Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

41

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 8 December 2011 { 41 komen }

   

kad debit cimb mastercard 2011 Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

Semalam aku pergi ke CIMB cawangan UPM Serdang buat Kad Debit CIMB MasterCard. Ni semua gara-gara Jaws yang mengajak aku pergi ke bank CIMB sebab dia nak buat kad debit ni. Aku pun jadi rasa nak buat juga memandangkan kad CIMB Bank aku pon dah macam nak rosak dah.

Untuk pengetahuan semua, Kad Debit CIMB MasterCard ni merupakan kad pembayaran yang membolehkan debit langsung daripada akaun deposit bagi pembelian barangan dan perkhidmatan di kedai-kedai global yang menyertainya menerusi rangkaian MasterCard. Korang boleh guna untuk membeli belah atau shopping. Tak payah bawak duit dah bila pergi shopping. Bayar guna kad debit ni je.

Bagi yang dah ada kad ATM CIMB pun boleh juga bertukar ke Kad Debit CIMB MasterCard ni. Fungsi kad ATM dan fungsi kad debit digabungkan dalam 1 Kad Debit CIMB MasterCard. 2 fungsi dalam 1 kad. Korang boleh guna untuk cucuk duit atau keluarkan duit di mesin ATM, dan juga boleh guna untuk buat sebarang pembayaran. Tapi, sebelum korang buat apa-apa bayaran menggunakan kad debit ni, pastikan dalam akaun CIMB korang ada baki duit yang mencukupi kerana duit akan ditolak terus dari baki dalam akaun.

Cara buat pertukaran Kad Debit CIMB MasterCard

Korang boleh apply Kad Debit CIMB MasterCard di mana-mana cawangan CIMB Bank yang berdekatan atau yang korang rasa tak ramai orang. Kalau ramai orang, kena jadi penunggu la jawabnya. Syarat untuk apply Kad Debit CIMB MasterCard ni korang mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

  1. Pergi ke kaunter pertanyaan di bank CIMB, beritahu atau tanya macam mana nak apply Kad Debit CIMB MasterCard.
  2. Dapatkan borang dan isi borang untuk pertukaran kad baru.
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil ke kaunter urusan.
  4. Beritahu staff bank yang bertugas bahawa korang ingin buat pertukaran Kad Debit CIMB MasterCard.
  5. Bagi kad pengenalan dan kad ATM yang lama bersama borang pertukaran kad baru kepada staff bank yang berurusan dengan korang.
  6. Kemudian korang akan diberi PIN sementara untuk kad baru dan perlu tukar PIN tersebut dalam tempoh 24 jam.
  7. Untuk perkhidmatan CIMB Clicks (online banking), korang perlu create e-PIN baru di mesin ATM kerana e-PIN tersebut akan diminta bila korang login ke akaun CIMB Clicks.
     

Untuk pertukaran kad baru ni, caj sebanyak RM8 akan dikenakan dan duit akan ditolak dari akaun CIMB korang. Bila dah ada kad baru tu, jaga elok-elok ye. Sekiranya Kad Debit CIMB MasterCard korang dicuri, hilang atau rosak, caj sebanyak RM12 pula akan dikenakan untuk replacement kad baru.
 

cimb rewards Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

Kelebihan menggunakan Kad Debit CIMB MasterCard

  • Kad Debit CIMB MasterCard menawarkan pelbagai ganjaran kepada kita antaranya mendapat diskaun daripada peniaga-peniaga yang mengambil bahagian jika kita berbelanja di kedai atau premis mereka.
     
  • Mendapat rebat tunai sebanyak 1% yang boleh ditebus bagi setiap pembelian barangan harian atau isian minyak dengan Kad Debit CIMB MasterCard.
     
  • Membolehkan kita bayar barang-barang yang dibeli tanpa menggunakan wang tunai kerana setiap bayaran menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus dari dalam akaun bank kita. Tapi, pastikan dalam akaun bank ada baki duit yang mencukupi.
     
  • Kad debit membantu kita mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tak melebihi dari apa yang telah kita rancang.
     
  • Mendidik kita supaya lebih berjimat cermat kerana bila banyak menggunakan kad debit, duit dalam akaun akan berkurangan. Oleh itu, untuk pastikan baki duit sentiasa ada di dalam akaun, jangan terlalu banyak berbelanja terutamanya berbelanja untuk benda yang tak berfaedah atau yang tak diperlukan.
     

Dapatkan info selanjutnya tentang Kad Debit CIMB MasterCard di laman web CIMB Bank.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , , ,

41 komen -- Tukar Kad Debit CIMB MasterCard

  1. kamarul says:

    Nak tanya, kalau buat pertukaran kad ni, berapa lama leh dpt kad debit 2?

