Sekarang ni aku tengok musim orang tengah berpindah randah dari Blogspot ke WordPress (Self-Hosted). Tahniah kepada yang berani mengambil langkah yang sangat bijak tu. Tak bermaksud aku cakap pengguna blogspot tu tak bijak. Jangan salah faham pulak ye. Apa yang aku maksudkan, dengan memiliki WordPress dan hosting sendiri, korang boleh berblog dengan lebih bebas. Apa yang korang tak dapat buat di Blogspot, korang boleh lakukannya di WordPress dan hosting kepunyaan korang tu. Malah korang dapat miliki jenama sendiri iaitu Domain, sama ada .com, .net, .org, .com.my, .my, atau sebagainya.
Tanya saje pada pengguna-pengguna WordPress yang dulunya berasal dari Blogspot. Dah tentu diorang akan jawab blogging di WordPress adalah lebih BEST! Tapi, ada juga pengguna WordPress yang berundur diri dan kembali ke Blogspot. Mungkin disebabkan masalah DUIT sebab domain dan Web Hosting memang memerlukan bayaran sewa setiap tahun di samping sebagai bayaran khidmat bantuan daripada pihak hosting itu sendiri. Rasanya cukup sangat-sangat nak bayar dengan duit Nuffnang dan ChurpChurp.
keywords: Blog Contest, Buat Duit, domain percuma, Hosting Percuma, hosting provider












