Posts Tagged ‘negaraku.net’

Motor aku yang sakit

Motosikal Anarm
(Motor EX5 aku)

Semalam (hari Jumaat), time on the way nak ke tempat kerja, tiba-tiba motor aku buat hal. Enjin mati. Arrghhh.. Nasib baik sempat tarik clutch. Kalau tak, jawabnya tertomoih la aku kat tengah jalan. Dah la pagi tu hujan. Lagi sekali bernasib baik sebab hujan tak lebat. Aku pon berhenti la kejap kat tepi jalan. Start punya start punya start sebanyak 14 kali (aku kira, siyes) tapi tak hidup jugak enjin motor. Hampir-hampir aku memaki hamun, menyumpah seranah time tu tapi niat terbantut sebab teringat aku berpuasa. Aku pon dengan sengalnya turun check tayar motor. Lepas tu baru aku fikir, “Enjin motor yang padam, apahal pulak aku gi check tayar motor?”.. Di saat tu jugak aku terasa kebodohan aku mencecah 66 darjah celcius pada skala ritcher. Mamai lagi kot time tu, baru bangun tidur, kelam kabut nak gi kerja.

Nak tak nak kena la jugak menolak kembali ke jalan yang lurus area rumah aku sebab kat situ je restoren kedai motor paling dekat. Alang-alang dah kat area rumah, aku terus call ofis bagitau tak dapat gi kerja sebab motor rosak. Boss aku memang sempoi. Dia memahami pekerja dia. Tapi time tu kedai motor belum buka lagi. Aku balik rumah dulu mengadap Twitter sementara tunggu kedai buka. Lebih kurang pukul 11 pagi aku keluar hantar motor kat kedai tu.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,

Majlis berbuka puasa Negaraku.Net

Negaraku.net berbuka puasa

Satu majlis berbuka puasa anjuran Negaraku.Net akan diadakan sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Sepertimana yang telah diwar-warkan oleh NoktahHitam di blognya dan juga di twitter beliau, majlis berbuka puasa ni akan berlangsung pada hari Sabtu, 29hb Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430H. Tempat kejadiannya adalah di Ayam Golek berhampiran dengan LRT Universiti (tengok peta).

Tujuan diadakan aktiviti camni adalah untuk mengeratkan dan merapatkan lagi silaturrahim antara kita dalam komuniti hebat ni. Korang-korang yang berminat nak turut serta menjayakan majlis ni, sila isi borang dulu untuk komfemkan kehadiran korang. Borang kehadiran korang boleh isi secara online di sini. Bagi yang tiada kenderaan sendiri, sila berkumpul di LRT Universiti ye. Nanti ada la tu yang tunjuk macho baik hati pungut korang bawa ke tempat kejadian. Hehee..

read more »

keywords: , , , , , ,