Posts Tagged ‘malaysia’

Makhluk alam lain datang beraya

Hantu raya

2 3 hari ni aku tengok kat blog-blog lain asyik cerita pasal raya je. Aku nak share cerita raya aku pon takde ape yang best. Raya aku 1 hari je. Raya kedua, ketiga dan seterusnya aku dah start membuta sampai ke petang. Huhuu..

Dah tak tau nak pergi beraya kat mana dah. Semua rumah sedara dah abih jelajah. Tiba-tiba terfikir macam mana la agaknya makhluk kat tempat lain tu beraya ek? So, hari ni apa kata korang ikut aku beraya ke alam lain pulak. Nak? Kebetulan diorang pon nak beraya sakan sebab baru je terlepas dari ikatan. Hahaa..

Jangan ingat korang je nak beraya. Diorang pon nak beraya jugak apa. Maklum jela, baru lepas bebas kan, so buat parti bujang hari raya la apa lagi.. Oklah. Baca seterusnya ye. Sesiapa yang rasa lemah semangat dilarang baca ye. Tapi rasanya takde benda yang nak dilemah semangatkan pon. Lets cekedot..

read more »

keywords: , , , , , , , , , , ,

52 Tahun Malaysia Merdeka

52 Tahun Malaysia Merdeka
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Malam ni, tepat jam 12.00 tengah malam, semua rakyat merdeka akan melaungkan kata-kata “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. 12.00 tengah malam nanti genaplah 52 tahun usia Malaysia mencapai kemerdekaan setelah bebas daripada kuasa penjajah. Malaysia yang dulunya sengsara di bawah penguasaan penjajah kini mampu hidup bebas selepas mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kata-kata “Merdeka” yang pertama secara rasminya telah dilaungkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahmad Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan juga merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Jolokan nama Bapa Kemerdekaan Malaysia diberi kepada Tunku Abdul Rahman kerana jasa-jasa beliau yang penuh bermakna dalam usaha memerdekakan tanah air kita yang tercinta, Malaysia.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Aku nak pindah ‘rumah’

Pindah hosting

Sejak kebelakangan ni ramai yang buzz aku kat YM bagitau blog ni susah nak masuk. Kadang-kadang sampai setengah jam diorang tunggu blog ni habis loading tapi still tak habis-habis jugak. Maknanya blog aku ni berat la dodol.. Aku sendiri pon terasa yang blog aku ni berat. Berjuta-juta terima kasih aku berikan kepada semua pelawat yang sudi melawat blog hebat ni, sampai sanggup tunggu habis loading. Huhuu.. Terharu siot.

Ada beberapa blogger tegar (aku tak ingat sape) yang bagitau aku supaya tukar ke hosting lain. Diorang tolong check blog ni, dan diorang bagitau mungkin blog ni berat berpunca daripada server yang berada di US! Diorang sarankan aku langgan hosting yang servernya di Malaysia. Aku pon rasa camtu lagi bagus sebab aku berblogging ni dalam Malaysia, untuk orang Malaysia, so apekejadahnya server di US?! Kan? Tapi aku pelik. Aku langgan hosting sekarang ni memang dari Malaysia, tapi kenapa server di US pulak? Hmm.. Masa beli hosting ni memang aku tak tau apa-apa tentang hosting berbayar. Silap aku sendiri kot.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , ,

What’s Your True Social Mojo?

Your Social Mojo

Salam semua. Benda menarik lagi nak kongsi dengan korang. Aku dapat benda ni lepas baca entri terbaru kat blog Knizam Artwerk. Aku dari dulu lagi follow blog Knizam ni sebab lepas baca blog dia rasa macam entri-entri yang dia publish kat blog dia tu memang menarik. “Bro memang superb ahh.. Aku suka betol baca blog bro.. Huhuu“. Haishh.. Cukup la puji banyak tu. Puji lebih-lebih kang kombang lobang idong dia. Tak pasal-pasal dia sesak nafas pasal habuk senang masuk lubang idong. Hehe..

Ok.. Kali ni kat blog aku bercerita tentang Mojo. Mojo? Apakah? Aku pun tak tau apa benda Mojo tu. Mungkin korang bleh tengok-tengok meaning dia kat wikipedia (english). Kalau ada sape-sape yang rajin translate ke Bahasa Melayu, boleh tak bagitau aku dan kongsi dengan kawan-kawan yang lain apa maksud Mojo tu sebab aku memang serius tak tau benda apakah itu. Mana tau kot-kot aku tersebut pasal Mojo ni kat orang, dikatanya aku mencarut pulak. Silap-silap boleh kena pelangkong. Naya je. Huhuu.. Ok, seterusnya sedikit penerangan tentang benda best ni, “What’s Your True Social Mojo?

read more »

keywords: , , , , , , , , ,