Country Chic Steak Kenny Rogers Roasters

Hari Selasa lepas aku pergi Kenny Rogers Roasters di Mid Valley dengan isteri tercinta untuk sesi food review hidangan “Country Chic Steak“. Terima kasih Kenny Rogers Roasters (KRR) atas jemputan makan-makan.

Sebelum ni aku pernah buat review untuk menu Kenny Roger Roasters “Cheezy Rice Treasure“. Sedap! Hidangan Country Chic Steak yang kitorang makan hari tu pun sedap jugak.

country chic steak kenny rogers roasters

Kenny Rogers Roasters mengadakan aktiviti KRR Blogger’s Food Review ni untuk membina hubungan baik dengan blogger. Di samping tu memberi peluang kepada bloggers untuk cuba hidangan terkini daripada Kenny Rogers Roasters. Dapat makan free memang best!

KRR “Hearty & Wholesome Treat” Country Chic Steak

Hidangan Kenny Rogers Roasters kitorang makan Selasa lepas memang sangat menyelerakan. Ciptaan terbaru Kenny Rogers Roasters iaitu Country Chic Steak yang diperap dalam rempah khas dan herba beserta dengan sos cendawan berkrim.

Country Chic Steak dihidangkan bersama 3 hidangan sampingan dan Muffin Kenny Rogers dengan harga RM20.90 jerr..

Setiap kali makan di Kenny Rogers Roasters biasanya side dishes pilihan aku adalah Aromatic Rice, BBQ Baked Beans dan Mashed Potato & Gravy. Tapi hari tu aku tukar mashed potato dengan Macaroni & Cheese. Sedap jugak cuma cepat rasa muak sebab banyak cheese.

country chic steak kenny rogers roasters
Hidangan Country Chic Steak yang aku order

Terdapat juga minuman baru yang diperkenalkan bersama hidangan Country Chic Steak ni. Setiap satu berharga RM9.90 dan ada 3 jenis pilihan minuman iaitu:

  • Breezy Island – Campuran buah-buahan menyegarkan dan mangga.
  • Kiwi Kisses – Mulakan hari dengan kiwi berperisa.
  • Veryberry Wave – Perisa strawberi yang sangat ‘awesome‘.

Minuman aku pilih Breezy Island sebab aku suka mango. Wife aku pulak order Kiwi Kisses. Air ‘ciuman Kiwi’ bagi aku agak kurang menepati citarasa aku. Lagi sedap air Breezy Island. Cuma air Veryberry Wave aku tak rasa lagi. Tengok macam sedap je..

breezy island country chic steak

kiwi kisses kenny rogers country chic steak
Air Kiwi Kisses yang wife aku order

Hidangan Country Chic Steak memang betul-betul mengenyangkan perut. Daging ayam dia tebal tapi lembut. Sedap je kunyah dan rasanya pun cukup menyelerakan. Minuman dia pun sedap dengan rasa manis buah.

blogger food review kenny rogers

Blogger kalau dah mengadap makanan macam ni lah kerjanya. Asyik nak tangkap gambar makanan je. Lebih kurang 10 minit lepas tu baru start jamah makanan.

blogger food review kenny rogers

blogger food review kenny rogers

Walaupun suka amik gambar makanan kemudian upload ke internet, ianya bukan petanda orang sakit mental ye…

isteri makan kenny rogers roasters
Isteri tercinta sedang makan Country Chic Steak di Kenny Rogers Roasters Mid Valley
blogger shakiddo kenny rogers roasters
Blogger Shakiddo.com sedang menikmati hidangan Country Chic Steak

habis makan kenny rogers

Layari laman web www.KRR.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari Facebook.com/KRR.My.

krr caption it and grab your vouchers

Sekarang ni Kenny Rogers Roasters mengadakan contest “Caption It & Grab Your Vouchers!”. Contest bermula 6 Mei hingga 20 Mei 2013. Kalau rasa nak menang voucher makan-makan bernilai RM50 boleh la join contest tersebut. KLIK SINI untuk join.

Kenny Rogers ROASTERS… Less fat… Less salt… Less calories…

32 Comments

  1. Memang sedap. Kenyang juga makan ayam. Nampak macam sikit tapi sekali makan. Kenyang yang amat.

  2. Tak pernah masuk lagi, biasa nya memang sekadar lalu sahaja.. Lepas ni boleh la singgah.. Ishh, bukan sakit mental tu bro, kebiasaan je.. :)

    • Aku pergi Kenny Rogers dekat dengan rumah pun memang selalu full house je.. Tapi Kenny Rogers kat Mid Valley macam tak ramai orang sangat..

    • Makan cepat sebab sedap.. Lagipun time tu tengah lapar.. Memang sengaja tahan lapar semata-mata nak makan Kenny Rogers percuma.. Hehe..

    • Mestilah licin sebab sedap.. Lagipun tak elok bazir makanan.. Hehe..

      Time makanan sampai atas meja masing2 terus pegang camera.. Sebelum makan amik gambar dulu, upload kat facebook, twitter, instagram.. Pastu baru makan.. Sambil makan pun sempat jugak snap gambar sikit2.. Lepas habis makan pun amik gambar lagi.. Macam tu lah gelagat blogger bila pergi makan.. Macam orang #SakitMental amik gambar makanan.. hahaha..

      • haha,,kadang2 meriah gak kan bila ada suasana macam ni..kat jerteh ni tak sama dengan kat sana..saya nak ambil gambar gak setiap kali pergi makan best2..tapi malu tu ada..maklum lah kiter jer yang nampak sungguh ambik gmbar makan..orang lain tak ada..kalau mcm ni,ramai2 ambik gmbar, tak segan sangat kan?ataupun mereka ni dah terbiasa.,.hehe..

    • Hahaha.. Kalau ada sos cili mesti lagi berselera nak makan.. Nasib baik hari tu order Baked Bean, sedap jugak makan ayam cicah sos baked bean..

  3. air mangga tu nampak pekat dan sedap..
    memang antara kesukaan aku bila makan di Kenny Rogers ialah pilihan air dia yang best..

Leave a Reply to Akuro SanCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *