Posts Tagged ‘local server’

Edit theme WordPress di localhost

Edit Theme WordPress

Sejak dua menjak ni ramai pulak yang YM aku tanya macam mana nak edit theme WordPress. Setakat seorang dua tu boleh lagi la nak layan. Kalau lebih… Sebab tu sekarang ni aku dah jarang online di YM. Sebarang pertanyaan boleh kemukakan di #formspringbuatansendiri Twitter ye. Huhu.. Ni nak bagitau korang. Sebenarnya bukan susah sangat pon nak edit theme. Tak kisah la nak edit theme wordpress ke, theme blogspot ke. Yang penting korang kena ada basic (coding+image editing) dan tau struktur asas sesebuah theme sama ada untuk wordpress, blogspot, joomla, dan sebagainya. Tips yang paling asas a.k.a basic untuk korang edit theme WordPress, korang boleh rujuk di blog Nazrien.com.

Aku tengok ramai blogger yang suka edit theme secara terus di server/hosting diorang. Kemungkinan besar kalau ada error yang berlaku akan menyebabkan blog korang nampak cacat bila pelawat singgah di blog. Kadang-kadang header jadi tak cukup sifat, button menu jadi tak tersusun, kadang-kadang sidebar jatuh ke bawah (jatuh mesti la ke bawah.. mana ada istilah jatuh ke atas). Buatnya time tu ada pelawat yang first time masuk blog korang, diorang tengok blog korang tengah tunggang langgang. Secara tak langsung pelawat tu akan rasa blog korang dalam kategori MEREPEK! Kenapa? Sebab error yang berlaku kat blog korang tu la.. First impression adalah sangat penting. So, pandai-pandai la ye..

read more »

keywords: , , , , , , , ,