Anarm.Net » sifat seorang blogger

Tips Blog Berjaya Pada Tahun 2010
Lebih kurang beberapa minggu yang lalu, dunia telah digegarkan dengan kehadiran tahun 2010. Pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran telah kita tempuhi selama hidup pada tahun 2009, kan? Ada yang jatuh, ada yang bangun. Seperti RODA! Kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah. Dari bawah kita boleh naik ke atas, dan dari atas kita boleh turun balik gi bawah. Bagi blogger-blogger pula, 2010 merupakan tahun yang perlu dilengkapi dengan pembaharuan pada blog masing-masing. Sama ada dari segi design blog, isi kandungan blog, belajar SEO, dan lain-lain. Semua perlukan pembaharuan, perlukan peningkatan. Betul tak? Kalau aku salah, sila baca entri ni sampai habis dan kemudian tinggalkan komen. Hehee..

Bagaimana dengan blog korang pada tahun 2009 hingga sekarang? Masih berupdate seperti biasa atau sampai sekarang dibiarkan bersawang macam blog aku ni? Kepada pengunjung blog Anarm.Net, maaf dipinta sebab lama tak update. Ada beberapa kerja yang aku kena fokus. Sebab tu tak sempat nak update. Sekarang ni aku dah luangkan sikit masa update blog ni bagi korang baca. Jangan lupa komen ye.

Entri kali ni tentang ‘blogging tips‘ yang aku rasa bagus untuk memantapkan lagi blog kita. Mungkin dah banyak yang tulis tentang benda ni. Tapi entri aku yang ni versi Anarm punya kepala otak. Hehe.. Teruskan membaca. Kepada silent reader, apa kata tahun 2010 ni korang perkenalkan diri korang. Ramai kawan-kawan nak kenal korang tau. Ngeee~

Kat bawah ni disenaraikan beberapa tips dalam dunia blogging untuk tahun 2010.

Blog menggunakan WordPress

Pengguna Blogspot jgn marah haa.. Kenapa aku sarankan korang menggunakan WordPress? Kenapa? Mengapa? Kerana bilangan penggunanya yang ramai, reputasi dan pengakuan di kalangan blogger-blogger, mempunyai support yang kuat, dan yang paling penting blog kita adalah 100% hak milik kita. Google ke Microsoft ke sape-sape pon takde hak untuk tutup blog kita sepertimana yang banyak berlaku kepada pengguna blogspot.

Bagi yang serius berblog dan berniat untuk menambah ilmu dalam bidang laman web, ini adalah pilihan yang paling tepat! Jika korang masih takut-takut untuk menggunakan hosting sendiri, korang boleh mulakan dengan menggunakan WordPress.com bagi menyesuaikan diri sebelum bertukar menggunakan WordPress di hosting sendiri (self-hosted).

Sape-sape tak puas hati dengan statement aku ni, sila nyatakan kat ruangan komen. Malas nak tulis lebih-lebih. Nanti pengguna blogspot marah aku.

Menilai sesebuah blog melalui rupa paras (design)

Bagi aku, kalau sesebuah blog tu tunggang langgang susun aturnya, pengunjung susah nak fokus pada entri yang korang tulis. Contohnya, teks yang digunakan (teks juga adalah design), kejap besar kejap kecik, kejap kaler hitam kejap kaler pink, kejap blink-blink, pastu kejung. Mengelirukan! Contoh lain adalah bahagian paling atas pada blog iaitu ‘header’. Header berperanan penting bagi memberi first impression kepada pelawat-pelawat baru di blog. Header yang cantik, lawa dan cun akan lebih menarik minat pelawat untuk scroll ke bawah dan membaca isi kandungan blog (entri) korang. Header yang buruk giler kurang menarik, pelawat akan fikir isi kandungannya mungkin kurang menarik jugak.

Masukkan beberapa gambar dalam entri

Maksud masukkan gambar bukanlah penuhkan entri tu dengan gambar. Memberatkan page je tu. pakai dedicated server boleh laa. Aku rasa entri akan lebih best dibaca jika diselitkan beberapa gambar. Tujuannya untuk bagi pembaca rehat sekejap bersama Kit Kat. Kalau penuh dengan tulisan je, panjang pulak tu, pelawat akan baca, baca, dan baca. Bila dah penat baca, dah mula naik bosan, diorang akan klik tanda ‘X‘ walaupun masih belum habiskan bacaan. Nak camtu?

