Tayar Motor Pancit Kena Paku di Highway

18

Ditulis oleh   |   Diterbitkan pada 13 July 2012 { 18 komen }

   

tayar motor pancit highway Tayar Motor Pancit Kena Paku di Highway

Tayar motor pancit di highway atau lebuhraya. Korang pernah alami situasi macam ni? Satu pengalaman yang cukup memenatkan tubuh badan, jiwa dan mental. Aku asyik nak mencarut je rasanya semalam. Dah la tengah rushing nak pergi jalankan tugas. Sekali macam tu pulak jadinya. Apalah nasib. Sabar jela nak buat macam mana lagi kan. Terpaksa menolak motor sejauh beberapa kilometer sebelum jumpa stesen minyak.

Biasa kat stesen minyak ada banyak iklan “Tayar ko pancit? Sila hubungi 012-345 6789” ditulis atau ditampal kat tempat isi angin tayar. Kat situ aku call beberapa orang yang buat bisnes tukar tiub tayar pancit. 2 3 orang juga aku call. Mula-mula aku call nombor brader yang aku pernah guna servis tukar tiub dulu. Dia cakap tengah kerja kat ofis, tak boleh nak keluar. Kerja tukar-tukar tiub tu bisnes part-time dia lepas waktu pejabat.

Aku pun call lagi nombor yang diiklan kat stesen minyak tu. Nasib baik ada sorang yang boleh datang. Full-time kot dia buat kerja tu. Tapi sampai berpeluh-peluh aku tunggu dia. Sejam lebih jugak rasanya aku tunggu baru nampak batang hidung. Sekali tiub yang dia bawak rosak pulak. Terkoyak kenapa entah. Dia pun pergi cari tiub lain. Aku kena tunggu lagi dalam setengah jam. Penat giler!

Bila dia datang balik terus dia buat kerja tukar tiub tayar motor aku. Rupanya pancit sebab kena paku. Cekap jugak aku tengok brader tu buat kerja. Lepas tu kena caj RM30. Perghh! Lupa nak tanya caj masa call dia semalam. Aku try nego sikit, dapat kurang jadi RM25 je. Ok la tu (sedapkan hati). Kalau ikutkan memang mahal lagi (hati bagitau aku dah kena kencing). Tapi dah berlaku kat highway kan, susah nak cari kedai motor, redha jela. Nak bertekak pon bukan dapat faedah apa-apa. Dah memang macam gitu harga servis tukar tiub waktu kecemasan. Rezeki engkau lah, brader. Tu harga untuk 2 tiub kan? kan? Pfftttt~

Aku dah banyak kali alami situasi tayar motor pancit. Pernah sekali hampir tergolek masa tengah layan corner (selekoh). Tak perasan tayar pancit time tu sebab masa jalan lurus tak rasa apa-apa. Bila ‘kona‘ je berjoget-joget tayar belakang. Nasib baik sempat bertahan guna kaki untuk elak motor jatuh. Time tu pancit kat area aku tinggal. So, senang jela nak cari kedai motor. Paling teruk pun kena tolak motor kejap pergi kedai motor tu. Kalau kat highway memang berlebih-lebih teruk la bila tayar motor pancit. Ingat nak tukar pakai tayar tubeless pulak lepas ni. Susah sikit nak pancit.

paku atas jalanraya Tayar Motor Pancit Kena Paku di Highway

Paku-paku yang ditabur atas jalanraya mengakibatkan tayar pancit.

Objek Tajam Atas Jalanraya

Kat highway ada insan-insan tak guna yang sengaja tabur paku atau benda tajam atas jalanraya untuk buat tayar motor pancit. Lepas tu dia buat bisnes tukar tiub dan kenakan caj yang tinggi. Entah-entah brader yang tukar tiub motor aku semalam pun terbabit sama. Aku agak-agak je. Malas nak tuduh sape-sape. Tapi muka yang nampak baik tak semestinya hati pun baik. Kadang-kadang boleh jadi lebih jahat daripada syaitan. Kepada semua penunggang motosikal sila berhati-hati di jalanraya dan juga lebuhraya. Kepada semua penabur paku atas jalan raya, hentikanlah perbuatan korang tu. Menyusahkan orang tau tak?! Bebal.


