Posts Tagged ‘html’

Tukar font blog dengan Google Font API

cantikkan blog dengan google font api

Rata-rata pemilik laman web dan blog biasanya menggunakan font seperti Arial, Georgia, Times New Roman, Trebuchet MS, Tahoma, Verdana dan sebagainya untuk blog mereka. Kini, dengan adanya Google Font API membolehkan pemilik laman web atau blog menukar bentuk teks pada blog dengan menggunakan font yang terdapat di Google Font Directory. Ada beberapa jenis font disediakan dengan bentuk yang menarik dan boleh digunakan bagi mengganti font asal pada blog.

Tergerak hati untuk cuba benda ni selepas baca entri “Blog melayubuntu kini menggunakan font Ubuntu“. Aku dah lama nak guna font Ubuntu untuk blog ni. Semuanya gara-gara sejak aku berkenalan dengan Ubuntu. Serius aku rasa cantik je font yang diguna dalam Ubuntu OS. Google Font API pun dah sediakan font Ubuntu dalam Google Font Directory. So, boleh la guna untuk cantikkan font blog.

read more »

keywords: , , , ,

Buat email signature menggunakan WiseStamp

GmailHari tu dan sampai ke hari ni aku bengang giler dengan Yahoo! Mail. Punya la berat nak bukak. Dan lagi, email spam senang-senang je terjah masuk email yahoo aku. What the fox! So, aku buat keputusan biarkan akaun yahoo tu untuk aku login Yahoo Messenger dan juga jadikan tempat menternak spam. Hambik ko!

Sekarang ni aku dah pakai Gmail. Memang puas hati dengan servis dari Gmail ni. Nak login pon senang, loading tak lama sangat. Pastu ade pulak function-function best yang disediakan oleh Gmail. Sangat-sangat superb la Gmail ni. Gmail is the best!

Ok, aku nak mulakan entri kali ni. Kamu tahu tak benda apa signature? Tandatangan.. Right! Yang aku nak bagitau ni tentang tandatangan atau signature pada email, bukan signature pada surat cinta tu ye. Biasanya email signature ni kita boleh isikan serba sedikit maklumat tentang diri kita seperti nama penuh atau nama gelaran, alamat rumah atau alamat pejabat, nombor telefon, URL blog atau laman perniagaan, atau cuma sekadar memberi salam dan terima kasih. Terpulang pada kamu nak tulis apa pada signature kamu tu.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , ,