Posts Tagged ‘YM’

Happy Birthday to Me : 13 May

Happy Birthday to AnarmDulu, masa kecik-kecik, mak ngan abah aku selalu buatkan pulut kuning bila time hari lahir aku. Mak aku panggil pulut kuning tu “Pulut Semangat”. Rasanya untuk bagi aku semangat dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ni kot. Hehe.. Memang sedap ah mak aku masuk pulut kuning dengan kuah kari ayam, takpon ayam rendang. Bila dah makin besar panjang usia aku ni, dah kurang sambut hari lahir. Aku pon tak kisah sangat nak sambut ke tak. Bagi aku, sekadar doa agar panjang umur dan murah rezeki, tu pon dah cukup. Takyah nak sambut hari lahir dengan kek, hadiah, apa-apa jela. Kalau dapat hadiah pon, nanti lama-lama entah ke mana hadiah tu sebab aku komfem tak ingat kat mana aku simpan hadiah tu. Haha.. Hmm.. Dah lama tak merasa masakan mak aku sejak dok jauh dari kampung ni sebab bekerja.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , ,

Laman web menarik yang tidak harus dilayari

Warning! Interesting site!

Tahukah anda? Terdapat pelbagai jenis laman web serta blog di dalam dunia tanpa sempadan ini, yang menghubungkan kita dengan dunia luar.. Dunia tanpa sempadan memang menyeronokkan.. AWAS! Terdapat banyak laman web atau blog yang boleh berbahaya, yang anda dilarang sesama sekali melayarinya walaupun ianya menarik.. Anda harus dapat membezakan laman mana yang boleh dan tidak boleh dilayari..

Contoh yang aku maksudkan tu lebih kurang macam website lucah Maria Ozawa.. Kaum-kaum lelaki mesti suka masuk website camtu kan? Takyah bohong la.. Bohong itu berdosa.. Haha.. Aku rasa ramai antara korang yang baru nak naik yang ketagih tengok website camtu, sampai dok mengadap skrin komputer je 24 jam.. Memang menarik tapi BAHAYA! Biasanya dari website camtu la macam-macam masalah boleh timbul..

read more »

keywords: , , , , , , ,

Aku menang hadiah best

hadiah misteri

Aku suka sangat hari ni.. Hehe.. Rasa bertuah betul aku tadi (semalam).. Keluar makan kat kedai mamak dengan member aku.. Layan lepak, pekena ais kosong segelas dengan nasi sepinggan.. Pastu aku naik ofis balik.. Bukak je pintu ofis, aku dengar bunyi lagu sumbang gile.. Time tu aku separa sedar sebab mengantok.. Ingat nak balik tido je..

Aku lepak dulu kejap sambil-sambil dengar lagu yang sumbang kat Rilek.net.. Web tu ada buat satu pertandingan “Teka Lagu Rosak” tadi.. Aku penah la join kejap sebelum ni, lepas tu jadi malas dah sebab lagu yang nak kena teka tu semua susah-susah.. Ada lagu yang dah jadi macam suara Chipmunks, macam suara katak.. Macam-macam lah.. Lebih kurang pukul 10 malam tadi (semalam), DJ Ell yang putarkan lagu-lagu kat radio Rilek FM.. Entah camane, time dia putarkan lagu yang dia rosakkan tu, aku rasa macam tau je lagu tu.. Macam penah dengar.. Aku pon selamba jela YM dia, bagitau jawapan teka lagu tu.. Takde rasa pape pon time tu.. Konfiden takde, yakin pon takde.. Saja ngada-ngada nak meneka..

read more »

keywords: , , , , , ,