Posts Tagged ‘txtninja’

Tolong hentikan hantar email spam!

Fuck You Spammers

Sejak kebelakangan ni aku kerap terima email yang entah apa-apa. Email-email macam ni biasanya dipanggil email spam sebab dihantar secara membabi buta ke mana-mana email tanpa diminta. Email spam juga dikenali sebagai junk email. Siapa yang tak pernah kena spam? Angkat tangan.. Nak tabik spring toing-toing kat dia. Hehe.. Sesiapa pun mesti akan terima jugak email-email dari spammers yang haramjadah. Kalau tak, takde la sampai wujudnya domain fuckyouspammers.com ni. Haha.. Siapa la yang banyak duit beli domain tu ye?

Spam boleh juga berlaku disebabkan korang ada masukkan email dan password di mana-mana website yang kita tak tahu sama ada selamat ataupun tak selamat. Macam kes aku sebelum ni, banyak terima email spam daripada Myspace. (Sekarang ni tengah sedikit meluat dengan invitation daripada kawan-kawan kat Facebook yang invite join game, kuiz yang entah apa-apa. Kalau benda tu boleh mendatangkan duit takpe jugak. Mintak tolong untick nama aku bila nak invite tu ye.) Ok, sambung balik tentang spam daripada Myspace tadi. Aktiviti macam ni dipanggil phishing.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,