Daftar Portal Online MyASNB

Akhirnya dapat juga daftar portal online myASNB baru-baru ni. Sebelum ni pernah cuba daftar di laman web dia, tetapi gagal.

Rupa-rupanya kena kemaskini maklumat peribadi (nombor telefon) terlebih dahulu di mana-mana cawangan ASNB atau ejen.

Oleh sebab sibuk dengan urusan kerja, tak sempat nak pergi buat kemaskini. Tertangguh urusan tu sampai hari aku balik kampung (adik kahwin).

Lepas tu baru ada masa free sempat pergi pejabat ASNB cawangan Teluk Intan, Perak.

Alhamdulillah, tak ramai orang tunggu giliran masa tu. Sekejap je siap proses kemaskini untuk daftar portal online myASNB.

Pejabat ASNB cawangan Teluk Intan Perak
Pejabat ASNB cawangan Teluk Intan, Perak (Gambar: Google Maps)

Proses kemaskini boleh dibuat di mana-mana cawangan ASNB atau ejen (bank, pejabat pos) yang terdekat. Tak perlu pergi jauh-jauh.

Sampai sana beritahu je nak buat pendaftaran portal myASNB.

Semasa berurusan di kaunter hanya perlu bagi IC (MyKad) dan scan cap ibu jari tangan. Kemudian buat kemaskini nombor telefon yang akan diguna untuk terima SMS Kod Kebenaran Transaksi (TAC).

Nombor akaun pun akan dapat nombor yang baru. Nombor akaun ASB sekarang ni guna 12 digit nombor.

Dah selesai semua urusan, bolehlah buka laman web myASNB di www.myasnb.com.my untuk daftar dan aktifkan akaun online myASNB.

Cara Daftar Portal Online MyASNB

Langkah pertama bila dah buka laman web myASNB, tekan butang “Daftar di sini” dan akan ditunjuk langkah-langkah mudah untuk mula mendaftar.

Teruskan dan tekan butang “SETUJU” (bersetuju dengan Terma & Syarat penggunaan Portal myASNB dan Dasar Privasi).

Terma dan Syarat penggunaan portal myASNB
Setuju dengan Terma dan Syarat penggunaan portal myASNB

Kemudian lengkapkan maklumat pemegang unit. Pilih jenis kad pengenalan, isi nombor kad pengenalan dan pilih satu (1) produk ASNB yang dilanggan.

Lepas tu tekan butang “Seterusnya“.

Maklumat pemegang unit ASNB
Isi maklumat pemegang unit dan produk ASNB yang dilanggan.

Langkah seterusnya kena buat pengesahan guna nombor telefon bimbit yang dah dikemaskini di kaunter ASNB sebelum ni.

Tekan butang “Permintaan TAC” untuk dapatkan 6 digit nombor yang akan dimasukkan dalam ruangan TAC.

Pengesahan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) Portal myASNB

Isi Kod Kebenaran Transaksi (TAC) yang diterima melalui SMS dan tekan butang “Seterusnya“.

Kemudian isi maklumat pendaftaran akaun, iaitu ID Pengguna dan Alamat Email yang akan diguna untuk log masuk ke akaun online myASNB.

Lengkapkan juga bahagian “Soalan Keselamatan” tu dan salin jawapan bagi setiap soalan yang dipilih. Takut terlupa.

Maklumat log masuk akaun online myASNB

Bila dah siap semuanya, tekan butang “TAMAT” dan akan keluar paparan macam dalam gambar di bawah ni.

Anda telah berjaya mendaftar dengan portal myASNB“.

Portal online myASNB telah berjaya didaftar

Guna kata laluan sementara yang diberikan tu untuk log masuk kali pertama.

Lepas dah log masuk ke akaun, tukar kata laluan yang baru dengan menggunakan kombinasi Huruf Besar + Huruf Kecil + Nombor + Simbol supaya tahap sekuriti / keselamatan akaun online myASNB akan lebih baik.

Daftar portal online myASNB
Paparan akaun online myASNB selepas log masuk

Dalam akaun akan nampak paparan seperti gambar di atas ni. Ada tunjuk jumlah nilai pelaburan, jumlah dana, jenis unit amanah serta jumlah unit dan nilainya sekali.

Melalui portal online myASNB hanya boleh tambah pelaburan sahaja buat masa ni dan dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi.

Untuk pengeluaran duit (jualan semula) masih kena berurusan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen yang berdekatan.

Senang je daftar portal online myASNB. Korang dah daftar?

11 Comments

  1. Dok cari macam mana lah nak cara nak semak asb tanpa perlu beratur panjang dekat pejabat pos sana, mujur jumpa pos ni. Thanks tuan blog

  2. Kita sama bro. Ingatkan boleh terus daftar dalam laman web diorang. Rupa2nya kena pergi juga ASNB untuk pengesahan nombor telefon untuk dapatkan no TAC. Dah ada pekhidmatan macam ni dah kira senang. Nak masukkan duit dalam tu pun tak perlu nak beratur panjang lagi dah. GUna online pun boleh.

  3. Baru diberitahu minggu lepas masa nak masukkan duit dalam akaun ASB isteri. Pegawai bank pesan register terus dekat mana-mana cawangan ASNB atau agen yang dilantik. Cuma update nombor telefon terkini je.

    Nak buat penambahan dan pengeluaran dana makin senang la lepas ni.

    huhu

    • Ya. Makin senang nak tambah dana ASB boleh buat online. Cuma nak keluarkan dana je kena pergi kaunter, buat masa ni. Mungkin akan datang boleh keluarkan dana secara online jugak.

Leave a Reply to AnarmCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *