Posts Tagged ‘IE bodoh’

Buat email signature menggunakan WiseStamp

GmailHari tu dan sampai ke hari ni aku bengang giler dengan Yahoo! Mail. Punya la berat nak bukak. Dan lagi, email spam senang-senang je terjah masuk email yahoo aku. What the fox! So, aku buat keputusan biarkan akaun yahoo tu untuk aku login Yahoo Messenger dan juga jadikan tempat menternak spam. Hambik ko!

Sekarang ni aku dah pakai Gmail. Memang puas hati dengan servis dari Gmail ni. Nak login pon senang, loading tak lama sangat. Pastu ade pulak function-function best yang disediakan oleh Gmail. Sangat-sangat superb la Gmail ni. Gmail is the best!

Ok, aku nak mulakan entri kali ni. Kamu tahu tak benda apa signature? Tandatangan.. Right! Yang aku nak bagitau ni tentang tandatangan atau signature pada email, bukan signature pada surat cinta tu ye. Biasanya email signature ni kita boleh isikan serba sedikit maklumat tentang diri kita seperti nama penuh atau nama gelaran, alamat rumah atau alamat pejabat, nombor telefon, URL blog atau laman perniagaan, atau cuma sekadar memberi salam dan terima kasih. Terpulang pada kamu nak tulis apa pada signature kamu tu.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , ,