Posts Tagged ‘type of hackers’

Sembunyikan versi wordpress daripada Hackers

Hack WordPress Version Code

Korang tau tak, masih ada lagi pengguna WordPress di dunia ni yang menggunakan wordpress versi lama. Tak tau la sama ada diorang tu lupa nak upgrade atau saja-saja tak nak upgrade atau takut nak upgrade! Padahal kita semua tau yang versi wordpress terbaru ni merupakan kemaskini untuk versi lama, lebih lengkap pada aspek keselamatan, lebih mudah untuk diguna, dan lain-lain. Berkait dengan aspek keselamatan, wordpress versi lama lebih berisiko tinggi untuk digodam oleh Hackers.

Daripada research yang aku buat di internet dengan bantuan Google, perkara pertama yang dilihat oleh hackers sebelum hack sesebuah web atau blog adalah VERSI WORDPRESS YANG KORANG GUNAKAN. Versi wordpress yang lama ternyata lebih berisiko tinggi kena serangan hackers. Try korang tengok ‘Page Info’ atau ‘view source’ blog korang, ada tak code yang memaparkan versi wordpress korang? Jika korang ‘view source’, mungkin akan ada 1 baris code macam ni:

<meta name="generator" content="WordPress 2.9" />

Code tu menunjukkan versi wordpress pada blog korang. Oleh sebab ianya dapat dilihat pada ‘html output’, mungkin akan memudahkan lagi kerja si hackers menggodam blog korang kalau korang terlupa nak upgrade atau takleh nak upgrade disebabkan oleh internet connection yang slow haramjadah. Pihak wordpress sendiri pun sarankan korang upgrade serta merta sekiranya pihak diorang keluarkan versi wordpress terbaru sebab hackers ni tak kira masa, diorang sentiasa cari web yang versinya dah outdated untuk bahan eksperimen. Kadang-kadang ada jugak yang usaha ‘cari lubang’ kat wordpress versi terbaru.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,