Posts Tagged ‘pengarah’

Yasmin Ahmad meninggal dunia

Satu berita gempar yang menyedihkan buat negara dan juga rakyat Malaysia. Yasmin Ahmad, seorang pengarah filem dan juga penulis skrip yang berbakat besar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.25 malam tadi, 25 Julai 2009. Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikatakan meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar atau nama lain dia strok.

Filem yang dihasilkan oleh beliau sering menimbulkan kontroversi dan dikritik sebab memaparkan adegan-adegan yang berlawanan dengan hadis dan ajaran Islam, seperti mencukur kepala wanita, sedangkan perbuatan itu dilarang sama sekali bagi wanita walaupun sebagai ibadah, seperti selesai mengerjakan haji. Hal-hal macam tu aku tak berani nak cakap lebih-lebih pasal ilmu aku tentang agama ni pon tak berapa nak lengkap. Aku serahkan pada yang lebih tahu je. Tapi aku suka filem-filem dia sebab banyak mesej yang dia berjaya sampaikan. Pendek kata, beliau memang hebat lah.

Beberapa hari sebelum kejadian iaitu pada 23 Julai 2009 yang lalu, Allahyarhamah Yasmin Ahmad dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar pada kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3. Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi masalah kesukaran bernafas. Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya stabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , ,
[close]
Kembali ke atas