“Cheezy Rice Treasure” Menu Sedap di Kenny Rogers ROASTERS

Malam Jumaat lepas aku dan isteri tercinta dinner di Kenny Rogers ROASTERS, Mid Valley. Dapat jemputan dari pihak Kenny Rogers ROASTERS Malaysia untuk food review.

Kenny Rogers ROASTERS sekarang ni sedang buat promosi menu terbaruCheezy Rice Treasure. Sedap!

Tambah-tambah dapat makan free lagi la rasa sedap. Alhamdulillah..

cheezy rice treasure kenny rogers malaysia

Cheezy Rice Treasure yang sedang dipromosikan sekarang ni adalah menu menyelerakan campuran daging atau makanan laut, nasi beraroma serta brokoli dan keju mozzarella yang dibakar dengan sempurna.

Cheezy Rice Treasure didatangkan dengan 2 pilihan menu iaitu Seafood Royale dan Beef Supreme.

Setiap set disertakan bersama 2 side-dishes dan 1 Kenny’s Home-made Muffin dengan harga RM18.50. Juga ada pilihan ala-carte dengan harga RM13.50.

beef supreme cheezy rice treasure
Beef Supreme – Cheezy Rice Treasure @ Kenny Rogers ROASTERS Malaysia

Dinner malam tu aku pilih set menu Beef Supreme dan isteri tercinta pula pilih Seafood Royale. Kitorang tukar-tukar makanan untuk rasa kedua-dua menu yang dihidangkan.

Bagi aku Seafood Royale lebih menepati selera dan citarasa aku berbanding Beef Supreme. Ditambah pula dengan side-dishes BBQ Baked Beans dan Mashed Potato yang memang kegemaran aku, dan juga Kenny’s Home-made Muffin.

seafood royale cheezy rice treasure
Seafood Royale – Cheezy Rice Treasure @ Kenny Rogers ROASTERS Malaysia

cheezy rice treasure seafood royale

kenny home-made muffin perisa oren
Kenny’s Home-made Muffin yang sangat sedap

Minuman pula ada 2 pilihan disediakan iaitu Choco Garden dan Latte Garden. Aku lebih suka Choco Garden. Latte Garden rasa kopi dia tak berapa ‘ngam’ untuk tekak aku.

Choco Garden berharga RM8.90 manakala Latte Garden berharga RM12.90.

choco garden latte garden

choco garden kenny rogers roasters malaysia

Contest Cheezy Rice Treasure Kenny Rogers

Ini ada peluang untuk menangi hadiah misteri daripada Kenny Rogers ROASTER Malaysia (KRR Malaysia) di mana KRR Malaysia menganjurkan pertandingan bermula dari 11 Mac 2013 hingga 7 April 2013. Setiap minggu 2 pemenang akan dipilih.

Apa yang perlu dibuat adalah ambil gambar korang sedang menikmati hidangan Cheezy Rice Treasure, upload ke Facebook Wall korang, kemudian tag Facebook @Kenny Rogers ROASTERS Malaysia.

kenny rogers cheezy rice treasure challenge

Untuk Twitter dan Instagram pun ada juga. Caranya korang hanya perlu Tweet atau post gambar Instagram berserta hashtag #CheezyRiceTreasure.

Boleh join contest ni sekarang mana tahu ada rezeki menang hadiah best. Hadiah akan diberi untuk setiap pemenang mengikut kategori Facebook, kategori Twitter dan kategori Instagram.

Untuk maklumat lanjut tentang Kenny Rogers ROASTERS boleh hubungi talian 03-2119 9888, atau layari laman web KRR Malaysia dan juga Facebook Kenny Rogers ROASTERS Malaysia

blogger di kenny rogers roasters mid valley
Blogger di Kenny Rogers ROASTERS, Mid Valley (Gambar oleh HazmanFadzil.com)

Tekak aku ni rasa nak makan Seafood Royale pulak. Malam ni nak ajak isteri tercinta pergi makan Cheezy Rice Treasure di Kenny Rogers ROASTERS. Kat Metro Point Kajang ada Restoren Kenny Rogers. Mungkin pergi kat situ. Dekat sikit dengan rumah.

22 Comments

  1. kenyang gile duk KL..leh rasa memacam…btw..Kenny not my choice..hahahaks..Nandos tetap di hati :biggrin:

    • Aku suka keju.. Tapi Beef Supreme rasa keju dia macam kuat sangat.. Jadi cepat muak.. Seafood Royale lagi sedap.. Rasa keju dia just nice..

  2. wah.. wah.. wah.. hari ini hari gaji.. sesuai sangatlah bawa famili ke Kenny Rogers cuba menu tu.. :biggrin:

Leave a Reply to AnarmCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *