Posts Tagged ‘cuba gooding jr’

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Mengecapi Kejayaan

Entri ni berkisar sedikit motivasi untuk korang dan juga diri aku sendiri. Kalau tengok dan baca tajuk entri kali ni mungkin korang rasa macam takde apa-apa perasaan sebab kata-kata tu dah terlalu familiar, dah terlalu biasa korang tengok dan dengar. Right? Tapi bagi aku ianya amat luar biasa walaupun aku pon sama juga macam korang, memang dah biasa sangat dengar kata-kata “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan”, “Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih”, dan macam-macam lagi kata-kata semangat yang lain.

Sejak kebelakangan ni, aku selalu buka YouTube tengok video motivasi daripada penceramah yang cukup aku kagumi iaitu Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Aku kerap dengar motivasi beliau di YouTube untuk motivate diri aku yang boleh dikatakan down akibat terlampau banyak masalah. Beberapa minggu yang lepas baru je melayang beberapa ratus ringgit sebab terlanggar kereta orang. Rasa nak mengamuk je sebab kebetulan time tu aku tengah takde duit, dapat pulak dugaan camtu kan. Rasa nak mengamuk laa. Tapi apa boleh buat, benda dah jadi. Sabar jela. Oh ya.. Thanks to sahabat-sahabat yang sudi menolong time aku down hari tu. Walaupun tak dapat tolong dari segi kewangan, korang tetap sudi dengar dan kongsi masalah aku. Thanks banyak-banyak. Kat ofis, dengan kerja-kerja yang ‘tak berapa banyak’, aku luangkan masa sabarkan diri, dengar motivasi daripada pakar-pakar. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ni aku selalu jugak dengar ceramah beliau kat TV dan radio time ‘tanam anggur’ kat kampung dulu. Huhuu..

read more »

keywords: , , , , , , , , , , , , , , , ,