Posts Tagged ‘domain percuma’

Domain dan Hosting Percuma daripada Mrnamie.com dan Weirdobytes

Sekarang ni aku tengok musim orang tengah berpindah randah dari Blogspot ke WordPress (Self-Hosted). Tahniah kepada yang berani mengambil langkah yang sangat bijak tu. Tak bermaksud aku cakap pengguna blogspot tu tak bijak. Jangan salah faham pulak ye. Apa yang aku maksudkan, dengan memiliki WordPress dan hosting sendiri, korang boleh berblog dengan lebih bebas. Apa yang korang tak dapat buat di Blogspot, korang boleh lakukannya di WordPress dan hosting kepunyaan korang tu. Malah korang dapat miliki jenama sendiri iaitu Domain, sama ada .com, .net, .org, .com.my, .my, atau sebagainya.

Tanya saje pada pengguna-pengguna WordPress yang dulunya berasal dari Blogspot. Dah tentu diorang akan jawab blogging di WordPress adalah lebih BEST! Tapi, ada juga pengguna WordPress yang berundur diri dan kembali ke Blogspot. Mungkin disebabkan masalah DUIT sebab domain dan Web Hosting memang memerlukan bayaran sewa setiap tahun di samping sebagai bayaran khidmat bantuan daripada pihak hosting itu sendiri. Rasanya cukup sangat-sangat nak bayar dengan duit Nuffnang dan ChurpChurp.

Domain dan Hosting Percuma

read more »

keywords: , , , ,

Nak buat duit di internet?

Jana wang internet

Kamu nak buat duit di internet tak? Jawapan kamu “mesti la nak” kan? Orang zaman batu pon nak duit jugak kalau diorang tau apa itu duit. Tapi untuk mencari duit di internet, kena buat ikut cara dan langkah-langkah yang betul. Bak kata orang, kalau tiada ilmu di dada, jangan ngada-ngada nak gi makan KFC. Huh! Ada ke orang cakap camtu? Hahah.. Gurau je..

Untuk pengetahuan semua, menghasilkan duit melalui internet pada hari ni bukan lagi satu situasi yang mustahil. Dah ada bukti di mana terdapat beberapa orang yang dah berjaya dan terkenal, sebabnya mereka menjana wang dengan jumlah yang besar hanya melalui internet. Kamu taknak ke jadi macam diorang? Contohnya macam Irfan Khairi. Mesti kamu kenal beliau ni yang dah begitu familiar sebab selalu jugak la muncul di kaca TV. Tengok! Dah la dapat duit banyak kat internet, dapat masuk TV pulak tu. Tak jeles ke? Kalau jeles, baca entri ni sampai habis sebab aku nak kongsi sikit ilmu dengan kamu, ilmu cara-cara buat duit di internet.

read more »

keywords: , , , , , , , , ,