Posts Tagged ‘support ticket’

Blog down? Angkara siapa?

Pengumuman: Beberapa hari lepas Blog Anarm.Net ghaib kejap lebih kurang selama 86 jam 13 minit 18 saat (kejap ke lama?) kerana mengalami masalah kegagalan pada server. Kiraan tempoh masa tu adalah berdasarkan hasil congak tambah tolak darab bahagi yang dibuat oleh FreeWebMonitoring.com. Kalau kiraan salah, bukan sebab aku, salahkan FreeWebMonitoring.com tu. Hehe..

FreeWebMonitoring.com adalah sebuah laman web yang menyediakan servis memantau keadaan atau condition sesebuah blog, khususnya bagi blogger yang menggunakan hosting berbayar. Sistem FreeWebMonitoring.com akan memaklumkan kepada kita melalui email bila blog kita down atau tak dapat dibuka. Lepas blog kembali pulih, 1 lagi email akan dihantar beserta tempoh masa berapa lama blog mengalami masalah. Terima kasih kepada Kak Jie kerana rekemen FreeWebMonitoring.com ni. Persoalan yang Kak Jie kemukakan kat blog dia, sampai sekarang aku tak dapat pikir. Korang dapat?

‘Blog down’ dalam bahasa melayu apa ye?

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , ,