Buah Tangan Dari Luar Negara

Alhamdulillah, dapat buah tangan dari Canada berupa t-shirt dan topi hadiah daripada Tuan Haji Masrukhin, pemilik Rumah Warga Emas Warisan Kaseh. Blogger yang join Majlis Iftar Rumah Warisan Kaseh bulan puasa tahun lepas mesti kenal Tuan Haji Masrukhin, dan bagaimana seronoknya pengalaman buka puasa bersama-sama dengan warga emas di situ dan juga dengan anak-anak yatim serta pelajar-pelajar tahfiz.

Mungkinkah bulan Ramadhan tahun ni akan diadakan lagi majlis berbuka puasa kat situ?

buah tangan dari canada

Seronok baca cerita tentang aktiviti Kembara Kaseh di Canada yang dikongsi oleh Tuan Haji Masrukhin dalam blognya – WarisanKaseh.com. Entah bila agaknya aku berpeluang pergi berjalan-jalan ke negara orang.

Selain tu ada juga dapat buah tangan dari New Zealand hadiah daripada Tuan Denaihati. Denaihati pun ada kongsikan cerita pengalaman berharga sepanjang aktiviti kembara di New Zealand. Boleh baca perkongsian menarik tu di entri “Kembara Musafir New Zealand“.

t-shirt new zealand all blacks

T-shirt All Blacks dari New Zealand

Bila diorang pergi oversea mesti akan bawa balik buah tangan. Kadang-kadang dapat keychain. Tapi biasanya baju yang jadi hadiah. Entah berapa banyak baju aku dah dapat. Bagus jugak sebab aku dah tak perlu beli baju. Tapi kadang-kadang tu kena jugak keluar pergi shopping beli t-shirt berkolar, jenis baju yang aku suka pakai.

Semoga Allah luaskan lagi rezeki mereka-mereka yang suka memberi hadiah. Kalau pergi luar negara lagi bawa balik hadiah t-shirt berkolar pulak ek. Hehe..


POLISI KOMEN : Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami. Pihak ANARM.NET tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan dibuang serta merta.

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

16 Comments