
Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lepas berpuasa, sambut hari raya, dan sekarang dah tiba lagi bulan puasa atau lebih sedap dipanggil bulan Ramadhan. Hmm.. Ramadhan. Macam-macam cerita yang kita sedia tahu telah berlaku dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia ni. Turunnya wahyu Allah yang pertama adalah pada bulan Ramadhan, peristiwa perang-perang pada zaman Nabi dulu pon ada berlaku pada bulan Ramadhan jugak, dan banyak lagi la sejarah bulan Ramadhan ni. Kalau nak cerita satu-satu, jenuh. Korang Google jela ek.. ![]()
Haa.. Korang yang tinggal puasa hari tu, dah ganti belum? Jangan sampai kena denda pulak. Puasa yang ditinggal sama ada secara sengaja atau atas sebab-sebab tertentu (paham-paham la ye) wajib diqada’ puasa tu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Puasa sunat haram untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya. Kalau tak sempat nak qada’, jawabnya korang diwajibkan membayar fidyah la..
Fidyah bererti membayar denda berupa beras kepada fakir miskin. Kadar fidyahnya mudah je, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Mudah ke tu? Rasa macam susah je. Baik puasa daripada menyusahkan diri nak buat kira-kira untuk bayar fidyah. Puasa, bukan payah sangat pon bai.. Kepada yang masih pening atau tak tau tentang kiraan fidyah, boleh la rujuk di blog Alizareesya. Dia ada buat kira-kira untuk bayaran fidyah.
keywords: cupak, doa, fidyah, Islam, niat, puasa, qada', ramadhan










