Posts Tagged ‘Islam’

Beradab dalam berdoa

Beradab dalam berdoa

Berdoa adalah watak pembawaan manusia, yang dikembangkan oleh semua manusia, tidak memandang kelas, bahasa atau agama. Ramai orang yang mungkin telah kecewa bila doa mereka tidak mendapat hasil yang pasti. Kemudian mereka mula merungut, mengeluh dan sebagainya sebab doa tidak mendapat balasan yang memuaskan hati.

“Berdoa adalah perilaku dari jiwa yang paling luhur dan dalam, dan akan tetap demikian selama dikehendaki Allah”.

Sebenarnya, seseorang tu perlu mempunyai ilmu bagi menyampaikan hasrat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Doa dapat memberi kekuatan, keberkatan dan keyakinan untuk mencapai apa yang kita hajati. Doa juga dapat menghindari diri daripada sesuatu bala bencana dengan izin Allah SWT. Namun begitu, untuk mendapat doa yang dimakbulkan oleh Tuhan, ada adab-adab yang perlu diikuti dan etika-etika yang tertentu dalam berdoa.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sahaja aku puasa pada bulan Ramadhan

Puasa di Bulan Ramadhan

Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lepas berpuasa, sambut hari raya, dan sekarang dah tiba lagi bulan puasa atau lebih sedap dipanggil bulan Ramadhan. Hmm.. Ramadhan. Macam-macam cerita yang kita sedia tahu telah berlaku dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia ni. Turunnya wahyu Allah yang pertama adalah pada bulan Ramadhan, peristiwa perang-perang pada zaman Nabi dulu pon ada berlaku pada bulan Ramadhan jugak, dan banyak lagi la sejarah bulan Ramadhan ni. Kalau nak cerita satu-satu, jenuh. Korang Google jela ek..

Haa.. Korang yang tinggal puasa hari tu, dah ganti belum? Jangan sampai kena denda pulak. Puasa yang ditinggal sama ada secara sengaja atau atas sebab-sebab tertentu (paham-paham la ye) wajib diqada’ puasa tu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Puasa sunat haram untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya. Kalau tak sempat nak qada’, jawabnya korang diwajibkan membayar fidyah la..

Fidyah bererti membayar denda berupa beras kepada fakir miskin. Kadar fidyahnya mudah je, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Mudah ke tu? Rasa macam susah je. Baik puasa daripada menyusahkan diri nak buat kira-kira untuk bayar fidyah. Puasa, bukan payah sangat pon bai.. Kepada yang masih pening atau tak tau tentang kiraan fidyah, boleh la rujuk di blog Alizareesya. Dia ada buat kira-kira untuk bayaran fidyah.

read more »

keywords: , , , , , , ,

Fenomena azan di dunia

Azan sebagai syiar Islam

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu dan menyeru seluruh umat Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar r.a. Pada mulanya, ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tiada orang yang menyeru iaitu melaungkan azan untuk menunaikannya. Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid mengerjakan solat secara berjemaah. Dalam mesyuarat tersebut, terdapat beberapa cadangan. Antara cadangan-cadangan tersebut :

read more »

keywords: , , , , , , ,

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Khairul Anam

Assalamualaikum semua.. Di kesempatan ini aku nak ucapkan “Selamat Hari Raya Aidiladha” kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Pada hari yang mulia ini, marilah sama² kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T dengan beribadah dan berdoa kepada-Nya.. Kita panjatkan juga doa kepada mereka² yang berada di Tanah Suci mengerjakan rukun Islam yang ke-5..

Di samping itu, marilah kita bermaaf-maafan sesama kita andai ada salah silap yang telah dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.. Dengan ini semoga hidup kita lebih diberkati demi kesejahteraan dan kejayaan kita dalam menempuh hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini..

Raya tahun ni aku rasa bosan sikit.. Ni cerita aku time raya haji tahun ni..

read more »

keywords: , , ,