    Reply

    Anarm reply:

    @kamarul, Pergi ke mana-mana cawangan CIMB, berurusan untuk pertukaran kad.. On the spot dapat terus kad baru tu..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Aku Suka KucingMy Profile

    Reply

  2. Zaki says:

    Salam… maaf bertanya adakah cimb mastercard ni boleh buat online payment or online shopping buying…

    Reply

    Anarm reply:

    @Zaki, ada orang cakap boleh.. setakat ni tak pernah try lagi.. so, tak berapa pasti.. kalau benda2 online ni biasa bayar guna paypal je.. lebih mudah..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Upgrade Pelan Prabayar Baru Hotlink BAGUSMy Profile

    Reply

    singa reply:

    tak boleh la bro…. gua nak beli games euro 2012 kat origin guna debit cimb tak boleh…tp gua try guna maybank debit boleh pulak…. secara keseluruhannya cimb debit hanya sesuai utk perniagaan premis yg ada mastercard je… yg online….tak boleh… kalau nak beli online gunalah maybank debit card…

    Reply

  3. abu85 says:

    kira baru lagi kan kad ni offer sbb aritu kad aku rosak.. dia tak bg tahu aku pun

    Reply

  4. alamonline says:

    ingatkan kad ATM cimb dah ada fungsi debit card. kena apply barulah nampaknya…
    Jom baca entri terbaru blog alamonline.. Idea Buat Duit Online Dengan ServisMy Profile

    Reply

  5. kedaikasperskyonline says:

    wah..bagus ni..macam nak pegi tukar jugak la..boleh masuk duit gaji jugak kan?
    Jom baca entri terbaru blog kedaikasperskyonline.. NUFFNANG BAGI CASH MONEY SEMPENA BIRTHDAY!!!My Profile

    Reply

  6. wandisini says:

    dah boleh guna untuk paypal ni kan
    Jom baca entri terbaru blog wandisini.. Kelakuan Teruna dan Dara Atas MotorMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @wandisini, aku tak pasti.. tak try lagi.. untuk paypal aku dah guna maybank card..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Wordless Wednesday #14 – Satu Dinar EmasMy Profile

    Reply

  7. Mus says:

    bagi saya, tak kisah sangat nak guna apa-apa kad bank pun, yg penting nafsu berbelanja kena dikawal baik.
    Jom baca entri terbaru blog Mus.. Oh! Rojak Sotong SaratokMy Profile

    Reply

  8. topiJerami90 says:

    xpernah guna cimb,maybank jela
    Jom baca entri terbaru blog topiJerami90.. Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Kakitangan Awam 2012My Profile

    Reply

  9. Izuddin says:

    Saya ada kad debit maybank je.. alhamdulillah setakat ni ok.. mgkin masa depan akan apply kad ni plk :)
    Jom baca entri terbaru blog Izuddin.. Macam Mana Nak Kurus Cepat?My Profile

    Reply

  10. nizam says:

    aku guna maybank visa debit punya kad je…
    yang cimb tak tukar lagi sebab xde uit gak dalamnyer..haha… :)
    Jom baca entri terbaru blog nizam.. Hari-hari Kita Lakukan Dosa Tapi Pernahkah Kita Taubat [Video]My Profile

    Reply

  11. Lizz says:

    aku tak pernah ada debit card.wahahaha!!!!
    Jom baca entri terbaru blog Lizz.. Untung Sampai 4 Angka Sebulan Dengan Sistem Dropship Siapa Tak Nak!My Profile

    Reply

  12. dataseven says:

    Bagus la pakai kat debit drpd credit.
    Boleh kawal sket kite punya duit keluar..

    Reply

  13. hdn952 says:

    mudahnya…boleh tukar camtu jer??

    Reply

  14. levelsatu says:

    boleh plak tukar macam tu ye. tak tahu la plakk.. :lol:

    Jom baca entri terbaru blog levelsatu.. Download Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)My Profile

    Reply

  15. Sobri Mansor says:

    Kad atm CIMB aku dah sampai koyak dah sebab lama dok dalam wallet. Selalu kalau shopping barang dapur memang guna kad debit jer. Bagus dan mendidik kita supaya lebih berdisiplin dalam berbelanja.
    Jom baca entri terbaru blog Sobri Mansor.. Potong rambut sendiriMy Profile

    Reply

  16. hdn952 says:

    macam bagus je.nak try lah……….tk krn bagi info……. :cheerful:

    Reply

  17. blackrosehunter says:

    bagus juga ni..tak tahu pun pasal ni..kalau tahu hari tu aku terus tukar ke kad debit ni..tak payah pakai kad atm biasa dh.
    Jom baca entri terbaru blog blackrosehunter.. 3 Punca Utama Kemalangan Jalan RayaMy Profile

    Reply

  18. akubiomed says:

    Saya dengan CIMB hunya ada akaun pinjaman rumah sahaja. :-)
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Wordless Wednesday – #Young AkuBiomedMy Profile

    Reply

  19. shaharil says:

    Jom pakat ramai tukar kad atm masing-masing ke kad debit mastercard. hehhe..
    Jom baca entri terbaru blog shaharil.. Tip Untuk PraktikumMy Profile

    Reply

  20. titan says:

    huh..kalau aku tahu..aku buat tadi. tadi dah la aku buat kad baru sebab kad lama hilang. aduh..rugi masa aku.. :angry: Jom baca entri terbaru blog titan.. Komisen ke 86 dari TNXMy Profile

    Reply

    blackrosehunter reply:

