Posts Tagged ‘pening kepala edit theme wordpress’

Kongsi link dengan Tweet Button Bookmarklet

Tweet Button Bookmarklet

Baru-baru ni Twitter memperkenalkan Twitter Tweet Button yang boleh dipasang di blog untuk memudahkan perkongsian link entri blog tersebut. Rasanya semua dah pun tau fungsi Tweet Button ni kan? Fungsi yang juga sama seperti TweetMeme di mana terdapat button Tweet pada entri blog yang sudah memasangnya dan berperanan memudahkan perkongsian link entri blog tersebut ke Twitter. Bagi yang belum memasangnya di blog, sila ikut tutorial cara memasang Twitter Tweet Button di blog. Ciri-ciri perkongsian ini memang diperlukan dalam hidup seorang blogger kerana boleh dikatakan tanggungjawab kita untuk menyampaikan segala info kepada orang ramai.

Bagaimana dengan blogger yang malas tak reti nak pasang Twitter Button? Adakah patut kita abaikan blog mereka? NO! Hidup seorang blogger tak pernah mengajar kita buat macam tu. Kan? So, kat sini nak bagitau Twitter ada buat Tweet Button Bookmarklet yang membolehkan kita berkongsi info daripada blog-blog yang tiada Tweet Button.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , ,