
TORA datang lagi.. ehh, silap! Contest SEO datang lagi. Hah! Siapa penganjurnya?! Tidak lain dan tidak bukan, encik Denaihati.com yang sangat baik hati. Kepada blogger-blogger yang wujud di dunia ni (kecuali alien), anda semua disarankan supaya turut serta berjuang dalam contest yang bertema “HIDUP SEORANG BLOGGER” ni kerana encik Denaihati dengan murah hatinya telah menawarkan ganjaran hadiah wang tunai sebanyak RM2750 kepada para blogger yang bertuah punya budak.
Seperti biasa, Denaihati mengsyaratkan pemilihan pemenang adalah mengikut ranking senarai di sesawang pencarian Google.com menggunakan page The Web berdasarkan browser Firefox dengan kata laluan “HIDUP SEORANG BLOGGER”.
- Ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM300 setiap seorang
- Ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM150 setiap seorang
- 5 entri paling popular mengikut pilihan blogger, hadiah bernilai RM100 setiap seorang ditawarkan
- Kesemua jumlah terkumpul hadiah-hadiah tersebut adalah bernilai RM2750!!!













