Posts Tagged ‘merdeka’

52 Tahun Malaysia Merdeka

52 Tahun Malaysia Merdeka
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Malam ni, tepat jam 12.00 tengah malam, semua rakyat merdeka akan melaungkan kata-kata “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. 12.00 tengah malam nanti genaplah 52 tahun usia Malaysia mencapai kemerdekaan setelah bebas daripada kuasa penjajah. Malaysia yang dulunya sengsara di bawah penguasaan penjajah kini mampu hidup bebas selepas mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kata-kata “Merdeka” yang pertama secara rasminya telah dilaungkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahmad Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan juga merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Jolokan nama Bapa Kemerdekaan Malaysia diberi kepada Tunku Abdul Rahman kerana jasa-jasa beliau yang penuh bermakna dalam usaha memerdekakan tanah air kita yang tercinta, Malaysia.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kempen I Love Malaysia sempena merdeka

iLoveMalaysia Campaign

Sempena bulan Kemerdekaan yang ke-52 ni, sebuah syarikat hosting terkemuka di Malaysia iaitu Exabytes telah menganjurkan satu kempen dengan tagline I Love Malaysia. Melalui kempen I Love Malaysia ni juga korang berpeluang memenangi hadiah yang cukup menarik berupa sebuah iPhone 3GS (berharga RM2500) dan juga sebuah Western Digital My Passport Essential (kapasiti 320GB). Bapak best hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Kempen ni boleh disertai oleh semua yang berminat dengan syarat korang mestilah mempunyai website atau blog kepunyaan sendiri. Untuk menyertainya, ikut langkah-langkah di bawah:

read more »

keywords: , , , , , , , , ,