedai lain.

Download Burger Shop (24.61 MB)

Cooking Academy

Cooking Academy

Game Cooking Academy ni pun best jugak. Game yang hanya menggunakan mouse atau tetikus. Game ni memerlukan kita selesaikan task dalam bentuk menu-menu makanan yang kita perlu masak. Setiap menu makanan yang berjaya dimasak akan diberi markah-markah tertentu melalui penilaian daripada tenaga pengajar di Cooking Academy. Lepas dah berjaya selesaikan kesemua tugasan, korang akan dapat DIPLOMA! Nak tengok Diploma Cooking Academy yang aku dapat? Haha..

diploma cooking academy
Diploma Cooking Academy

Download Cooking Academy (85.91 MB) – Download with FileFactory Basic

Prototype

prototype games alex mercer

Game Prototype ni bagi aku adalah sangat superb. Grafik sangat cun giler, jalan cerita yang boleh tahan menarik. Korang kena cuba sendiri baru tahu macam mana feel main game ni.

Jalan ceritanya mengisahkan Alex Mercer dijangkiti virus Blacklight yang menyebabkan dia memiliki kuasa luar biasa yang membolehkan dia ‘sedut’ jasad orang lain. Lepas dah ‘sedut’ jasad orang lain, dia akan dapat gunakan memori, pengalaman, IQ serta menyamar sebagai orang yang dia ‘sedut’. Fenomena virus Blacklight ini juga menyebabkan ramai penduduk menjadi zomba zombie.

Misi Alex Mercer adalah untuk siasat siapa dalang disebalik virus Blacklight yang menyebabkan berlakunya huru-hara dan dia menjadi buruan pihak berkuasa kerana disyaki sebagai pembunuh, terrorist dan ‘monster’.

Game Prototype ni kalau buat movie mesti gempak giler!

Download Prototype Games (6.8 GB) – Password:  www.ghvn.368.vn

Prototype 2 akan keluar pada tahun 2012. Layari website rasmi Prototype Game.

 
Cukup la setakat ni je. Ada banyak lagi sebenarnya games yang aku suka, tapi aku hanya pilih lima games kegemaran yang paling banyak aku layan sekarang ni, time tengah bosan.


54 Comments

  1. Amir says

    fuyoooh….Prototype ni mmg best…sy tgok budak2 men syok…tp klu laptop mcm susah arh maw angkat game ni….mmg teringin sgt2 nak men…tp xpa..men DOTA pown okey juga..

  2. Hisyamh says

    dah habis mission ptototype. dah tak tau nak buat ape. pusing-pusing bandar manhattan je la. hehehe. tapi sempat lagi ye bro anarm main game ‘berat’ camni kat ofis.
    Entri terbaru di blog Hisyamh : 250 Fakta Menarik!My Profile

    • says

      @Hisyamh, aku pon dah abis mission.. dok main pusing2 bandar, belasah askar.. haha.. kt ofis boss jarang ada.. tu pasal sempat main game ‘berat berat’..

  3. Sir Marcello says

    game prototype tue nampak sangat cool…pelantar pc ek? mesti bro anarm nie minat games jenis FPS…hehehe

    • says

      @syahrilhafiz, kalau asyik ngadap coding je bleh jadi gile kot.. huhu.. sekali sekala kene rehatkan otak.. tapi takde la rehat sangat kot.. kene pikir gak camne nk setelkan mission game tu..

    • says

      @ZE, yup.. apa2 games pn memang lagi syok main kat desktop.. kalo main kat laptop memang ada sangkut2.. nak kene upgrade kaw2 laptop tu baru ok skit kot..

  4. wazy says

    perghhh game Prototype tu best la
    grafik pun cun
    Aku kalau bosan time keje layan gak Freecell dengan Burger Shop tu
    hehehe
    Entri terbaru di blog wazy : Monitor KomputerMy Profile

  5. safwan says

    aku suka main prototype,,,tapi makin lama makin susah,,,kereta kebal dan makhluk besar serang…
    tapi kuasa alex memang best…

  6. Finalcross says

    Game Prototype tu aku main kt Xbox360. pergghhhh,mantop giler grafik. gameplay pun best.
    P/S: Nasib baik ade iP4,bosan2 layan angry birds & cut the rope la jwbnye. ^_^
    Entri terbaru di blog Finalcross : The brilliant iPad 2My Profile

Trackbacks