Burger Bakar Abang Burn RM5 Sahaja

Burger Bakar Abang Burn, pertama kali aku makan burger bakar yang dikenali ramai ni minggu lepas dengan beberapa orang rakan blogger di Seksyen 7 Shah Alam.

Tengok ada promosi burger 50 sen waktu tu. Harga tak masuk akal langsung, tapi itulah harga promosi yang ditawarkan kepada orang ramai malam tu dari pukul 10 – 12 malam.

Memang ramai beratur panjang nak dapatkan burger dengan harga 50 sen sahaja!

Pelanggan Burger Bakar Abang Burn 50 sen

Burger Bakar Abang Burn yang berhampiran dengan Jakel Shah Alam di Seksyen 7 tu bagi aku memang tempat terbaik untuk lepak dan menikmati hidangan Burger Bakar Abang Burn.

Ramai student UiTM Shah Alam kat situ. Boleh makan burger sambil cuci mata tengok awek UiTM. Hehe.

Kami sempat jumpa dengan bro Khairul selaku pengurus Burger Bakar Abang Burn cawangan Shah Alam. Wan Mus (Sifu Adwords) pun ada sekali waktu tu.

Wan Mus ni blogger yang boleh dikatakan hebat juga tapi sekarang dah agak kurang berblogging. Katanya dah bersara, tapi tetap hensem.

Khairul, pengurus Burger Bakar Abang Burn cawangan Shah Alam dan Wan Mus Sifu Adwords

Aktiviti makan-makan malam tu dimulakan dengan hidangan meatball dulu sementara tunggu burger bakar siap. Boleh tahan sedap juga rasa meatball Abang Burn ni.

Aku tak tahu berapa biji meatball aku dah telan malam tu. Sedap menikmati sampai tak hirau orang sekeliling dah. Haha.

Meatball Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam

Burger Bakar Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam

Selepas beberapa biji meatball dah selamat masuk dalam perut, Burger Bakar Abang Burn pun sampai dan dihidangkan atas meja. Burger Bakar Abang Burn memang sedap dan terbaik. Masing-masing siap bungkus bawak balik.

Boleh datang cuba rasa sendiri kalau nak tahu sedap ke tidak.

Pelanggan Burger Bakar Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam
Pelanggan beratur panjang untuk dapatkan Burger Bakar Abang Burn berharga 50 sen (Gambar oleh Shakiddo.com)

Burger Bakar Abang Burn Turun Harga

Burger Bakar Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam ada buat pengumuman harga burger diturunkan. Kalau datang dari pukul 6 petang – 8 malam dan 10.30 malam – 12.30 malam, harga cuma RM5 sahaja untuk Burn Ori.

Nak topping, ada tambah lah. Kalau nak semua topping, cuma tambah RM5 sahaja dan dapat makan burger bakar yang besar gedabak tu.

Burger Bakar Abang Burn RM5

Jom terjah Burger Bakar Abang Burn cawangan Shah Alam dari pukul 6 petang – 8 malam dan 10.30 malam – 12.30 malam. Dapatkan burger bakar yang besar dan sedap dengan harga RM5 sahaja.

Waktu Operasi: 12pm – 12.30am
Facebook Burger Bakar Abang Burn
Website: www.abangburn.com

Abang Burn juga ada buat kempen turunkan harga Burger Bakar Abang Burn dari berbelas-belas ke RM5 untuk cawangan-cawangan yang lain. Siap ada promo voucher lagi.

Tapi, kalau tak ramai yang nak, Abang Burn cakap dia takkan mampu turunkan harga.

20 Comments

  1. Perghh…boleh jd gile la tgk harga burger RM0.50. Meatball cheese meleleh tu sgt mengiurkan…adeihai..Boleh gemuk dok Shah Alam sbb byk sgt kedai makan yg best2.

  2. sana sini org dok cerita pasal burger abang burn nie. bilalah kami nak pi merasa nie. kat JB dah ada rasanya, kan. :D

Leave a Reply to dianaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *