Mudahnya Cas Bateri Phone dengan Power Bank Yoobao

Aku baru saja beli sebuah power bank Yoobao untuk kegunaan cas bateri smartphone. Sebelum ni aku pernah terbaca entri di blog INI tentang kegunaan Power Bank. Masa tu rasa macam tak perlukan sangat benda ni. Tapi sekarang ni aku rasa aku perlukan Power Bank sebab dah banyak kali phone habis bateri bila berada di luar dan takde kemudahan atau sumber untuk mengecas bateri phone.

Power Bank Yoobao

Dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 baru ni ada hadiah cabutan bertuah sebuah Power Bank yang ditaja oleh Kak Jie. Power Bank tu aku yang pergi beli di Low Yat guna duit yang Kak Jie peruntukkan sebab penganjur #SBB2013 beritahu Kak Jie tak sempat nak pergi beli sendiri. Masa pergi Low Yat Plaza hari tu kebetulan bateri phone aku dah nak habis. Masa tu lah aku rasa aku pun perlukan power bank.

Aku beli Power Bank Yoobao ni secara online dengan Superbuy. Asyik shopping kat Superbuy je sekarang ni. Haha. Kalau tak silap aku power bank ni sama macam power bank hadiah Kak Jie tu, jenis Yoobao 8800mAh Magic Box Power Bank – YB645.

Yoobao Power Bank

Aku beli power bank ni dengan harga RM109. Harga asal RM119 (dapat diskaun potongan harga RM10 + Free shipping). Bayar guna Maybank2U online depan laptop je. Kalau pergi keluar beli sendiri harga pun lebih kurang cuma kena tambah duit minyak, duit beli jajan makan dalam kereta dan duit parking kereta. Lebih senang giler shopping di Superbuy je. Ejam Othman punya pasal la ni yang mempengaruhi aku shopping kat Superbuy. Hehe.

Lepas-lepas ni takkan ada masalah phone habis bateri dah sebab aku boleh cas bateri phone di mana-mana saja menggunakan Power Bank ni. Mudahnya cas bateri phone dengan Power Bank Yoobao.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

*

CommentLuv badge

41 Comments

  1. berminat sgt dgn powerbank.. mmg satu keperluan… hp sy tu dah caj penuh pun bateri xthn.. :angry: geram betul sy dgn fon tu
    Jom baca entri terbaru di blog lin azlina – Sabun Rumpai Laut PinkMy Profile

  2. Kena beli yang ori…ade kawan beli brand nie…murah ajer…..tp skali pakai mengelembung cm nak meletop….huhu…

  3. tidak dinafikan powerbank semakin laku di pasaran sekarang ini sebab ramai yan perlukannya
    Jom baca entri terbaru di blog trendsemasa.com – Trend : Powerbank Semakin Digemari Pemilik Smartphone dan TabletMy Profile

  4. wah berapa lama dapat tahan ni? sesuai untuk semua jenis phone ke bro?
    Jom baca entri terbaru di blog azrijohan – Cendol – Makan Atau Minum?My Profile

    • @azrijohan, Semua jenis phone boleh cucuk guna power bank ni.. Dia ada sertakan sekali beberapa jenis USB connector yang boleh guna untuk semua phone.. Samsung, iPhone, Blackberry, Nokia, dll semua boleh cucuk..

      Berapa lama tahan? Power bank yang aku beli ni dah seminggu aku guna untuk cas tepon aku.. Tak tau bila power dia habis.. Haha..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Adobe Portable Tak Boleh Guna di Windows 8My Profile

  5. power bank ni dah jadi keperluan pulak rasanya…aku pun nak sambar satu senang bila emergency :)

  6. Power bank perlu di caj juga ker bro…? :cool:
    Jom baca entri terbaru di blog galut – Perangi Perangkap Bankrap Di Usia MudaMy Profile

  7. :w00t: Wah best ni, dah tak perlu bawak backup bateri….beli yang mahal sikit dah boleh bawak pergi camping atau memancing dan tak perlu risau betri hp kong :w00t:
    Jom baca entri terbaru di blog mohzam – M4 Carbine?My Profile

    • @mohzam, Yess.. Betul tu.. Bagi yang suka camping, pergi mancing, melancong dan sebagainya memang kena ada power bank ni.. Senang nak cas tepon.. Kalau beli yang mahal mungkin power dia tahan lebih lama.. Boleh guna untuk cas lebih banyak kali..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Butir Ghalit / Butir RalitMy Profile

  8. murah gak ek utk 8800mAh. sekali cas boleh guna utk bpe phone?
    Jom baca entri terbaru di blog MK Kimi – Blog Bukan Sekadar BersegmenMy Profile

    • @MK Kimi, Power Bank ni sekali cas boleh cucuk 1 phone je.. Model lain ada yang boleh cas 2 3 4 phone sekaligus.. Harga pun mungkin mahal sikit.. Boleh cuba tengok2 kat laman web Superbuy, atau Lazada..

