Posts Tagged ‘HIDUP SEORANG BLOGGER’

Jika Dunia Tanpa Blogger, Apa Akan Jadi?

Jika Dunia Tanpa Blogger

Pernah tak korang terfikir jika dunia tanpa blogger, apakah kesannya kepada hidup kita sekarang? Maksud BLOGGER mengikut pandangan aku adalah blogger ni seseorang yang berfikir, seorang penulis, seorang pembaca, pengkritik, pendengar, penerbit, pekerja, seorang guru, promoter dan sebagainya. Apa agaknya akan berlaku jika dalam dunia ni tiada orang yang macam tu?

Sebagai seorang blogger, kita lakukan banyak perkara berbeza setiap hari. Ada blogger yang menyampaikan maklumat, ada blogger yang mengajar orang lain, ada yang berbincang tentang sesuatu topik, ada yang bekerja menjual produk dan lain-lain lagi. Aku gembira dengan hidup sebagai seorang blogger yang aku jalani sejak mula-mula blogging dulu sehinggalah ke hari ini.

read more »

keywords: , , , , ,

Tukar style Google Images baru kepada lama

NEW GOOGLE IMAGES

Aku rasa paparan Google Images yang baru ni macam menyusahkan je. Lembab nak mampus tunggu loading! Bagi korang yang ada internet berkelajuan tinggi mungkin tak rasa sangat kot. Aku menjalani hidup seorang blogger yang hanya pakai Maxis Broadband yang kadang-kadang slow, kadang-kadang lembab, kadang-kadang laju, kadang-kadang super laju. Kalau time super laju tu memang selamba la aku habiskan bandwidth dalam 1 hari dengan download movie je.

Google Images ni tiru konsep yang digunakan oleh Bing. Apa yang best sangat dengan konsep tu aku pon tak tau. Yang aku tau, aku tak suka dengan fungsi baru Google Images tu dan aku bengang sebab loading gambar lambat melampau-lampau!

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Konteks Sebenar HIDUP SEORANG BLOGGER

HIDUP SEORANG BLOGGER

Rata-rata pengguna internet yang wujud pada hari ini mempunyai blog sendiri. Betul tak? Masing-masing menceritakan tentang pelbagai topik dan isu di blog mereka. Dari isu-isu semasa, isu-isu politik, info tentang artis terkenal, info bisnes MLM, hinggalah ke kisah-kisah personal yang menarik tentang Hidup Seorang Blogger. Tak kurang juga ada yang bermurah hati berkongsi tips, skill, rahsia dan selok-belok dalam dunia internet pada hari ini.

Semua orang boleh menggelar diri mereka ‘Blogger’. Dengan mempunyai sebuah blog (atau lebih), seseorang itu dah boleh dikategorikan sebagai seorang blogger. Tetapi, untuk menjadi seorang blogger yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang mengimpikan kehidupan seorang blogger yang berjaya melalui blog, banyak duit, mempunyai blog bertrafik tinggi dan sebagainya. Namun, semuanya hanya sekadar mimpi jika kita tidak kreatif untuk mengolah setiap sudut pandangan dalam hidup seorang blogger dengan menggunakan kebijaksanaan yang kita miliki.

Blogger yang hebat adalah seorang blogger yang mampu mencipta sesuatu yang berbeza dalam dunia blogging, mampu membuahkan pemikiran yang kreatif dari penulisannya, dan bijak mengatur hidupnya sebagai seorang blogger.

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hidup seorang blogger dan cabarannya

Hidup seorang blogger

Blogger merupakan manusia istimewa yang hidup dalam 2 sisi kehidupan iaitu hidup di dunia realiti dan di dunia maya (internet). Seseorang yang memilih untuk menjadi blogger adalah manusia yang berfikir secara kompleks kerana hidup seorang blogger memerlukan kita berfikir dalam pelbagai aspek dan perlu memiliki kebolehan yang tertentu bagi menjayakan aktiviti berblogging.

Hidup seorang blogger dapat mengajar kita bagaimana untuk bersosial di dunia maya (dan realiti), bagaimana untuk meluahkan setiap sudut pemikiran ke dalam bentuk penulisan, dan juga mencungkil bakat dalam menguruskan penampilan blog dari segi rekabentuk. Kesemua ini adalah aspek penting dalam hidup seorang blogger kerana setiap aspek tersebut mampu dimanipulasikan ke dalam blog untuk menarik minat pengunjung singgah lebih lama di blog kita.

Hidup Aku Seorang Blogger

Kebanyakan blogger yang ada sekarang ni menggunakan platform yang pelbagai. Ada yang menggunakan Blogspot, ada yang menggunakan WordPress, Joomla, dan sebagainya. Walaupun wujud bermacam-macam platform untuk berblog, namun setiap daripada kita masih dalam satu komuniti besar blogger dan sama-sama menjalani hidup sebagai seorang blogger.

read more »

keywords: , , , , , , , , , ,