Pengiklanan

eQurban.com - Program Qurban Aqiqah di Kemboja

Dropbox


   

Tentang Anarm

Bekerjasama dengan eQurban dan Denaihati, serta gemar meluangkan masa di Twitter dan Facebook. Jika anda sukakan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Tags: , , , , ,

18 komen -- Tayar Motor Pancit Kena Paku di Highway

  1. fiD says:

    kena pakai tubeless bro..inshallah tahan sikit.:)

    Reply

    Anarm reply:

    @fiD, memang nak tukar pakai tubeless.. dah survey hari tu.. bleh tahan mahal jugak modal dia.. sebab kena tukar sport rim sekali.. sekarang pakai rim lidi.. adehh..

    Reply

  2. shaharil says:

    Tak bertanggungjawab betul lah saper yang tabur paku tu.
    Tak baik cari rezeki dengan cara macam ni.

    Reply

  3. dennis says:

    aku dulu pun selalu alami masalah ini. last2 aku beli tayar mati je. hidup di KL memang penuh cabaran. pengsan
    Jom baca entri terbaru blog dennis.. 11 FAKTA MENGENAI MAHA INTERNATIONAL 2012My Profile

    Reply

  4. eddie says:

    biasa la orang buat buat duit…tapi jangan la bersangka buruk pulak…xbaik..tukar tubeless lagi senang dan selamat

    Reply

  5. Blog Asyraf says:

    Masih ada lg ya kerja tabur paku atas jalan ini.. ingatkan dah tadak… huhu..
    Jom baca entri terbaru blog Blog Asyraf.. Gambar Menarik Himpunan Oren 14 Julai 2012My Profile

    Reply

  6. ohcikgu says:

    huh..kena lebih berhati-hati la lepas ni..
    Jom baca entri terbaru blog ohcikgu.. Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 – Tips dan cara memohon.My Profile

    Reply

  7. new hope says:

    salam,

    disegajakan, pakai je kancil

    KLIK berjaya berdikari walaupun berkerusi roda

    Reply

  8. akubiomed says:

    Tayar motorsikal saya adalah jenis tubeless selalu periksa penuh dengan wayar halus yang dipotong-potong pendek melekat di tayar. Paling geram tayar baru tukar tak sampai sehari sudah melekat dawai.
    Jom baca entri terbaru blog akubiomed.. Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit KalaMy Profile

    Reply

  9. azman says:

    Mahal tu..standard kalau pancit macam tu memang 25rm je.

    Reply

  10. sensasi2020 says:

    :w00t: kena kecing dah tu, Charge pun mahal, bila siang hari jarang jumpa bocor tayar.

    Reply

  11. Bro Framestone says:

    Rm30 tue harga standard dah tue.. if dekat kedai dalam rm8 kot.

    Bro pernah kena sekali je
    Jom baca entri terbaru blog Bro Framestone.. Luahan Hati Seorang Blogger [Part 24] Semua Event Nak Pergi Tapi Haram Muka Tak NampakMy Profile

    Reply

  12. daddydee says:

    dulu saya selalu kena camni..tapi skang alhamdulillah…

    memang ada jenis nak buat keje mudah…memang saya kena dulu pun RM30 juga…
    Jom baca entri terbaru blog daddydee.. Bersama Kita MembantuMy Profile

    Reply

  13. Jebeng Otai™ says:

    mmg nikmat tipu duit org ni..nikmat api neraka..amik kesempatan dlm kesusahan org..
    Jom baca entri terbaru blog Jebeng Otai™.. Webp vs JPEGMy Profile

    Reply

  14. titan says:

    aku pakai tubeless gak. dah tak sanggup kena macam ko lagi..haha..
    Jom baca entri terbaru blog titan.. Laptop gua masuk hospital lagi..My Profile

    Reply

  15. aslam says:

    tukar tubeless bro..
    Jom baca entri terbaru blog aslam.. Keyword panas untuk blog aslamberMy Profile

    Reply

  16. galut says:

    Jika tiub/tayar pancit cari daun lalang kering,mentah pun bole juga,isi dalam rim & pasang balik tayar tu semula….gerenti sampai rumah punya…!
    Jom baca entri terbaru blog galut.. Daftar PERCUMA Sehingga 27hb-Ogos-2012!My Profile

    Reply

  17. anif says:

    Upgrade ke sport rim dan pakai tubless. Kurang sikit masalah pancit!
    Jom baca entri terbaru blog anif.. Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1433 / 2012My Profile

    Reply

Leave a Reply

PERINGATAN:
1. DILARANG masukkan permalink di ruangan 'BLOG' dan kotak komen.
2. Komen yang berbentuk SPAM akan di-DELETE serta merta.

IP anda telah direkodkan : 180.75.67.69

Entri terbaru di blog anda - CommentLuv