
Terdetik hati aku untuk tulis entri ni lepas baca artikel di salah satu blog yang aku follow, blog kucing2terbiar.blogspot.com kepunyaan Papa Meow, seorang pencinta haiwan (animal lover). Sanggup kutip kucing-kucing yang terbiar di celah-celah lorong, yang terbiar berpeleseran di kedai-kedai makan, dan merata-rata tempat lagilah. Malah ada jugak pelihara anjing comel yang diberi nama Aman dan juga Peace (Lagendary Dog), serta ada lagi anjing lain yang namanya aku tak ingat. Korang tengok la sendiri artikel-artikel yang ada kat blog tu. Memang seronok tengok telatah kucing-kucing dan anjing-anjing yang ada dalam jagaan Papa Meow.
Dari apa yang aku baca di artikel terbaru blog Papa Meow iaitu Keganasan Di Pusat Kurungan Haiwan DBKL, ada haiwan-haiwan yang didera hingga mati dengan cara dijerut leher dan diheret sehingga mati, dilemaskan dalam air, diketuk kepala kalau tak mati, kemudian dihumban ke dalam lubang tak jauh dari situ. Ish ish ish.. Ada lagi ura-ura mengatakan walaupun pernah ditegur tentang isu ni, pihak terbabit tetap juga mengulangi perkara yang sama. Wallahualam.. Bukan berniat untuk memburukkan nama sesiapa, tetapi hanya sebagai renungan dan pedoman kita semua.
keywords: anak bulu, anjing masuk syurga, berbuat baik dengan binatang, DBKL, haiwan mangsa kekejaman manusia, haruan makan anak, kaki kucing kena potong, kempen bantah kekejaman terhadap haiwan, kes pembuangan bayi, kisah pelacur dan anjing, kucing haiwan kesayangan, kucing terbiar, lagendary dog, manusia kejam, menyayangi haiwan dapat pahala, orang rogol kambing, pembalasan hari akhirat, perkosa anak dara, wwf











