Durian Crepe Sedap

Durian Crepe

Akhirnya dapat juga rasa makan Durian Crepe. Sedap jugak. Terima kasih isteri tercinta sebab tolong belikan. Dia beli kat Mid Valley. Kebetulan tempat kerja dia kat situ.

Hari tu aku dah pergi Mid Valley cari Durian Crepe ni tapi tak jumpa pulak gerai yang jual. Merata aku jalan kat level LG dalam Mid Valley tu sebab kawan-kawan Facebook cakap Durian Crepe ada jual kat situ. Rasa hampa bila tak jumpa cari.

Tapi wife aku cari jumpa pulak. Mungkin sebab aku cari pakai perut kot sebab tu tak jumpa. Haha. Wife aku cakap gerai jual Durian Crepe tu ada kat The Gardens. Rasanya aku dah jalan kat situ tapi kenapa takde nampak pun. Pelik!

Makan Durian Crepe

Makan durian crepe sambil online depan laptop

Dah makan habis dah Durian Crepe ni. Harga RM10 dapat 6 bijik. Ingatkan besar Durian Crepe ni rupanya kecik cinonet. Rasa macam tak berbaloi je beli.

Wife aku nak try buat sendiri nanti. Resepi durian crepe banyak dikongsi kat blog-blog rakan blogger. Boleh rujuk situ je nak buat nanti. Kalau buat sendiri boleh la buat saiz ikut suka nak besar mana. Puas hati sikit bila makan.

p/s: Macam mana nak sebut ‘Crepe’? Adakah disebut Kerip? Keripi? atau Kerepek?


31 Comments

  1. sweetkurma says

    memang sedap, akak dapat beli di ikano, akak borong semua 20 bungkus yang tinggal sebab nak bagi kawan2 rasa, lepas akak borong ramai mai jadi hampa, duh jadi kasihan lah pulak tapi tuan kedai kata akan datang lagi… akak letak di tempat beku di peti ais pun sedap jugak jadi ice cream… hehe :tongue:
    Entri terbaru di blog sweetkurma : wanita berkuasa dari rumahMy Profile

  2. says

    Salam perkenalan..
    musim ni,.. mmg ramai sedang memperkata akn durian crepe.. jom terjah blg saya ttg durian crepe ni.. kt tempat saya RM10 dapat 5 biji. tapi saiz besar.. mmg puas jugak la.. tapi mmg berbeza org buat berbeza lah saiznya kn..

  3. says

    aku rasa orang makan sebab ramai orang sibuk pakat-pakat makan benda nih..

    aku tak suka benda ada krimmm..tak sedap. better lempeng tuuuu..terus letak durian dalam tu..sejukkan kejap dalam peti sejukk..makan terus. lagi sedappp rasanya..