Wajah Terkini Bil Elektrik TNB

Bil elektrik TNB dah berwajah baru rupanya sekarang ni. Pergi check peti surat tadi ada kertas warna biru yang maklumkan tentang wajah terkini bil elektrik.

Aku boleh tak cam bil elektrik dalam peti surat sebab design dah baru dan bercampur pulak dengan kertas-kertas promosi benda yang bukan-bukan. Nyaris-nyaris nak tergumpal dan buang sekali dengan bil. Siapa la yang rajin ‘spam’ peti surat aku.

wajah baru bil elektrik tnb

Kalau aku terbuang bil eletrik boleh blackout rumah aku sebab tak bayar bil. Aku biasa rujuk bil bila nak bayar. Takde bil memang aku tak ingat langsung. Dah la kadang-kadang bil tak sampai kat rumah. Tau-tau bil lepas tu ada tunggakan. Banyak pulak tu..

Tengok bil elektrik wajah baru ni nampak lebih smart berbanding yang lama. Cuma sampai sekarang aku masih tak faham dengan kenyataan yang terdapat dalam bil – “Subsidi Bahan Api Dibiayai Kerajaan Persekutuan“.

Bil elektrik wajah baru ni sedang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

24 Comments

  1. imej baru dgn kadar baru, harus berjimat-cermat lebih lagi lepas ini jangan melebihi had yang membolehkan anda layak dicaj lebih…hehe

  2. perasan gak, baru semalam dapat bil ni..nampak lebih smart, tp ambepun perasan tang subsidi kerajaan tu…

    nak kena tanya menteri tnb camni..ape kebendanya subsidi bahan api tu

  3. Meh alamat rumah, Nak spam peti surat mu…

    Pasla blackout tue jangan risau, mana tahu lepas menyala, penuh dengan produk Apple dalam rumah he..2x

    Tak pun lepas blackout je, dapat khabaran pertambahan isi rumah tangga tak lama lagi he..23x

    • Kalau lepas blackout penuh produk Apple dalam rumah memang best sangat laa.. Tapi lagi best kalau dapat khabaran pertambahan isi rumah.. yang tu memang kena blackout dulu.. Haha.. Dapat yang tu, tak dapat produk Apple pun takpe.. Hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *