Posts Tagged ‘spammer’

Update Status Facebook Secara Auto

Baru-baru ni kecoh dengan berita kononnya Facebook akan ditutup. Semua user yang fanatik dengan Facebook dah macam meracau tak tentu pasal bila dengar berita panas ni. Bagi aku pulak, pertama kali aku baca tentang berita tu, aku dah tergelak. Kalau tak percaya, tanya Encik Jaws kita. Beliau saksi di tempat kejadian.

Update Status Facebook Secara Auto

Lupakan kisah Facebook nak tutup tu. Dah basi kot. Ok! Entri kali ni berkait dengan Facebook jugak iaitu “Kemaskini Status Facebook Secara Auto“. Benda ni merupakan satu laman web yang boleh dihubungkan dengan Facebook dan Twitter. Aku terjumpa web ni time tengah mengexplore aplikasi-aplikasi yang ada di Facebook. Pada mulanya, saja nak mencari aplikasi Facebook yang boleh buat connection antara Facebook dan Twitter supaya jadi lebih menarik (selain Selective Tweets yang aku pakai sekarang).

Aku ni Twitter user yang boleh dikatakan tegar jugak la. Update status Facebook pun dari Twitter je. Memang lebih gila menggunakan Twitter berbanding Facebook. Tapi masih juga memerlukan Facebook untuk lakukan kerja-kerja buat duit di internet. Err… Panjang sangat dah intro ni.

read more »

keywords: , , , ,

Tolong hentikan hantar email spam!

Fuck You Spammers

Sejak kebelakangan ni aku kerap terima email yang entah apa-apa. Email-email macam ni biasanya dipanggil email spam sebab dihantar secara membabi buta ke mana-mana email tanpa diminta. Email spam juga dikenali sebagai junk email. Siapa yang tak pernah kena spam? Angkat tangan.. Nak tabik spring toing-toing kat dia. Hehe.. Sesiapa pun mesti akan terima jugak email-email dari spammers yang haramjadah. Kalau tak, takde la sampai wujudnya domain fuckyouspammers.com ni. Haha.. Siapa la yang banyak duit beli domain tu ye?

Spam boleh juga berlaku disebabkan korang ada masukkan email dan password di mana-mana website yang kita tak tahu sama ada selamat ataupun tak selamat. Macam kes aku sebelum ni, banyak terima email spam daripada Myspace. (Sekarang ni tengah sedikit meluat dengan invitation daripada kawan-kawan kat Facebook yang invite join game, kuiz yang entah apa-apa. Kalau benda tu boleh mendatangkan duit takpe jugak. Mintak tolong untick nama aku bila nak invite tu ye.) Ok, sambung balik tentang spam daripada Myspace tadi. Aktiviti macam ni dipanggil phishing.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,