Posts Tagged ‘Pencapaian Diutamakan’

52 Tahun Malaysia Merdeka

52 Tahun Malaysia Merdeka
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Malam ni, tepat jam 12.00 tengah malam, semua rakyat merdeka akan melaungkan kata-kata “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. 12.00 tengah malam nanti genaplah 52 tahun usia Malaysia mencapai kemerdekaan setelah bebas daripada kuasa penjajah. Malaysia yang dulunya sengsara di bawah penguasaan penjajah kini mampu hidup bebas selepas mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kata-kata “Merdeka” yang pertama secara rasminya telah dilaungkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahmad Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan juga merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Jolokan nama Bapa Kemerdekaan Malaysia diberi kepada Tunku Abdul Rahman kerana jasa-jasa beliau yang penuh bermakna dalam usaha memerdekakan tanah air kita yang tercinta, Malaysia.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , ,