Fenomena azan di dunia

Azan sebagai syiar Islam

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu dan menyeru seluruh umat Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar r.a. Pada mulanya, ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tiada orang yang menyeru iaitu melaungkan azan untuk menunaikannya. Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid mengerjakan solat secara berjemaah. Dalam mesyuarat tersebut, terdapat beberapa cadangan. Antara cadangan-cadangan tersebut :

  1. Mengibarkan bendera sebagai tanda masuknya waktu solat.
  2. Meniup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi.
  3. Membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani.
  4. Menyalakan api di atas bukit.

Umat Islam solat berjemaahNabi Muhammad s.a.w. menolak kesemua cadangan yang diberikan. Kemudian, Umar al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan “Telah masuk waktu solat“. Cadangan beliau ini telah diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “Assolatu jami’ah” yang bererti “Marilah solat berjemaah“.

Pada suatu malam, Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya, “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?“. Abdullah menjawab, “Kami akan bunyikan loceng ini untuk memberitahu orang ramai bahawa telah masuknya waktu solat“. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata, “Mahukah tuan jika saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu masuknya waktu solat?“. Abdullah menjawab, “Itu baik sekali“. Lalu pembawa loceng itu berkata, “Kumandangkanlah Allahu Akbar dan lafaz-lafaz azan yang seterusnya“. Pada keesokan harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu perihal mimpinya itu. Kemudian Baginda bersabda, “Mimpimu itu mimpi yang benar“. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan kalimah-kalimah azan tersebut. Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar pula datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.

Lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan juga Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing sama dengan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan sahaja lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua sahabat tadi.

Perihal azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

Nabi Muhammad s.a.w. pada malam isra’ mikraj telah diperlihat dan diperdengarkan azan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka yang turut sama berjemaah ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s.. Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi“.

Menurut pendapat sesetengah ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:

  1. Mu’azzin tidak harus menerima upah apabila melaksanakan tugasnya
  2. Mu’azzin harus suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis
  3. Mu’azzin hendaklah mengadap kiblat ketika melaungkan azan
  4. Ketika membaca “hayya ‘ala as-salah“, mu’azzin hendaklah mengadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya ‘ala al-falah“, mengadapkan muka dan dada ke sebelah kiri
  5. Mu’azzin hendaklah memasukkan dua jarinya ke dalam kedua telinga
  6. Suara mu’azzin hendaklah nyaring
  7. Mu’azzin tidak boleh bercakap ketika melaungkan azan
  8. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya ‘ala as-salah” dan “hayya ‘ala al-falah“. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah“.
  9. Setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da’wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab’athhu maqaman mahmudan allzi wa’adtah” yang bermaksud “Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari)

Terdapat satu fenomena yang luar biasa tentang azan. Azan di dunia ini bersahutan tanpa henti dan akan terus berkumandang sehingga ke akhir zaman. Ada yang mengatakan bahawa jika berhentinya sambungan azan (salah 1 tanda besar kiamat), maka akan keluarlah yakjuj dan makjuj yang dikatakan akan menghancurkan dunia pada akhir zaman. Selagi azan berkumandang, tembok yang mereka gali akan tertimbus balik. Wallahualam. Hayatilah rakaman video di bawah.

[note]

UPDATED: Thanks to NurrStyle.blogspot kerana forward video ni kat aku melalui YM..
:peace-aman:

[/note]

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


35 Comments

  1. Semoga kita akan terus dilindunginya hingga ke akhir zaman….. :cheerful:
    .-= Post terbaru Dak Wan di blog beliau.. Gong Xi Fa Chai =-.

  2. itulah sstu keajaiban yang sangat terindah di dunia ini.bagi saya ia merupakan petunjuk untuk kita sedar dan insaf.percayalah keajaiaban itulah yang membawa satu rahmat kepada kite.andai itu takdirnya,kita haruslah ambik iktibardalam saat yang indah itu

  3. anaram azan memang sentiasa berkumandang x tanpa henti sebab ianya kalimah kebesaran dan kemuliaan ALLAH, tp azan la macam mana pun ada gak org yang buat dek je. boleh lepak-lepak main sepak raga time maghrib. hehehe ada pulak yang balik dari disko time org azan subuh tapi x semayang subuh pun.

    Entri Pjan yang terbaru di blog beliau.. Tidur yang terganggu

  4. memg menajukkan… tuhan maha kuasa apa yg di lakukan pastinya ada hikmah di sebaliknya..

  5. -Ring 0- says:

    Subhanallah..
    x terlintas kt kepale otak aku ni azan x penah berenti hingga ke akhir zaman..
    bertapa jahilnya aku..

    Entri -Ring 0- yang terbaru di blog beliau.. Episod 1: Permulaan

  6. spidabite says:

    banyak info yg saya dpt dr entry awak ni… blh saya selitkan dlm pengajaran saya nanti wpun saya mengajar geografi T1.. :)

    • @spidabite, cikgu ke ni? wah.. bagus2. walaupun ajar geografi, bleh je kalau nk selitkan bende2 yg memberi pengajaran dan pedoman kepada org lain. teruskan usaha anda. semoga berjaya. :thumb-up:

  7. aku ms jumpe video ni pun rs mmg teruja r..sbb x penah terfikir..tp mcm mn ko ilangkan yg nm blog org lain yg kt video tu? huhu…aku main letak je..x edit pun :hik-hik:

    Entri nurr yang terbaru di blog beliau.. Keajaiban Azan

    • @nurr, hehe.. aku pkai software nero vision, potong2 yg mane tak penting (termasuk url blog asal.. sorii :sshhh: )

      ape kate ko tukar amik video yg aku edit tu letak kt post ko.. hehe.. owh! aku lupa nk credit kt ko sebab forwardkan video ni.. jap lagi aku update! thanks :blushing:

  8. subhanallah …
    banyak masjid dan surau yang indah2 tapi kurangnya org yg pergi bersolat …

    laungan azan kita tak sambut .. sebok dgn urusan dunia .. itulah salah satu kekuatan umat Islam yang hilang!

    Entri hydir yang terbaru di blog beliau.. Sketsa: Interview kerja yang mantap!

    • @hydir, semoga kekuatan itu tidak akan hilang.. sama2 la kita wujudkan kembali kekuatan itu.. kab-ba-ro-kab-alif-ta-nun.. KEBERKATAN! alhamdulillah..

  9. hoho.. banyakkan post sebegini.. bagus utk muhasabah diri.hehe

    Entri JRY yang terbaru di blog beliau.. Kesilapan yang selalu dibuat apabila mengedit Blog

    • @JRY, terima kasih JRY.. ade lg bende2 camni aku akan post kt sini.. jgn lupa subscribe Anarm Network :blushing:

  10. video tu sangat kool.. aku dah kongsikan bersama pembaca ohtidak..

    keep it up bro! nice editing.

    Entri Khai yang terbaru di blog beliau.. Hakikat bila berkata mengenai remaja Kelantan

    • @Khai, oh! khai.. hehe.. mekasih.. aku edit bodo2 je video tu.. kalau ade adobe premier pro bleh la aku edit kaw2.. :hik-hik:

  11. hoho. azan memang satu keajaiban.

    aku bertambah teruja bila tengok video tu :blushing:

    Entri alone yang terbaru di blog beliau.. Have you gone through this situation?

  12. tadek ape boleh aku perkatakan
    pasal entri ni. penuh lengkap
    dengan segala maklumat.

    RESPECTED. Thanks for sharing :thumb-up:

    Entri Kreuger yang terbaru di blog beliau.. Mini Gathering

    • @Kreuger, mari kita sama2 hayati laungan kebesaran Allah ini.. aku nak menangis tgk video tu.. indahnya Islam! :waawaa:

  13. aku insaf bile layan video last sekali tuh..
    aku nak mandi..
    amik wudhu..
    pastu smayang maghrib le..
    huhu..
    ampunkan dosaku ni.. :crying:

    Entri Jaws yang terbaru di blog beliau.. Cabaran Affiliate Pakej Newbie IM

    • @Jaws, tu la pasal.. memang syahdu je tgk video tu.. indahnya Islam.. alhamdulillah kerana kita dilahirkan sebagai umat Islam.. syukur!! :waawaa: (nangis sebab bersyukur)

Trackbacks

  1. […] rutin di hari-hari biasa. Bahkan kadang-kadang mereka sengaja berlambat-lambat ke masjid walaupun azan sudah berkumandang. Ada yang datang di pertengahan khutbah, ada juga yang datang ketika solat telah […]