// Mukaddimah: Hari ni dah 3hb April 2009. Bulan April ni terkenal dengan bulan ‘April Fool’ iaitu bulan untuk kenakan orang lain. Tapi bukan selama sebulan, just pada 1hb April sahaja. Atau ada yang betol-betol fool menyambutnya selama sebulan. Ish!! Bagi umat Islam, dilarang sama sekali menyambut April Fool kerana disebalik April Fool tu ada peristiwa yang mengharamkan umat Islam daripada menyambutnya. Sepertimana yang telah dikecoh-kecohkan dalam blog Kill-Vearn. Korang boleh baca sendiri kisah disebalik April Fool yang bodoh itu di blog beliau. //
3hb April, aku masih belum dapat gaji. So damn, right? Mungkin sebab masalah ekonomi yang melanda dunia sekarang ni yang menyebabkan para pekerja mendapat impak yang negatif. Salah satu contoh macam aku ni, gaji asyik lambat je tiap-tiap bulan. Secara automatik, motivation diri aku di tempat kerja dah jadi kurang. Atau mungkin dah zero. Damn! Saat-saat ni, aktiviti mengorek tabung terpaksa aku lakukan. Walaupun aku takde tabung, duit just campak-campak camtu je dalam bilik, aku tetap cakap korek tabung. Tabung aku ada di mana-mana je. Bawah bantal, bawah tilam, malah dalam toilet pon ade jugak tempat duit aku sebab duit tu aku keluarkan dari kocek/poket seluar semasa nak mencuci pastu aku letak je atas tangki flush. Terdesaknya aku saat ni..











