Posts Tagged ‘PDF Xchange Viewer’

Pelihara Alam Semulajadi dengan PDF, WWF

Pelihara Alam Semulajadi dengan Fail PDF, WWF

Dunia hari ni dah makin tenat dah akibat kekurangan pokok yang merupakan salah satu satu sumber alam semulajadi. Alam semulajadi kini dah ditukar ganti dengan alam buatan manusia yang berbentuk bangunan-bangunan pencakar langit. Banyak pokok yang telah ditebang, dipotong dan sebagainya, kemudian diproses untuk menghasilkan kertas yang banyak digunakan pada zaman sekarang. Kawasan yang dah tiada pokok tu kemudiannya dibangunkan bangunan-bangunan tinggi selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang dari masa ke semasa.

Dunia yang semakin berkembang maju dengan teknologi moden yang canggih membuatkan kesedaran kita akan kepentingan alam semulajadi tu kian pudar atau mungkin juga sudah terpadam.

Pelihara Alam Semulajadi dengan Fail PDF

Rasanya semua dah tau tentang PDF, kan? Ada yang tak tahu lagi? Meh sini nak cerita sikit. PDF atau Portable Document Format merupakan salah satu format fail yang popular digunakan di laman web. Biasanya fail berformat PDF (.pdf) ni digunakan sebagai perkongsian dokumen yang mengandungi gambar, teks, dan lain-lain, sama seperti Microsoft Word, tetapi dengan saiz yang lebih kecil berbanding fail Microsoft Word.

read more »

keywords: , , , , , ,

PDF Xchange Viewer, Alternatif kepada Adobe Reader dan Foxit Reader

Adobe Reader 9

Adobe Reader? Hmm.. Bagi sesiapa yang masih tak tau fungsi Adobe Reader, benda ni sebenarnya untuk baca fail yang berformat PDF yang biasanya format untuk ebook dan juga manual book yang biasa ada bersama dengan apa-apa installer (tak semua installer ada manual book). Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari laman rasmi Adobe Reader ni.

Perkara yang aku nak bagitau kat sini adalah “Aku tak suka betol benda ni“. Sebabnya, saiz program dia yang besar gedabak sangat. Kalau tak silap aku, time aku nak uninstall benda ni, aku tengok program ni dah makan space laptop aku sebanyak 222MB> (baru perasan). What the fox! Fungsinya hanya untuk baca fail-fail PDF tapi dah guna space banyak cenggitu. Pehal? Nak bukak fail-fail format PDF pon ambil masa lama giler. Bagi yang memiliki specs komputer atau laptop yang kurang power, aku rasa benda ni boleh buat komputer atau laptop kamu tu hang atau not responding (berkemungkinan). Pernah tak jadi macam tu kat komputer kamu? Kalau pernah, tolong baca sampai habis apa aku tulis ni ye.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,