Elakkan kesalahan tatabahasa

Setiap penulisan di blog harus dielakkan kesalahan tatabahasa. Ramai blogger sekarang ni aku tengok lebih suka menggunakan Bahasa SMS. Korang tau kan bahasa SMS tu camne? Perkataan semua nak dieja pendek-pendek je. Macam yang dibebelkan saudara Kertaz kat blog dia. Mungkin si penulis tu paham apa yang dia tulis. Tapi orang lain mungkin ada yang tak paham. Korang berblog untuk bacaan sendiri atau nak bagi orang lain baca? Bila takde orang baca, takde komen, mula la bengang, tulis entri caci maki, mencarut-carut tak puas hati. Salah sendiri~

Tajuk artikel mestilah menarik

Untuk setiap artikel atau entri, pastikan tajuknya adalah menarik dan berinformasi. Cara yang biasanya aku guna untuk memilih tajuk entri, aku bayangkan aku tengah Google mencari info tentang apa yang aku tulis, keyword apa yang aku masukkan untuk buat carian tu. Paham? aku je kot yang paham Hehe.. Kalau boleh, tajuk biarlah unik, berbeza daripada blog-blog lain supaya tiada persaingan. Tapi… Jangan sesekali letak tajuk lain, isi artikel lain! Ini mungkin akan mengundang kemarahan pelawat-pelawat termasuk aku yang pergi blog korang.

Mudahkan pelawat untuk menjelajah blog anda

Yang ni aku ingat lagi lecturer aku ajar dulu. Sesebuah web atau blog mestilah user friendly, mudah untuk pelawat mengexplorenya. Cara untuk memudahkan pelawat explore blog korang adalah dengan menyediakan ‘Search Box‘, ‘Senarai Kategori‘ ataupun ‘Sitemap‘. Kalau takde benda-benda ni, pelawat mungkin tersesat dalam blog, tak jumpa benda-benda menarik yang ada dalam blog korang. Bagi aku, aku lebih suke explore melalui ‘sitemap’ sebab biasanya kat sitemap akan ada senarai Page dan Post dalam sesebuah blog.

Lagi satu yang aku rasa perlu, untuk link yang keluar dari blog korang sebolehnya buatlah link tersebut buka ke window atau tab yang baru. Biasanya guna coding “_blank”. Ini untuk mengelakkan pelawat yang sedang explore blog korang lepas tu tiba-tiba tersesat ke blog orang lain. Blog korang dah hilang!

Berblog mengikut jadual yang ditetapkan

Berapa kerap korang update blog bergantung pada diri sendiri. Jangan contohi aku. Hehee.. Mungkin ada yang update blog setiap hari. Mungkin ada yang update 2 atau 3 kali dalam seminggu aku update sebulan sekali. Tetapi, elakkan daripada update dengan kerap dalam 1 hari. Kenapa? Kerana setiap artikel baru memerlukan masa untuk bersinar, sepertimana yang dibebelkan oleh Nazrien a.k.a Topotato di blognya.

Keperibadian dalam penulisan

Setiap perkataan dan ayat yang korang gunakan dalam artikel boleh memberi impak kepada pembaca. Ayat yang korang gunakan berkemungkinan akan disalahtafsir oleh sesetengah pembaca yang sensitif. Oleh itu, berhati-hati menggunakan ayat yang mungkin akan membuat pembaca benci kepada korang termasuk blog korang sekali. ayookk, tak tau sape buat~

Masukkan elemen media dalam artikel

Sepertimana memasukkan gambar di dalam artikel, elemen media yang lain seperti video juga boleh digunakan bagi menampakkan isi kandungan tu lebih interaktif dan menarik. Gunakan kelebihan yang ada pada YouTube untuk memasukkan video berkaitan dengan tajuk entri yang korang ceritakan di blog.

Tetapkan dan fokus pada niche blog

Apa itu niche? Niche ni maksud dia lebih kurang macam ni. Contohnya, korang suka dengan benda-benda yang berkaitan dengan DUIT. Korang suka buat duit melalui blog. Korang mandi ada duit dalam tab mandi, makan ada duit kat dalam air basuh tangan, main pun ada duit kat…. errr.. aaaa.. So, korang buat keputusan nak bina satu blog berkaitan dengan ‘Buat Duit‘. Jika korang dah tentukan niche pada blog korang tu adalah ‘Buat Duit‘, kalau boleh jangan dirojakkan blog tu dengan entri-entri berkaitan benda-benda lain selain ‘Buat Duit’. Just wujudkan entri-entri yang fokus kepada subjek Duit sahaja! Ada paham?

Buat Gravatar anda

Sebelum memberi komen, buat Gravatar korang dulu. Dengan adanya Gravatar, orang-orang lain akan lebih mengenali korang kerana Gravatar ni diibaratkan seperti ‘branding‘, pengenalan diri korang. Bila korang kerap menjelajah ke blog orang lain dan tinggalkan komen, gravatar ni la yang akan buat orang kenal korang dan blog korang. Bagi yang belum ada Gravatar, daftar Gravatar anda sekarang!

Beri komen dengan bijak

Ramai yang komen kat blog-blog dengan hanya menulis “Aku 1st“, “Aku pertama.. yess!“, “Aku last! Bangga siot..“.. Aku rasa macam bodoh je komen macam tu. Kalau boleh, komen la dengan bijak. Biar komen kita tu berkaitan dengan entri yang tertulis. Jangan menampakkan diri kita bodoh! ok? Selain itu, setiap perkataan dalam komen kita tu juga mungkin boleh menimbulkan salah faham kepada orang lain. Jangan sampai kena saman dengan pihak-pihak tertentu dah la.

Kalau tak pandai nak komen dengan cara yang betul, bolehlah belajar cara-cara komen dengan AzmanIshak. Kehkeh..

Balas setiap komen di blog

Dengan membalas setiap komen di blog, pelawat akan tahu yang blog korang masih ‘hidup’ walaupun korang tak update. Cara ini membolehkan pelawat berinteraksi dengan korang, dengan pengkomen-pengkomen lain, dan turut sama dalam perbualan. Dengan cara ini juga akan menambah jumlah komen pada entri blog korang. Tak ke bagus tu!!

Jangan fikir untuk menghasilkan duit

Jika korang berblog semata-mata untuk duit, tiada siapa yang melarang. Tetapi, jika korang berblog sememangnya untuk mendapatkan duit, lupakan sekejap kerana korang mungkin akan hilang fokus pada perkara yang lebih utama iaitu Isi Kandungan Yang Berkualiti. Kalau setiap entri yang korang update penuh dengan link affiliate, promosi sana promosi sini, besar kemungkinan ramai pembaca yang akan menyampah dan terus tinggalkan blog korang buat selama-lamanya!

Lupakan sekejap statistik blog

Berapa banyak masa yang terhabis semasa korang tengok statistik blog korang? Korang bangga ramai masuk blog korang kan? Bagi sesetengah orang, melihat nombor pada statistik blog adalah satu ketagihan. Untuk buang ketagihan kepada nombor-nombor tu, kita boleh cuba putuskan sambungan internet. Apakah…?? Dah tentu takleh nak tengok statistik blog dah kan? So, buka Microsoft Words atau Notepad++, kemudian tulis entri baru untuk dipublish sebagai entri seterusnya di blog korang.

Belajar tentang SEO (Search Engine Optimization)

Pelawat yang datang ke blog korang melalui Search Engine (Google, Yahoo, Bing, dan lain-lain) dipanggil ‘Organic Traffic‘. Jenis yang lain pula termasuk ‘Referral Sites‘ dan ‘Direct Traffic‘. Daripada jenis-jenis traffic tu, ‘Organic Traffic‘ adalah apa yang paling diperlukan kerana ianya membolehkan blog korang bertahan untuk jangka masa yang lama. Bagi yang baru nak belajar tentang SEO, boleh lihat panduan SEO berikut:  The Definitive Guide to Higher Rankings For Your Blog.

Entri aku ni tak menunjukkan aku power. Blog ni pon masih terkial-kial lagi SEO-nya. Tips-tips yang tersenarai kat atas ni mungkin berguna untuk kita. Tak gitu kawan-kawan? Lepas ni mungkin blog ni ambil masa 2 atau 3 minggu lagi untuk update entri seterusnya. Perlukan fokus kepada kerja lain dulu. So… Jom sama-sama kita kentalkan dan mantapkan lagi blog kita dengan ikut panduan ni.. Wuwuwuwuwuwuu.. *buat sambil tepuk-tepuk mulut dengan tangan*

Nampaknya blog awek aku dah mula mengorak langkah. Dah kembali update. Nak lawan aku gamaknya ni.. Takleh jadi.. Aku kena lawan. Ni dah mencabar kejantanan aku! Hahaha.. Jangan lupa follow awek aku di Twitter, ok.. Follow @surayasagi sekarang yop..

Tips Blog Berjaya Pada Tahun 2010 adalah hasil penulisan Anarm.Net.

Langgan RSS Feed untuk dapatkan entri terkini daripada Anarm.Net!