
Semalam (hari Jumaat), time on the way nak ke tempat kerja, tiba-tiba motor aku buat hal. Enjin mati. Arrghhh.. Nasib baik sempat tarik clutch. Kalau tak, jawabnya tertomoih la aku kat tengah jalan. Dah la pagi tu hujan. Lagi sekali bernasib baik sebab hujan tak lebat. Aku pon berhenti la kejap kat tepi jalan. Start punya start punya start sebanyak 14 kali (aku kira, siyes) tapi tak hidup jugak enjin motor. Hampir-hampir aku memaki hamun, menyumpah seranah time tu tapi niat terbantut sebab teringat aku berpuasa. Aku pon dengan sengalnya turun check tayar motor. Lepas tu baru aku fikir, “Enjin motor yang padam, apahal pulak aku gi check tayar motor?”.. Di saat tu jugak aku terasa kebodohan aku mencecah 66 darjah celcius pada skala ritcher.
Mamai lagi kot time tu, baru bangun tidur, kelam kabut nak gi kerja.
Nak tak nak kena la jugak menolak kembali ke jalan yang lurus area rumah aku sebab kat situ je restoren kedai motor paling dekat. Alang-alang dah kat area rumah, aku terus call ofis bagitau tak dapat gi kerja sebab motor rosak. Boss aku memang sempoi. Dia memahami pekerja dia. Tapi time tu kedai motor belum buka lagi. Aku balik rumah dulu mengadap Twitter sementara tunggu kedai buka. Lebih kurang pukul 11 pagi aku keluar hantar motor kat kedai tu.











