Posts Tagged ‘Motivasi’

Hidup berani untuk gagal

Hari ni sedikit info yang serius untuk korang. So, penulisan aku kali ni adalah lebih ke arah formal, menggunakan Bahasa Melayu macam dalam buku teks. Hehe.. Mari kita mulakan bacaan.

Hidup Berani Untuk Gagal

Kegagalan? Memang sesuatu yang memeritkan. Siapa yang suka akan kegagalan? Tiada seorang pun yang sukakannya. Namun begitu, kegagalan itu perlu kerana sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. Hidup Berani Untuk Gagal – Harus berani menghadapi kegagalan dalam hidup kerana dengan kegagalan tu la kita akan dapat mempelajari dan memperbaiki setiap kelemahan kita. Kegagalan juga akan mematangkan diri kita.

Sudah menjadi tabiat manusia, apabila diri menghadapi kesukaran atau kegagalan, mereka akan menyalahkan takdir. Malah yang lebih teruk lagi mereka sanggup memarahi orang-orang di sekeliling dengan alasan mereka inilah yang menjadi punca kegagalan tersebut. Di sini kita perlu ingat bahawa kegagalan kita adalah disebabkan oleh diri kita sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain. Kenapa? Kerana hanya minda dan diri kita sahaja yang berupaya menentukan sama ada usaha kita akan menghasilkan kejayaan ataupun kegagalan!

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Mengecapi Kejayaan

Entri ni berkisar sedikit motivasi untuk korang dan juga diri aku sendiri. Kalau tengok dan baca tajuk entri kali ni mungkin korang rasa macam takde apa-apa perasaan sebab kata-kata tu dah terlalu familiar, dah terlalu biasa korang tengok dan dengar. Right? Tapi bagi aku ianya amat luar biasa walaupun aku pon sama juga macam korang, memang dah biasa sangat dengar kata-kata “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan”, “Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih”, dan macam-macam lagi kata-kata semangat yang lain.

Sejak kebelakangan ni, aku selalu buka YouTube tengok video motivasi daripada penceramah yang cukup aku kagumi iaitu Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Aku kerap dengar motivasi beliau di YouTube untuk motivate diri aku yang boleh dikatakan down akibat terlampau banyak masalah. Beberapa minggu yang lepas baru je melayang beberapa ratus ringgit sebab terlanggar kereta orang. Rasa nak mengamuk je sebab kebetulan time tu aku tengah takde duit, dapat pulak dugaan camtu kan. Rasa nak mengamuk laa. Tapi apa boleh buat, benda dah jadi. Sabar jela. Oh ya.. Thanks to sahabat-sahabat yang sudi menolong time aku down hari tu. Walaupun tak dapat tolong dari segi kewangan, korang tetap sudi dengar dan kongsi masalah aku. Thanks banyak-banyak. Kat ofis, dengan kerja-kerja yang ‘tak berapa banyak’, aku luangkan masa sabarkan diri, dengar motivasi daripada pakar-pakar. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ni aku selalu jugak dengar ceramah beliau kat TV dan radio time ‘tanam anggur’ kat kampung dulu. Huhuu..

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , ,