Terbuka Zip di Google

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 24 April 2012 { 22 komen }

   

google doodle zip Terbuka Zip di Google

Kalau dibuka laman web Google hari ni korang akan nampak 1 zip bersaiz gergasi ada di tengah-tengah. ‘Doodles‘ di laman web Google pada hari ni menandakan ulang tahun kelahiran yang ke 132 Gideon Sundback, iaitu orang yang mencipta ZIP.

Gideon Sundback dilahirkan pada 24 April 1880 di Småland, Sweden. Beliau berpindah ke Jerman untuk mengikuti pengajiannya dan kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1905 di mana beliau mula bekerja di Westinghouse Electric dan syarikat pembuatan di Pittsburgh, Pennsylvania. Setahun kemudian, beliau ditawar bekerja untuk syarikat Universal Fastener di Hoboken, New Jersey dan menjadi ketua pereka pada tahun 1909.

gideon sundback Terbuka Zip di GoogleSebelum terciptanya zip yang digunakan pada hari ini, idea bagi pengikat berdasarkan gigi yang saling bertaut telah beredar di kalangan jurutera selama lebih 20 tahun tetapi ianya tidak berapa sempurna. Sundback mula mencadangkan zip baru sebagai gantian untuk ‘hook’ dan mata pengikat di atas but wanita tetapi ia telah menjadi satu ciri biasa bagi seluar dan pakaian sekitar tahun 1930-an.

Sundback meninggal dunia akibat masalah jantung pada tahun 1954 dan telah dikebumikan di tanah perkuburan Greendale di Meadville, Pennsylvania.

Baca Wikipedia Gideon Sundback

Bagaimana agaknya jika zip tak tercipta sampai sekarang?


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , ,

22 komen -- Terbuka Zip di Google

  1. Hanif says:

    Laa…ingatkan saje2 google buat utk hilang kan bosan org search kat google :whistle:

    Reply

  2. peysal says:

    google memang suka buat benda pelik2..tapi memang kreatif gila! :lol:

    Reply

  3. Jebeng Otai™ says:

    kalo x der zip pon kita ade butang @ button..hehe
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Wordless Wednesday : IlusiMy Profile

    Reply

  4. akubiomed says:

    Besar jasa beliau atas penciptaan zip. Bro pernah dengar zip YKK popular juga tuh.

    Reply

    Anarm reply:

    @akubiomed, YKK pengeluar zip terbesar tu.. selalu jugak nampak ada tulis YKK kat zip..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

  5. Terbelog says:

    igt entri ape td hehe
    Jom baca entri terbaru blog Terbelog.. Kisah Nenek Tua Yang Menghayat Hati Di IndonesiaMy Profile

    Reply

  6. Denaihati says:

    mula2 x perasan zip ni boleh buka gitu sekali. memang kreatif.

    Reply

    Anarm reply:

    @Denaihati, ha’ah.. memang kreatif.. rasa nak buat macam tu kat blog sendiri.. tapi bila tengok code dia terus rasa pening kepala..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

  7. wira says:

    Salam bro,
    apa khabar mu di sana?
    kita perlu lebih kenal la utk tahu apa potensi yg kita ada..
    jadinya – lets unzip the personality..muahaha
    Jom baca entri terbaru blog wira.. Kreativiti enjin carian Google manipulasi #GoogledoodlesMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @wira, ehh.. macam mana tu nak unzip personaliti? cuba ajar sikit.. hehe..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

  8. anif says:

    Inovasi hebat tu.. Susah kalau tak de zip ni! :D
    Jom baca entri terbaru blog anif.. Menunggu Idea Yang Tidak Kunjung TibaMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @anif, betul tu.. susah juga kalau takde zip.. semua terbukak laa kalau takde zip.. :tongue: Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

  9. azmanisma says:

    oh patutlah..he3 ingat pasal apa lak tadi he3..
    Jom baca entri terbaru blog azmanisma.. Entry GatalMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @azmanisma, ingat terbuka zip yang lain tu ke? hehe..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

  10. auc dot com says:

    ada nampak jugak tu
    x nak nak buka zip org :)
    Jom baca entri terbaru blog auc dot com.. Kopimisme, Agama Baru Dari SwedenMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @auc dot com, nak bukak zip orang?!! bahaya tu.. hahaha..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

  11. syu90 says:

    haha..baru tau zip tu bleh dibuka..ingatkan sengaja google wat camtu…kreatif2..
    Jom baca entri terbaru blog syu90.. DiGi WWWOW Awards 2012 – Jom Undi Mialiana.com Setiap HariMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syu90, masa mula2 bukak tadi pon ingat dia statik macam tu je.. rupanya boleh main tarik2 zip.. memang kreatif btol google buat..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

    syu90 reply:

    @Anarm, itu la..ingatkan sngaja je letak zip tu..sbb tiap2 hari dia akan tukar simbol google tu kan..
    Jom baca entri terbaru blog syu90.. DiGi WWWOW Awards 2012 – Jom Undi Mialiana.com Setiap HariMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @syu90, betul tu.. tapi kadang2 dia pakai simbol default je.. simbol Google tu akan jadi unik bila ada tarikh2 istimewa..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

  12. ejam says:

    jika tiada zip hingga sekarang maka tiadalah porno kerana orang tak heran dah nak tengok orang lain punya kerana memang boleh tengok dengan mudah…boleh? hahaha
    Jom baca entri terbaru blog ejam.. Domain Ez2Beli.com dan Lesen NiagaKit Untuk DijualMy Profile

    Reply

    Anarm reply:

    @ejam, jawapan yang sangat bernas.. hahaha..
    Jom baca entri terbaru blog Anarm.. Terbuka Zip di GoogleMy Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 110.137.77.8

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv