Fast & Furious 6 Filem Penuh Aksi Terbaik

Aku baru berpeluang tengok filem Fast & Furious 6 petang semalam. Nasib baik sempat booking tiket guna e-payment kat laman web GSC. Tiket memang cepat giler terjual. Masa sampai GSC Alamanda nampak berderet orang beratur nak beli tiket wayang. Aku rilek je jalan pergi collect tiket kat kaunter tanpa beratur. Itulah kelebihannya beli tiket wayang online. Seat pun boleh pilih kedudukan paling best untuk menonton.

fast and furious 6 wallpaper

Fast and Furious 6 filem penuh aksi terbaik. Filem lakonan Vin Diesel (Dominic Torreto), Paul Walker (Brian O’Conner), Dwayne Johnson / The Rock (Luke Hobbs) dan pelakon-pelakon lain sememangnya terbaik dan tak mengecewakan. Sangat berbaloi juga bagi mereka yang beratur panjang beli tiket, apatah lagi yang beli tiket online dengan ada caj tambahan sebanyak RM0.50 sen untuk setiap tiket.

tiket wayang gsc fast and furious 6

Dari mula sampai tamat filem Fast & Furious 6 ni penuh dengan aksi-aksi mencemaskan, hebat dan terbaik. Diselit juga dengan lawak-lawak sengal daripada watak Roman Pearce (lakonan Tyrese Gibson). Tiba-tiba aku jadi minat dengan watak Roman. Hahaha..

pelakon fast and furious 6

Fast & Furious 6 mengisahkan Luke Hobbs (The Rock) memerlukan bantuan sekumpulan penjenayah di bawah pimpinan Dominic Torreto (Vin Diesel) untuk memburu penjenayah profesional yang dipimpin Owen Shaw (Luke Evans).

Pada mulanya Dom menolak permintaan Hobbs sebab dia dan rakan-rakannya yang lain dah ‘cuci tangan’ dan menikmati hidup mewah hasil rompakan $100 million yang lepas. Tapi akhirnya Dom terima jugak untuk bekerjasama dengan Hobbs kerana salah seorang penjenayah yang nak diburu tu adalah Letty, awek dia yang dikatakan dah mati rupanya masih hidup.

fast and furious 6 team

Dengan bantuan rakan-rakan yang lain diorang akhirnya bersetuju untuk bantu memburu geng Owen Shaw setelah dijanji oleh Hobbs untuk hapuskan segala rekod jenayah diorang. Di samping tu, Dom nak dapatkan kepastian yang Letty memang betul-betul masih hidup dan kenapa Letty join geng jahat Owen Shaw.

fast and furious 6 kereta shaw

owen shaw fast and furious 6

Dalam movie Fast 6 ni best betul dengar bunyi enjin kereta diorang. Kereta pun semuanya smart. Cuma kereta yang Owen Shaw punya je pelik sikit, nampak macam besi buruk, tapi power giler baqhang! Tengok scene kejar-mengejar antara geng Dom dengan geng Shaw memang gempak habis.

fast 6 car chase tunnel

Paling gempak masa scene kejar-mengejar lepas Shaw hijack kereta kebal. Nasib baik ada si Roman (lakonan Tyrese Gibson) yang sengal tu. Akhirnya dapat jugak diorang tewaskan Shaw yang memandu kereta kebal habis dilanggar semua kereta orang awam. Jahat giler watak Shaw.

roman tyrese gibson fast 6

Babak Dom lompat dari kereta untuk selamatkan Letty yang tercampak dari kereta kebal pun terbaik. Sanggup bahayakan diri untuk selamatkan awek yang dia sayang. Nasib baik dalam movie. Kalau realiti rasanya takde kot yang sanggup lompat macam Dom buat.

dom jump from car fast 6

Ada banyak lagi babak menarik dalam Fast and Furious 6. Termasuk babak meletupkan kapal terbang besar yang mesti ditonton. Jalan cerita pun memang best. Secara keseluruhan aku bagi 5/5 bintang untuk filem Fast & Furious 6. Tunggu keluar link downlod movie ni pulak nanti boleh layan lagi sekali.

