Tadi aku renew domain Anarm.Net ni yang dari dulu sampai sekarang berada di server Cubiex.com. Berkenalan dengan Cubiex ternyata memuaskan hati aku. Walaupun dulu ada sedikit isu berhubung datacenter Anarm.Net yang menyebabkan ramai mengadu cakap blog aku ni susah nak masuk, lambat loading la, slow nak mampos la, Anarm hensem dan sebagainya sebab dok kat datacenter US, tapi berjaya diselesaikan dengan pantas oleh pihak Cubiex (aku tak adu kat Cubiex sebab aku tak reti, tapi diorang usha pulak luahan aku kat blog. Terbaik! Dan aku malu sendiri. Huhuu). Daripada datacenter di US, kini Anarm.Net berada di datacenter Malaysia, tanah air tercinta. Keh3.. Jutaan terima kasih kepada Cubiex.com.
Imbas kembali saat pertama kali aku pasang niat nak gunakan hosting dan domain berbayar. Kebetulan terbaca Cubiex punya thread kat forum Sifoo.com. Time tu pengetahuan aku tentang hosting berbayar boleh dikatakan ZERO! KOSONG! Aku baca thread tu tapi tak faham. Aku tak pernah tau ‘hosting’ dan ‘domain’ tu binatang apa. Nak tanya orang, segan. Bagi aku, kalau nak tanya apa-apa pastikan buat research dulu baru la boleh tanya benda-benda yang kita tak faham. Kalau tanya benda yang kita tak tau langsung, orang terangkan pon dah tentu kita susah nak faham sebab benda baru kan. So, kena la buat research dulu. Sekurang-kurangnya kita ada sedikit ilmu tentang sesuatu benda tu bagi memudahkan kita faham bila orang explain kat kita. (apa aku merepek ayat berbelit-belit ni?)
keywords: Anarm.Net hosted by Cubiex.com, Cubiex.com, hosting harga berpatutan, hosting mampu milik, hosting provider, hosting yang stabil, Jaring, kewujudan Anarm.Net, Khidmat Bantuan Pelanggan, Malaysia Affordable Domain and Web Hosting, Malaysia datacenter, perkhidmatan hosting, permulaan blog self-hosted, Sagitaurus.com, webhosting company, webhosting terbaik, zodiak