    @titan, xpe..ko kan kacak..haha
    Jom baca entri terbaru blog blackrosehunter.. 3 Punca Utama Kemalangan Jalan RayaMy Profile

    Reply

  21. Juan says:

    kalau mcm tu aku pon nk tukar la, aku ni jenis yg biasa punya

    Reply

  22. Safwan Seth says:

    nice entri bro, aku pon dah tahu lama, budak2x kaki ebay dok buat debit card cimb nih. tapi kalau cimb islamic. debit pon islamic juga ke?
    Jom baca entri terbaru blog Safwan Seth.. Tutup Aurat ke Bungkus Aurat?My Profile

    Reply

    shraqs reply:

    @Safwan Seth,
    Urusniaganya jelas, sebab kalau ikut apa yang dinyatakn oleh Anarm “pastikan dalam akaun CIMB korang ada baki duit yang mencukupi kerana duit akan ditolak terus dari baki dalam akaun”.. takde yang sorok2 kat situ.Klu x cukup balance x dpt buat payment la. IMO
    Jom baca entri terbaru blog shraqs.. Facebook Untuk Android Berwajah BaruMy Profile

    Reply

  23. Adi Putra says:

    Wah nak pegi buat la dalam minggu ini…Tq for the information…..
    Jom baca entri terbaru blog Adi Putra.. MyKad hilang sasaran pemalsuanMy Profile

    Reply

  24. Mohd Isa says:

    wah, menarik ni. akaun cimb aku dah putus, kena apply balik ni. hehe
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Plugin SEO TerbaikMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Mohd Isa, uik.. macam mana boleh putus? lama sangat tak masuk duit kot..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Tukar Kad Debit CIMB MasterCardMy Profile

    Reply

    Mohd Isa reply:

    @Anarm, haha…tahu takpa. dah lama sangat tak aktif, time guna dulu CIMB pakai nama lagi. hehe
    Jom baca entri terbaru blog Mohd Isa.. Plugin SEO TerbaikMy Profile

    Reply

  25. shraqs says:

    Boleh buat kat mana2 cawangan ke? Sebab ngan CIMB ni rumit ckit, klu ikut pengalaman ngan diorang. Kalau dulu, nak tukar kad baru pun kena pegi ke cawangan bank kita bukak akaun, pastu yang baru2 ni lagi parah aku kena, sampai 3 bulan duit aku tak dapat draw. Nasib baik gaji pakai Maybank. Pegi ke kaunter macam2 alasan diorang bagi, kena pi ke cawangan asal la, kena pi main branch la, kena jumpa manager la… semua aku buat Nasib baik dpt settle.
    Jom baca entri terbaru blog shraqs.. Peluang Untuk Memenangi Samsung MultiView (MV800)My Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @shraqs, aku tak pernah lagi kena camtu.. naye la kat orang kalau nk tukar kad pon kena pergi cawangan bank yang kita bukak akaun.. buatnya orang tu bukak akaun kat negeri lain, jauh, tak pasal2 kena pergi sana pulak..

    aku tukar kad ni semalam ok je takde masalah apa2.. akaun bank aku bukak kat perak.. aku tukar kad baru ni kat serdang.. takde masalah macam yang ko cakap tu.. boleh la try kalau nak tukar kad debit macam ni..

    Reply

    shraqs reply:

    @Anarm,
    Akaun aku dahla bukak kat Penang masa blajar dulu lagi. Cawangan tu pun dah tutup, muamalat ambik alih. Nanti aku cuba p apply, mesti diorang menyampah tengok muka aku pasni takde orang lain ke?
    Jom baca entri terbaru blog shraqs.. Facebook Untuk Android Berwajah BaruMy Profile

    Reply

  26. Nasih says:

    aku punya kad atm cimb ni kad biasa je tapi memang dah boleh guna sebagai kad debit dah pun. pelik jugak bila ramai duk tanya cemane aku buat. padahal memang dari waktu aku buat kad tu dulu memang dah dapat. aku buat kad tu januari 2009.

    tapi orang lain tak dapat pulak macam tu. hmm.. musykil2..

    Reply

    Anarm reply:

    @Nasih, memang pelik.. aku punya takde dapat camtu pon.. sebab tu tukar yang baru ni..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Tukar Kad Debit CIMB MasterCardMy Profile

    Reply

  27. Luthfi says:

    tenkiu.. esok hamba nak pg buat :)
    Jom baca entri terbaru blog Luthfi.. Review : Ombak Rindu The MovieMy Profile

    Reply

  28. Shahrul says:

    Sebenarnya apa diff antara visa dan mastercard :blush: Jom baca entri terbaru blog Shahrul.. WiFi Boleh Lemahkan SpermaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @Shahrul, aku rasa dua2 sama je.. tak tau la ade perbezaan ke tak.. :ermm: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Tukar Kad Debit CIMB MasterCardMy Profile

    Reply

    Denaihati reply:

    @Anarm, Kalau tak silap VISA lagi besar coverage
    Jom baca entri terbaru blog Denaihati.. Kepantasan Menyentap JantungMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 183.171.173.82

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv