Posts Tagged ‘motor’

Motor aku yang sakit

Motosikal Anarm
(Motor EX5 aku)

Semalam (hari Jumaat), time on the way nak ke tempat kerja, tiba-tiba motor aku buat hal. Enjin mati. Arrghhh.. Nasib baik sempat tarik clutch. Kalau tak, jawabnya tertomoih la aku kat tengah jalan. Dah la pagi tu hujan. Lagi sekali bernasib baik sebab hujan tak lebat. Aku pon berhenti la kejap kat tepi jalan. Start punya start punya start sebanyak 14 kali (aku kira, siyes) tapi tak hidup jugak enjin motor. Hampir-hampir aku memaki hamun, menyumpah seranah time tu tapi niat terbantut sebab teringat aku berpuasa. Aku pon dengan sengalnya turun check tayar motor. Lepas tu baru aku fikir, “Enjin motor yang padam, apahal pulak aku gi check tayar motor?”.. Di saat tu jugak aku terasa kebodohan aku mencecah 66 darjah celcius pada skala ritcher. Mamai lagi kot time tu, baru bangun tidur, kelam kabut nak gi kerja.

Nak tak nak kena la jugak menolak kembali ke jalan yang lurus area rumah aku sebab kat situ je restoren kedai motor paling dekat. Alang-alang dah kat area rumah, aku terus call ofis bagitau tak dapat gi kerja sebab motor rosak. Boss aku memang sempoi. Dia memahami pekerja dia. Tapi time tu kedai motor belum buka lagi. Aku balik rumah dulu mengadap Twitter sementara tunggu kedai buka. Lebih kurang pukul 11 pagi aku keluar hantar motor kat kedai tu.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,

Understanding In An Accident

Dah lama aku tak update blog ni.. Sibuk sangat-sangat ditambah dengan masalah peribadi yang aku terpaksa hadapi.. So tired.. Time menulis entri ni, aku berada kat rumah.. Waktu menaip, pukul 3.15 pagi.. Dengan keadaan tilam yang berselerak dengan bantal dan selimut, 1 badan bau busuk, ada air liur basi penuh kat mulut sebab baru bangun dari tidur.. Jijik tak? Hehe.. “Pasni mesti ada sikit gaduh-gaduh.. I’m so sorry!!“.. Entri ni ditulis semalam menggunakan Adobe Dreamweaver CS3 dan dipublish kat sini menggunakan komputer HP kat ofis sebab kat umah takde internet.. Huhu.. Tu pon nak bagitau..ntah pape

traffic light

Korang pernah accident tak? Mesti ada yang pernah dan ada jugak yang tak pernah accident kan.. OK.. Dalam blog aku yang kat blogspot, aku ada bagitau tentang kemalangan yang dah berlaku kat aku.. Haa.. Kat sini aku nak cerita sikit pasal pengalaman ke-LAPAN yang aku alami tu.. Dah 8 kali aku accident semenjak reti naik motor 10 tahun lepas.. Dah tentu tempat berlaku tu kat jalan raya.. Dalam kejadian kelapan yang terbaru ni, aku accident terlanggar bontot kereta.. Ngeri oooo.. Kena 4 jahit kat dagu dan menderita sakit bibir sebab pecah, sama ada terhantuk atas permukaan jalan raya atau terkena visor kepunyaan helmet cap ayam yang aku pakai time tu.. Helmet je cap ayam tapi visor original.. Mahal aku beli tu.. Heheh..

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,