Casing Phone Ninetology Insight i9430

Akhirnya dapat jugak cari casing untuk phone Ninetology Insight i9430 yang aku beli guna Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia hari tu. Sejak beli phone Ninetology Insight ni dia berbogel je tanpa baju, dan hari ni dah ada 2 baju baru.

Susah nak cari casing phone jenis Ninetology. Merata aku pergi kedai phone semata-mata nak cari casing dia. Kedai-kedai phone semua aku dah terjah termasuk kedai jual casing phone kat pasar malam. Semua takde jual casing untuk phone Ninetology.

casing phone ninetology insight i9430

Casing phone Ninetology Insight yang warna hitam aku beli secara online dengan harga RM35 dan yang warna oren pulak harga RM29 (termasuk penghantaran). Kalau ikutkan aku nak beli casing Sony Xperia T je sebab casing dia ‘ngam’ dengan saiz Ninetology Insight. Cuma kena ubahsuai sikit.

Nasib baik ada Group Ninetology User Malaysia kat Facebook. Dapat deal dengan member kat situ yang ada jual casing untuk phone Ninetology Insight. Untuk phone Ninetology jenis yang lain pun ada jugak.

Ninetology Insight ni nama lain dia Konka (dari China). Mungkin sebab tu kot susah sikit nak cari casing dia. Siapa yang masih mencari-cari casing atau accessories untuk phone Ninetology Insight boleh order di Lowyat.NET Trade Zone – 9tology Insight accessories.

Tempat Beli Casing Ninetology Insight


21 Comments

    • says

      Waalaikumussalam.. Nak mintak tolong ajar order kat website mana satu?

      Untuk order kat forum Lowyat.Net cuma perlu reply kat thread forum tu tulis item yang nak order.. Nanti penjual tu akan update nama dalam senarai pembeli. Bila barang dah ada, dia akan contact untuk urusan bayar dan pos..

      Kat web FunkGarage.com tu pulak just pilih casing yg nak order, klik Add to cart, lepas tu klik Checkout.. Nanti kat web tu dia akan bagi arahan macam mana nak bayar dan dia akan pos ke alamat yg diisi dalam borang..

      Kat facebook page Case9ine Store pulak, cara senang, pilih casing mana satu nak beli, copy link gambar lepas tu message inbox owner page tu, bagi link gambar yg copy tadi lepas tu tanya macam mana nak order.. Dia akan bagitau cara nak order, nak bayar kat sape..
      Entri terbaru di blog Anarm : Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013My Profile

    • norapizah abdul rahim says

      Sy dh register kat lowyat.net tu tp still xleh nk oder…sy mmg nk sgt2 bateri cover tu.mmg sy dok pening gak mncarinye.bile dh jumpa xpndai plak nk oder..dh wat mcm2 pun xleh gak..help me plsss

      • says

        Kat lowyat.net tu cuma perlu pilih item yang nak order lepas tu tulis kat Fast reply.. Contoh, kalau nak order bateri cover, dekat Fast reply tulis:

        Battery Cover:(RM25.00)
        Color: Black atau White

        Lepas dah hantar fast reply tu, nanti boleh check kat Booking List tengok nama dah ada dalam senarai atau belum.. Kalau 1-2 hari nama masih takde dalam senarai, boleh contact terus dengan owner thread (luna121245)..
        Entri terbaru di blog Anarm : Segmen – Saya Mahu DitegurMy Profile

  1. anas says

    tq bg infomation ni… sye pown tgah cri casing 9 insight ni… nk jaga tnpa bju mmg ssh.. nty calar balar… thank again.. :biggrin:

  2. syed najmi says

    Assalamualaikum bro..nk tnye..sy pkai insight jgk,cume xde casing lg..cne nk oder kt lowyat.net tu? Xphm la..sy da try dafta n anta kt admin tu smlm,tp dye xreply lg..cne ek?

    • says

      Waalaikumussalam bro.. Order kat Lowyat.Net tu dia ikut batch.. Order dulu dan diorang akan hantar bila lepas tarikh tutup.. Kena tunggu lama sikit lah sebelum dapat barang kita order tu.. Kalau nak tanya tentang order kat Lowyat.Net tu better tanya owner dia kat Facebook – SK Liew..

      Kalau nak cepat sikit boleh cuba order online kat web Funkgarage.com (cuma ada 1 pilihan casing je)..

      atau kat FB boleh tengok page The Case9ine Store.. Banyak jugak dia jual casing Insight yang stylo..
      Entri terbaru di blog Anarm : Konvensyen Usahawan Muslim #KUM2013My Profile

  3. shafiq says

    Assalamualaikum bro…

    boleh bg link x cara untuk guna guna Konka ROM Jelly Bean ni…

    • says

      Waalaikumussalam.. Maksud bro nak upgrade ke Jelly Bean ke? Boleh join group Ninetology User kat Facebook.. Search “ninetology user malaysia”.. Dalam group tu ada files yg diorang kongsi cara2 untuk upgrade Konka Jelly Bean..
      Entri terbaru di blog Anarm : Casing Phone Ninetology Insight i9430My Profile

  4. says

    skang ni apa-apa pasal gajet aku cari online je..tak dekat Lelong.com.my, aku pi cari kat forum Lowyat..harga jauh bezanya..cuma kena caj penghantaran je la..

    paling best kalau beli screen protector…ipad punya kalau kat kedai sampai RM60++..aku beli online Rm15 pun ada..tapi pasang sendiri je pun..bukan susah mana..:D
    Entri terbaru di blog reezluv : Tempahan Pakej Fotografi Perkahwinan 2013My Profile

    • says

      Beli online lebih berbaloi rasanya dari segi harga.. Kena tambah caj penghantaran sikit je.. Cuma risiko sikit dengan keselamatan barang tu.. Takut tak sampai ke tangan.. Kalau yg harga RM100 ke bawah aku berani lagi beli online.. Kalau lebih RM100 aku tak berani..
      Entri terbaru di blog Anarm : Casing Phone Ninetology Insight i9430My Profile