Contest Piala Dunia FIFA 2014 Menangi USD100,000

Piala Dunia FIFA 2014 kini kembali. Perlawanan pertama bola sepak antara tuan rumah Brazil dan Crotia dah pun kita tahu keputusannya – Brazil 3 Crotia 1. Aku sempat tengok sekejap je pagi tadi lepas tu tertidur. Haha. Tapi takpe sebab itu bukan team pilihan aku. Aku pilih Germany tahun ni.

Sempena Piala Dunia FIFA 2014 ni ada sesuatu yang cukup menarik aku nak kongsikan dengan korang semua iaitu peluang untuk menangi hadiah bernilai USD 100,000 melalui contest yang dianjurkan oleh Brazil.com.

Kejohanan FIFA Piala Dunia 2014 di Brazil

Kepada mereka yang kaki bola dan nak berjaga malam untuk tonton siaran langsung 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014, jom sertai contest menarik yang dianjurkan oleh Brazil.com. Rugi siapa tak join contest ni. Kenapa rugi? Sebab hadiah-hadiah yang ditawarkan memang terbaik!

Contest Piala Dunia FIFA 2014 anjuran Brazil.com

Hadiah Contest Pertama Piala Dunia FIFA 2014
  • Hadiah 1 – 60 : T-shirt (e-Gift Certificate bernilai USD 100)
  • Hadiah 61 – 161 : Bola Sepak (e-Gift Certificate bernilai USD 50)
Hadiah Contest Kedua Piala Dunia FIFA 2014
  • Hadiah Pertama untuk seorang pemenang : Tiket penerbangan untuk 2 orang (Business Class) + Penginapan 7 Hari 6 Malam + Elaun Makan USD 1,000 sama ada ke Macau atau Rio de Janeiro atau London, mengikut pilihan pemenang.
  • Hadiah Kedua untuk seorang pemenang : Tiket penerbangan untuk 2 orang (Economy Class) + Penginapan 7 Hari 6 Malam + Elaun Makan USD 500 sama ada ke Macau atau Rio de Janeiro atau London, mengikut pilihan pemenang.
  • Hadiah Ketiga untuk 20 pemenang : Satu unit kamera Canon E06 6D atau kamera Nikon D5300 atau MacBook Air atau MacBook Pro, mengikut pilihan pemenang.
  • Hadiah Keempat untuk 15 pemenang : iPhone 5C atau Xbox One dengan FIFA 14 Game atau GoPro Hero 3 + Black Edition, mengikut pilihan pemenang.
  • Hadiah Kelima untuk 50 pemenang : iPod Nano atau Nike Sport Watch mengikut pilihan pemenang.
  • Hadiah Keenam untuk 60 pemenang : T-shirt (nilai e-Sijil Hadiah $100)

Hadiah contest FIFA 2014 anjuran Brazil.com

Syarat Contest Piala Dunia FIFA 2014

Untuk sertai contest Piala Dunia FIFA 2014 anjuran Brazil.com ni kenalah patuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  • Umur mesti 12 tahun ke atas.
  • Mesti mendaftar dan login di Brazil.com. Register macam biasa, masukkan alamat email kemudian tunggu email untuk dapatkan password. Password boleh tukar kepada yang mudah dengan cara login dan klik di ‘Edit Profile’.
  • Mesti isi data peribadi iaitu Surname, Given Name, Date of Birth, country of residence, contact no.
  • Masa tutup tekaan adalah 15 minit sebelum perlawanan dan tekaan boleh diubah sebanyak dua kali.

Sertai contest FIFA Piala Dunia 2014 anjuran Brazil.com

Peraturan Contest Piala Dunia FIFA 2014

Peraturan dan cara pemainan untuk Contest Pertama dan Contest Kedua adalah sama.

  • Contest Pertama berlangsung untuk pusingan kumpulan bermula pada 25/5/2014 sehingga 26/6/2014.
  • Contest Kedua berlangsung untuk pusingan kalah mata 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan final dari 27/6/2013 sehingga 13/7/2014.

Cara Contest Piala Dunia FIFA 2014

  1. Matlamat setiap peserta adalah mengumpul sebanyak mata daripada setiap perlawanan. Mata yang terkumpul dalam Contest Pertama tidak akan dibawa ke Contest Kedua.
  2. Semua tarikh dan masa perlawanan yang digunakan adalah mengikut waktu Brazil.
  3. Cara pengiraan MATA:
    • 3 Mata – meneka denga tepat pasukan yang menang atau seri.
    • 1 Mata – meneka dengan tepat perbezaan gol dengan syarat dapat meneka dengan betul masukan yang menang.
    • 1 Mata – meneka dengan tepat jumlah jaringan samada pasukan yang menang atau pasukan yang kalah.
    • 7 mata – meneka dengan tepat jumlah jaringan untuk masukan yang menang dan pasukan yang kalah.
  4. Joker Ball – setiap peserta boleh menggunakan hanya sekali sama ada dalam contest pertama atau contest kedua untuk menggandakan mata.
  5. Soalan Bonus – menjawab soalan bonus untuk mendapat mata tambahan untuk contest kedua dengan syarat perlu dijawab sebelum 27/6/2014.

Join contest FIFA 2014 Brazil.com

Ramalan perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Buat tekaan keputusan perlawanan untuk contest Piala Dunia 2014 Brazil.com

Tak sempat pulak nak teka keputusan Brazil lawan Crotia. Kalau tak mesti dah dapat kumpul mata. Aku senasib dengan bro Fauzi Blues, tekaan 3-1 dah betul tapi belum daftar lagi untuk contest ni. Rasa rugi sangat. kalau tak dah boleh bersaing dengan bro Denaihati, Shakiddo, Melastik Bintang, Hasrul Hassan, Hafiz Rahim dan Sohoque.

Untuk dapatkan informasi yang lebih tepat lagi boleh baca di laman web Brazil.com. Jangan lupa daftar sebagai peserta juga baru boleh nampak dengan jelas di dashboard. Jadi, kita boleh tahu jumlah mata kita yang terkumpul serta ranking peserta terkini.

Menarik kan Contest Piala Dunia FIFA 2014 anjuran Brazil.com ni? Jom ramai-ramai join contest ni dan kumpul mata sebanyak mungkin.

Macau atau Rio de Janeiro atau London… mana satu ye yang best?

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

12 Comments

  1. Siapa yang dah menang contest nie??
    Entri terbaru di blog din : Bleed Review for PCMy Profile

  2. Brazil is my favorite….bravo pak cik
    Entri terbaru di blog adi : Tips Sederhana Untuk Umroh 2015My Profile

  3. Susah jugak kalau bab teka meneka nih. Kalau nak tekaan tepat kena selalu baca info laa.
    Entri terbaru di blog yusri : Perkara perlu dielak buat pencari duit google adsenseMy Profile

  4. pergh main ramal2 ni..sape hebat memg pulang hadiah best ni..hehe
    Entri terbaru di blog nadia johari : TERIMA KASIH BLOGGER SHIDA,LEEZA DAN KAK MIAMy Profile

  5. Wah… Bestnya.. Hadiah lumayan untuk dimenangi… Mesti ramai yang join contest ini nanti…
    Entri terbaru di blog Anuar : Brazil Bakal Menjulang Trofi Piala Dunia 2014?My Profile

  6. Wah.. kalau menang ni boleh lah pergi melancong jauh2.
    Entri terbaru di blog ezuddin : Maka bermulalah kembali kegilaan World Cup pada tahun 2014My Profile

Trackbacks

  1. […] Bro Denaihati, Bro Shakiddo, Bro Melastik Bintang & Bro Hasrul Hassan. Kiranya aku dengan Bro Anarm senasib la…ketinggalan […]