      Member sepejabat aku ada jugak beli power bank tapi jenama lain.. Dia beli online kat Lazada.. power 20,000mAh harga dalam RM129.. Dia punya boleh cas 2 phone sekaligus..
      Jom baca entri terbaru di blog Anarm – Mudahnya Cas Bateri Phone dengan Power Bank YoobaoMy Profile

  9. baru je petang td member dia dah sambar tu bende ni
    betul je dia boleh cas tepon hingga 3 cas penuh tepon tu… kalau betul kira berguna sgtlah bende ni…
    Jom baca entri terbaru di blog auc – Tukar Domain dan Hosting ke ServerFreakMy Profile

  10. ohh..ini rupanya powerbankkk..
    Jom baca entri terbaru di blog titan – Komisen ke 14 dari Jobdirumah.comMy Profile

  11. wow! inovasi terbaru..
    tp hp aku cikai je..
    huhu
    Jom baca entri terbaru di blog Katak Comel – KOMEN ZED ZAIDI TERHADAP KEDATANGAN PSY KE PULAU PINANGMy Profile

  12. Senang dan mudahnya sekarang membeli sesuatu secara online.
    Duduk depan PC dah bisa beli barang yang kita mau
    Jom baca entri terbaru di blog Blog Keperawatan – Penyakit HIV AIDSMy Profile

  13. Aiman Aziz says:

    Woooo.. Powerbank is the best. Tapi x sempat ag nak beli mende ni. .
    Jom baca entri terbaru di blog Aiman Aziz – Masalah Selesai | Assalamualaikum Februari!My Profile

  14. Wah…. boleh nih dicuba.
    Jom baca entri terbaru di blog Bang Iwan – Download Kisi-Kisi Ujian Nasional 2013My Profile

  15. Ni la barang yg dok merungut lambat sampai tu ye? Hahah.

    Eh dulu ada kes benda ni yang tiruan kan, siap ada nombor siri lg nak cek ori ke tak.
    8800mAh ni bape kali caj ek?
    Jom baca entri terbaru di blog Affan Ruslan – Tutorial Membuat Short URL PeribadiMy Profile

  16. Kak Jie beli powerbank dulu pun dgn superbuy juga.

    Memula Kak Jie tak dapat datang, ada urusan keluarga, kemudian ubah plan… tu yang dapat ikut majlis #SBB2013 tu. Sebelum keputusan pergi ke tidak dicapai, kak jie dah hantar duit suruh AJK beli.

    Tekong yang dapat lucky draw tu, belum keluar dewan dia dah guna.

    Kak Jie kerap bercuti, dan power bank ini sangatlah membantu. Sebab time bercuti nak intagramlah, nak twitlah, nak facebook lah.. hiks!
    Jom baca entri terbaru di blog Kujie – Jubin MML Untuk Bilik Mandi ModenMy Profile

  17. haha tengok dekat low yat , 14000 mah RM140 … mahal la pulak ..
    Jom baca entri terbaru di blog puanbee – Tidur dan Kesihatan? Kurang tidur antara penyebab obesiti ?My Profile

  18. Bro dah ada sebiji benda nie. dapat free masa shopping dekat SuperBuy hari tue he..23x + free sebijik kamera digital
    Jom baca entri terbaru di blog Bro Framestone – Persediaan Menjadi Ibu BapaMy Profile

  19. sebelum ni saya cuma guna palam USB 3.0 di laptop Timeline X untuk cas bateri smartphone time kehabisan. Sewaktu laptop off, smartphone masih boleh dicas. Tapi rasanya saya kena ada juga powerbank ni. Just in case tak terbawak laptop. Thanks Anarm.

  20. powerbank memang perlu utk siapa yang ada smartphone..
    Jom baca entri terbaru di blog sohoque – Tips Memilih Web HostingMy Profile