Siapa belum tengok filem Fast & Furious 6 harus pergi serang pawagam berdekatan dengan korang. Confirm puas hati dengan cerita dia. Diingatkan, bila movie dah habis sila tunggu sekejap sebelum keluar sebab ada sedikit scene di TOKYO yang menunjukkan ada sambungan siri ke-7 Fast & Furious!

Fast and Furious 7 nanti ada mamat “The Transporter” yang pegang watak sebagai Ian Shaw, abang kepada Owen Shaw. Fast and Furious 7 akan ditayang di pawagam pada 11 Julai 2014. Tak sabar nak tengok.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

22 Comments

  1. perantau says:

    citer yg ku tggu2 :happy:

  2. BeritaKaki says:

    cter ni mmg power…lebih power dari yg sblomnya

  3. mmg terbaik cita nie…

    best gler…

    rugi klu xtgk…

  4. Ramai yang selepas menonton beri maklum balas positif.
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Kenali sains dalam dunia islam dengan Sultans of ScienceMy Profile

  5. He…23x Jom layan dekat Rawang la.. malam pertama tayangan je tak sesak, datang dan beli dekat kaunter je.

    Asalkan datang awal boleh dapat seat yang ok
    Jom baca entri terbaru di blog Bro Framestone – Kawan Terbaik Adalah Kawan Yang Paling Sukar DipercayaiMy Profile

  6. zainal abidin says:

    Hari ni plan nk tgk..biar tgk masa org tak ade dlm panggung..hahaha.. :biggrin: :biggrin:

  7. belum tengok lagi…teruja ler..story yang menarik….
    Jom baca entri terbaru di blog sukma – MOOD DEMAMMy Profile

  8. memang best gilr…..link download dah lama kuar bro….sebelum ditayangkan kat malaysia lagi..tp quality biasa jer lah..
    Jom baca entri terbaru di blog Faizal Fredley – Fast And Furious 6 Filem Epic Wajib TontonMy Profile

  9. Tengok review mmg gempak, belum cuba tengok kat pawagam lagi. Nak tengok nanti tunggu sedut file versi dvdrip. hehe.. :devil:
    Jom baca entri terbaru di blog Ummar Farouk – Rahsia Petua Tindakan Kita Bagi Mengukuhkan Keputusan NaluriMy Profile

  10. Cheq nak p wayang tak ada masa. Jadi dah download tengok cam punya tak puas. Habis macam mana ni ?
    Jom baca entri terbaru di blog ProfHariz – Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !My Profile

  11. memang best…excited je tgk 5 bintang jgk kasi
    Jom baca entri terbaru di blog Shahrul – Anak dengan Emak bergaduhMy Profile

  12. peh, best la korang. dapat tengokkk..
    Jom baca entri terbaru di blog titan – Sauna tidak membakar kalori dengan banyak.My Profile

  13. Haaaa… memang terbaik kan?? Sambungannya mesti ada.. sung kang tu aku rasa tak mati kut. Sempat keluar.
    Jom baca entri terbaru di blog KiD – Blog Dulu, Cakap KemudianMy Profile

    • Aku rasa dia mati.. Sebab yang last kereta Sung Kang meletup tu babak dalam Tokyo Drift.. Dalam Tokyo Drift boleh tgk kereta dia kena langgar dengan kereta Mercedes.. dan yang drive kereta Mercedes tu adalah mamat “The Transporter”.. Hohoo..

      Dalam Tokyo Drift dia terus tunjuk kereta meletup.. Ending Fast 6 baru dia tunjuk “Transporter” keluar dari kereta pastu call Dom, dan kereta Sung Kang meletup.. Kiranya cerita Tokyo Drift tu berlaku selepas Fast 6..

      Pandai orang yg buat filem Fast and Furious ni main teka-teki..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Fast & Furious 6 Filem Penuh Aksi TerbaikMy Profile

  14. Tudiaaa… Pakai e-Payment kene berapa ye tiket penah try kene caj RM11 – mahal… -_-
    Jom baca entri terbaru di blog Izzuddin Fauzi – Buka Kedai Tapi OnlineMy Profile