Cara Buat Windows 7 USB Installer

install windows 7 melalui USB installer

Dah lama sangat rasanya aku tak guna DVD drive kat laptop aku. Tadi aku try jolok CD nak tengok berfungsi lagi tak DVD drive aku ni. Mana tau kot-kot rosak sebab lama sangat tak guna. Rupanya memang dah rosak! Adehh.. Tapi tak kisah sangat sebab aku memang dah lama tak guna apa-apa CD. Installer yang pakai CD pon semua aku dah convert jadikan fail .iso, simpan dalam laptop dan buat backup masuk dalam external hardisk. Kalau nak guna, aku create je virtual drive pakai DAEMON Tools Lite.

Sebut pasal installer tanpa guna CD ni, semalam ada seorang rakan Twitter minta aku buat satu entri macam mana cara buat Windows 7 USB installer. Oleh sebab entri ni berbentuk tutorial, screenshot langkah demi langkah mungkin lebih mudahkan pembaca faham macam mana proses yang kita perlu buat untuk cipta Windows 7 USB installer.

Sebelum tu, kita sediakan dulu perkakasan atau software yang diperlukan untuk buat Windows 7 USB installer. Tutorial ni untuk pengguna sistem operasi Windows sahaja. Bagi pengguna Linux atau MAC, perkakasan yang diperlukan lain sikit. Sila rujuk dengan mana-mana pengguna sistem operasi tersebut.

Perkakasan atau Software Yang Diperlukan

  1. Installer Windows 7 (dalam bentuk DVD ataupun fail berformat .iso)
  2. USB drive yang bersaiz 4GB atau lebih
  3. Software DAEMON Tools Lite (optional)
  4. Software WinToFlash

Cara Buat Windows 7 USB Installer

  1. Mula-mula, masukkan DVD installer Windows 7 ke dalam DVD drive di laptop atau komputer korang.
     
  2. Bagi installer Windows 7 berbentuk fail .iso, korang tak payah burn installer tu ke dalam DVD. Membazir je. Buat 1 virtual drive menggunakan DAEMON Tools Lite. Caranya mudah je. Kalau korang dah install DAEMON Tools Lite dalam komputer, cuma perlu double click pada fail .iso tu dan secara automatik akan muncul 1 drive baru.
     
  3. OK. Kalau langkah-langkah tu dah complete, seterusnya sila run software WinToFlash. (Tutorial ni menggunakan WinToFlash versi 0.7.0009 beta).
  4. WinToFlash

  5. Tekan button besar seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
  6. Windows 7 USB tutorial WinToFlash

  7. Tekan NEXT.
  8. Windows 7 USB tutorial WinToFlash

  9. Tetapkan ‘path’ bagi installer Windows 7 (DVD drive atau virtual drive) dan juga path bagi USB drive yang digunakan, kemudian tekan NEXT.

    Dalam tutorial ni, ‘path’ bagi installer Windows 7 adalah di F: dan USB drive pula di G:

  10. Windows 7 USB tutorial WinToFlash

  11. Tandakan pada pilihan “I Accepted the terms of the license aggrement” dan tekan CONTINUE.
  12. Windows 7 USB tutorial WinToFlash

  13. Proses pemindahan data sedang dijalankan di mana data bagi installer Windows 7 sedang dimasukkan ke dalam USB drive korang.
  14. Windows 7 USB tutorial WinToFlash

  15. Proses pemindahan data selesai. Kemudian, tekan EXIT.
     
  16. Installer Windows 7 dalam bentuk USB telah berjaya dibuat. Kemudian korang boleh la guna untuk format atau install Windows 7 ke dalam komputer korang. Caranya, cucuk USB drive tu pada USB port, restart komputer dan tetapkan “boot from USB” pada setting BIOS di komputer korang.
     

Tutorial ni boleh juga digunakan untuk Windows XP dan Windows Vista. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Proses install Windows 7 menjadi lebih cepat menggunakan USB installer berbanding install menggunakan DVD.

Tentang Penulis

Pengasas blog Anarm.Net. Seorang pereka grafik dan laman web. Untuk jemputan event, review produk, food review, advertorial dan segala yang berkaitan, hubungi melalui email : hello@anarm.net


24 Comments

  1. serius lebih senang format gune usb. thanks bro sbb bagi cara ni . sejak dvd writer rosak ni , dah payah nk format sendiri. bile dapat cara ni lagi senang nk format laptop. dan mmg lagi laju berbanding guna cd. hari ni dapat format laptop n netbook adik dalam masa x smpai stengah jam. thanks for the tutorial bro

  2. slm..nak tanya da beza x cara nk format gna pendrive dgn extenal hardisk?

  3. syafiq adnan says:

    klo nk install win XP gne Win 7 usb installer ni bleh x???

  4. wa..bagus ni..boleh cuba…

  5. huhu..menarik sebab mudah difahami! keep it up bro! yeah! (jerit versi Nas Ahmad)
    Jom baca entri terbaru di blog Arya Putra – Internet Download Manager Patcher-Cracker For Lifetime Use!My Profile

  6. reezluv says:

    tak pernah tau mender ni..esok try buat..haha..thanks :cool:

  7. bookmark dlu…terbaiklah bro…hehehe
    Jom baca entri terbaru di blog Mohd Isa – Apabila Tiada Perasaan Menulis BlogMy Profile

  8. thanks… dah lama suruh kawan ajar.. tpi sampai sekrang dia x ajar.. hihi nseb baik bro ajarkn..

    • @Izamir Ridzwan, kawan tu sibuk kot.. takpon dia kedekut ilmu.. haha.. ada banyak lagi software untuk buat Windows USB Installer.. tapi dalam banyak2 tu, software WinToFlash ni yang aku rasa paling senang..

      selamat mencuba.. :happy:

  9. puteraduyong says:

    wah…ada ilmu berguna di sini…

    tengkiu bro…
    Jom baca entri terbaru di blog puteraduyong – TOLONG BUKA TUDUNGMUMy Profile

  10. Minta maaf tuan rumah off topic sikit. Tempoh hari install Ubuntu guna USB kononnya buat dual boot pada laptop syarikat. Kemudian gelabah tidak buang dualboot . Dekat 2-3 hari cari jalan nak selesaikan masalah buang dual boot ini :-) Nasib baik easyBCD dapat selesaikan masalah
    Jom baca entri terbaru di blog akubiomed – Selamat menyambut Hari Pekerja 1 MeiMy Profile

  11. tapi aku nampak UBUNTOT 7 kat situ..hahaha!
    Jom baca entri terbaru di blog syahrilhafiz – Kenapa Blog ini PopularMy Profile

  12. Assalamualaikum, aku pernah cuba menggunakan winflash proses dia sangat mudah and depend pada motherboard detect tak boot usb device kan? :).

  13. kadang2 aku suka pakai cara manual… aku pakai virtual clone drive.

    mula2 format USB drive jd NTFS
    convert I: /fs:ntfs

    then, mount dvd (drive or virtual doesn’t matter)
    cd G: (G: is the dvd path / virtual)
    cd boot
    bootsect /nt60 I:

    dia akan copy bootcode dgn menggunakan command line di atas…

    then, copy fail2 di dlm dvd tuh masuk dlm pendrive… step seterusnya? jangan tnye laar..